Kita & Waktu (1/2)

151 16 5
                                    

Syafiq's POV

Kehidupan aku sempurna.

Aku bebas dan gembira.
Aku boleh buat apa sahaja yang aku suka.

Tapi dalam waktu yang sama,

..aku sunyi.

Kegembiraan yang aku hadapi diluar akan lenyap setiap kali aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Kegembiraan itu tidak kekal.

Kenapa?

-"You tu siang malam sibuk!"

-"I sibuk sebab kerja!"

-"Orang lain pun kerja juga! Tapi masih ada masa untuk anak bini!"

Ini sebabnya...

Orang kata, rumah bagaikan syurga.
'Tenang dan menyamankan'.

Tetapi tidak bagi aku.

Hampir setiap hari aku terpaksa hadap situasi begini. Tidak ada satu hari pun yang aku rasa tenang.

Sebagai seorang anak, siapa je suka bila ibubapa mereka bergaduh? Dan sebagai seorang anak, memang tak layak untuk kita masuk campur.

Aku dah biasa pekak kan telinga,
berkurung dalam bilik,
dan keluar jika ada keperluan.

Bagi aku, biarlah mereka selesaikan sendiri urusan mereka. Lama-lama nanti, mungkin semuanya kembali seperti biasa.

Namun, hubungan mereka semakin renggang. Dan aku, semakin kurang dapat perhatian dan kasih sayang.

"Aku hantar pergi sekolah untuk belajar! Tapi kau buat apa?! Kau memang nak malukan aku ke?! Dah pandai sangat sampai nak ponteng sekolah?!"

Bertalu-talu bebelan yang keluar dari mulut ayah. Sedikit pun tidak memberi impak pada jiwa muda yang sedang memberontak.

Bukannya aku sengaja buat mereka marah dan kecewa. Tetapi..tidakkah mereka faham apa yang aku mahu?

* * *

"Weh, kau okay tak ni?"

Soal Johan sambil menarik kerusi kosong di sebelah Syafiq, lalu melabuhkan punggungnya.

"Okay..", jawab Syafiq ringkas.

"Jangan tipu aku lah..", balas Johan.

Syafiq melepaskan keluhan berat buat seketika. "Betul..aku okay..", jawabnya.

Johan memerhati riak lesu rakannya itu. "Kalau kau nak share apa-apa, sharelah. Jangan pendam macam ni", ujar dia.

"Ye..kau jangan risau lah", balas Syafiq lalu mengukirkan senyuman kecil.

"Dah lah, jom pergi kantin. Semua orang dah pergi tu", ajak Johan sambil berdiri.

"Kau pergilah. Aku nak tidur", balas Syafiq.

"Kau taknak makan ke?"- Johan

KitaWhere stories live. Discover now