(FLASHBACK)
- Semester Kedua -
"Korang!"
Kedengaran suara Johan menyapa mereka yang sedang melepak di kafeteria. Mereka menoleh melihat Johan, termasuk Sara.
Dia tersenyum memandang boyfriendnya yang sedang berjalan menuju ke arah mereka, lalu matanya tertumpu pada seorang gadis di sebelah Johan.
"Siapa tu?", gumam hatinya.
"Bukan kau takde kelas ke harini, asal datang kolej?", tanya Alif setibanya Johan di hadapan mereka.
"Aku pergi Pusat Pentadbiran tadi, daftarkan Alia", jawab Johan sambil menunjuk ke arah gadis di sebelahnya.
"Ohhh..."- Semua
"Sape Alia?"- Amirul
"EH BODO tak nampak ke dia dekat situ"- Syafiq
"AKU NAMPAKLAH, aku tanya siapa dia?!"- Amirul
"Oh!", Johan tersentak lalu tersengih. Dia terlupa mahu memperkenalkan Alia kepada mereka.
"Okay guys..this is my cousin Alia. Alia..diaorang ni kawan-kawan Johan. Ini Syafiq, Alif, Amirul, Putri, Malis and..Sara..My cute girlfriend!", ujar Johan sambil menunjuk ke arah Sara.
Sara tersengih malu.
"H-Hai semua", tegur Alia perlahan.
Mereka tersenyum lalu membalas teguran Alia.
"Oh jadi maknanya..Alia belajar sini juga lah?", tanya Putri untuk kepastian.
Alia dan Johan mengangguk serentak.
"Alia amik course apa?", Malis pula bertanya.
"Em..sama macam Abang Han", jawab Alia sambil tersenyum manis memandang Johan.
"Wow.. Abang Han..", bisik hati Sara.
* * *
- Beberapa Hari Kemudian -
"Sayang..lepasni you takde class kan? Jom kita keluar?", ajak Sara sambil memandang Johan disebelahnya.
Johan berfikir sejenak lalu mengangguk.
"Boleh! Tapi Alia ikut kita lah", jawab Johan. Sara tersentak mendengar jawapan Johan.
"Alaa..kenapa dia kena ikut?", soal Sara sambil memuncungkan bibirnya.
Johan tersengih melihat kecomelan Sara.
"Sayang...dia kan balik dengan I"- Johan
"You boleh hantar dia balik dulu kan.."- Sara
"Ye..tapi petang ni takde siapa dekat rumah. My parents balik pun malam. Takkan dia nak duduk rumah sorang-sorang?", jelas Johan.
"Apa salahnya...", Sara menjawab perlahan.
Johan mengelengkan kepala lalu tersenyum. "Tak salah...tapi kesianlah dekat dia. Lagipun, sebenarnya I risaukan dia. You ingatkan apa yang I cerita pasal dia haritu?".
ANDA SEDANG MEMBACA
Kita
Short Story"Hi, aku Syafiq. Ini adalah cerita tentang aku. Aku merupakan jejaka paling hensem, hot dan-" -"HOI!!" "-ARGHH!!" -"..ni bukan cerita pasal kau eh. Jangan berangan!" "Dahtu cerita tentang siapa?" -"...em kita" "...Kita?" -Syafiq "Yup. Cerita tentang...
