Part 15

149 18 5
                                    

(FLASHBACK)

"Awak..saya nak tanya something boleh?"

Sara melirik ke arah Khai yang sedang memandu disebelahnya. "Tanyalah..", balas dia.

"Syafiq tu..siapa?", soal Khai.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni?", Sara menyoal kembali.

"I just want to know" - Khai

"Em..kawan lama, dari sekolah.."- Sara

"Oh, your ex boyfriend?"- Khai

"Huh what? No..! Dia cuma..kawan je", balas Sara.

Khai mengangguk perlahan. "Tapi saya tengok, awak dengan dia macam 'rapat' je", ujarnya.

"Hm..awak marah ke sebab saya balik dengan dia haritu?", soal Sara.

"Taklah, saya cuma curious je pasal awak dengan dia", ujar Khai.

Sara mengeluh perlahan. "Saya minta maaf kalau buat awak marah okay? But..we're just friends, not more than that.." terangnya.

Khai mengukirkan senyuman sambil fokus pada pemanduannya. "Lega saya dengar. Saya bukan apa, saya takut awak jatuh cinta pada dia je..", kata dia lalu tersengih.

Sara tersenyum kecil. "Awak jangan risaulah, saya takde 'hati' pun pada dia..", ujarnya sebelum membuang pandangan ke luar tingkap. "Lagipun..dia dah nak kahwin..", tambah Sara lagi.

"Oh really?! Hm..kalau macam tu, 'kita' bila pula..?", soal Khai mengusik.

"Bila apa?", soal Sara pelik.

"Kahwin?"- Khai

"Haha you're joking right?"- Sara

"Saya takkan bergurau kalau pasal ni.."- Khai

Sara menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Em..awak tak rasa terlalu cepat ke?", soal dia.

Khai mengangguk perlahan. "Iyee..tapi orang kata, 'benda baik, lebih baik dipercepatkan'!", ujarnya sambil tersengih.

"Tapi..relationship kita baru je seminggu lebih?", soal Sara lagi.

"Ye betul tu. Tapi saya tunggu awak hampir setahun tau! So, saya taknak lepaskan awak", jawab Khai gembira.

Sara hanya tersenyum kecil.

"Lagipun..my parents dah tanya pasal kita. And, diaorang nak jumpa awak tau", tambah Khai lagi.

"Oh..really?! B-Bila..?"- Sara

"This weekend"- Khai

"Oh...."- Sara

"I'll pick you up, okay?"- Khai

"...o-okay"

(END OF FLASHBACK)

Sara mengeluh perlahan. Dia teringat akan perbualannya dengan Khai 2 hari lepas, sewaktu dalam perjalanan ke pejabat. Tidak dia sangka, jejaka itu begitu serious dengan perhubungan mereka.

Dia menyedut sedikit minumannya, sebelum melirik ke arah jam di tangan. "Haih..", keluhnya lagi.

Sudah hampir setengah jam dia duduk seorang diri di Starbucks itu. Tidak terasa mahu pulang ke rumah. Sengaja dia singgah disini apabila habis waktu kerja tadi.

Entah kenapa, dia suka melepak disitu. Baginya, suasana cafe yang tenang dan aroma biji kopi yang memenuhi setiap ruang, dapat menghilangkan segala keserabutan di dalam fikiran.

KitaWhere stories live. Discover now