Part 10

187 20 2
                                    

"Akak!"

Sara yang sedang tekun menyiapkan assignment, terkejut apabila Haziq menerjah masuk biliknya.

"Ish! Adik!", dia menoleh ke arah Haziq di muka pintu. "Tak reti ketuk pintu ke? Terkejutlah!", bebelnya.

Haziq yang sedar akan kesilapannya hanya tersengih.

"Nak apa masuk bilik akak ni?", tanya Sara lalu berpaling dan menyambung tugasannya.

"Akak nak keluar eh kejap lagi?", tanya Haziq.

Sara hanya mengangguk.

"Dengan kawan akak eh?", tanya Haziq lagi.

Sara masih mengangguk.

"Dengan Abang Syafiq eh?", Haziq bertanya lagi.

Sara yang ingin mengangguk lagi terus berhenti. Dia menoleh ke arah Haziq. Dia melihat Haziq sedang menahan tawa.

"Ish adik!!", dia menjadi geram. Sara mencapai bantal kecil di ribanya lalu mencampakkannya ke arah Haziq.

"Mama! Kak Sara jadi MONSTER!", Haziq menjerit lalu berlari keluar sambil tergelak kuat. Suka dapat menyakat kakaknya.

Sara bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah pintu bilik. "Diam lah TOYOL!', jeritnya sebelum menutup pintu.

Haziq memang suka cari pasal! Ada saja idea untuk mengacau dia. Sara berjalan semula ke arah meja belajar sambil membebel seorang diri.

"Annoying betul, sama macam Syafiq..."

Sara terkedu apabila terdengar ayatnya sendiri. Sudah lama dia tidak menyebut nama jejaka itu.

Dia menoleh ke arah papan nota yang tergantung di dinding biliknya. Sara menerung gambar yang tertampal disitu. Gambar dia dan rakan-rakannya sewaktu di sekolah dahulu.

Dia mengamati wajah ceria Syafiq. Sangat berbeza saat pertama kali Sara mengenali jejaka itu, semasa di tingkatan 4. Wajah Syafiq yang sentiasa dingin, dan sikapnya yang sombong.

Sukar untuk percaya bahawa..dia boleh berkawan rapat dengan lelaki itu dalam waktu yang singkat. Sehingga menjadi sangat..istimewa?

"Kau memang annoying, sangat-sangat annoying..", gumamnya perlahan.

Sudah hampir 4 bulan Syafiq pergi ke Sydney. Dan semenjak itu, sukar bagi Sara untuk menjalani hari-harinya.

Setiap apa yang dia lakukan dan setiap tempat yang dia pergi, akan sentiasa menyelubunginya dengan memori bersama Syafiq.

. . .

Syafiq mencapai beg galas yang tergantung di belakang pintu bilik lalu memakainya. Dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk bersarapan sebelum berangkat ke kelas.

Syafiq tersenyum apabila melihat kelibat ibu di dapur. "Morning ibu", ucapnya seraya duduk di kerusi.

"Hai, good morning!", balas Puan Zana ceria. "Harini ibu masak special untuk Fiq", ujarnya sambil meletakkan semangkuk nasi lemak di atas meja.

Syafiq melihat ibu mencedokkan nasi buatnya. "Thanks ibu", ucap dia.

"My pleasure", balas Puan Zana.

Puan Zana melihat Syafiq yang asyik tersenyum memandangnya. "Kenapa ni pandang-pandang ibu? Tersenyum-senyum macam kambing", soal dia.

Syafiq tersengih apabila ditegur ibu. "Saje! Fiq happy tengok ibu makin sihat", balasnya.

Puan Zana tersenyum manis lalu menggelengkan kepala. "Ibu tak apa-apalah, sikit aje..", ujar dia.

Syafiq mengangkat kening. "Sikit je? Sampai masuk hospital seminggu, 2 bulan pakai kerusi roda, luka sana-sini", ujarnya.

KitaWhere stories live. Discover now