Nayeon p.o.v
Pintu bilik wad 5c yang terbuka tiba-tiba mengejutkan nayeon yang sedang leka membaca buku yang diberi oleh jururawat tadi. Dia memandang kepada pintu. Lah hyunjin rupanya.. Adik dia ni kenapa? Tersengih seorang diri..
" Kau kenapa dik? Sewel ke? Sengih macam kerang busuk je.." Tanya nayeon. Matanya sekilas memandang ke hyunjin sebelum ke bukunya semula.
" Heheh, noona. Jinnie ada hadiah untuk noona. Tapi, noona kena pejam mata tau.. Baru nampak suprise gitu.." Nayeon menggelengkan kepalanya melihat hyunjin namun dia hanya mendengar kata-kata hyunjin. Beberapa orang perempuan memasuki wad itu apabila hyunjin memberikan isyarat okey.
" Jinnie kira sampai 3. Baru noona boleh buka mata. Satu, dua, tiga!" Nayeon terus membuka mata. Hampir tergolek biji matanya melihat orang yang dirinduinya sepenuh hati di depan matanya. Dia terus membaling buku itu dan buku itu terkena kepala salah seorang manusia di depan matanya.
" Aduh unnie ni! Sakitlah.. Jangan main baling-baling buku! Tahulah terkejut..." Kata seorang gadis jepun berambut hitam. Nayeon masih ternganga kerana terkejut.
" Relaklah momo unnie.. Yeon unnie masih terkejut tu. Maklumlah, dah 2 tahun tak jumpa kita kan.." Balas seorang gadis pendek pula. Dia selamba duduk di birai katil nayeon. Nayeon menepuk bahu gadis itu.
" Omg! Chaeng betul-betul wujud! Unnie tak bermimpi kan?" Nayeon menepuk bahu chaeyoung berkali-kali. Chaeyoung membalas dengan menepuk bahu nayeon kembali. Dia tak sedar bahu nayeon yang ditepuknya adalah bahu yang kena jahit akibat tembakan.
" Aduh.. Sakitlah chaeng! Nak luka unnie terkoyak balik ke?" Nayeon menggosok-gosok bahunya. Nasib sempat halang sebelum lukanya terkoyak betul-betul.
" Heheh, sorry unnie. Tapi unnie dapat rasa sakit kan? So, kitaorang kira wujudlah.. Bukan imgination unnie lah.." Kata seorang lagi perempuan berambut coklat kemerahan.
" Amboi jihyo..duduk aussie 2 tahun, dah pandai cakap english berbelit-belit.." Kata nayeon. Dia terlupa sahabatnya ni cepat berlagak sendiri melebih-lebih apabila ada orang puji.
" Of cozlah.. Ni park jihyo lah.." Nayeon membuat muka menyampah. Tak sanggup nak layan perangai jihyo ni. Twice sebenarnya ada 9 orang.. Terdiri daripada nayeon, jeongyeon, yang dulu rambut pendek. Momo, ahli jepun the best dancer. Sana, jihyo, the leader of twice. Mina. Dahyun, the eagle. Chaeyoung, rapper utama dan tzuyu. Mereka semua kenal ketika umur 13 tahun. Masa kali pertama nayeon, mina, tzuyu dan sana menjejakkan kaki ke highschool kat england. Di situlah terciptanya twice. Mereka sangat dikenali kerana sifat bencikan buli. Namun, ketika usia mereka 15, mereka terpaksa berpisah. Jihyo pindah ke aussie dengan adiknya chan. Jeongyeon bersama adiknya, changbin ke itali. Dahyun dan adiknya, han ke malaysia. Chaeng dan ayen ke singapura. Manakala momo terpaksa balik ke jepun kerana neneknya tak berapa sihat. Ibu dengan ayahnya sibuk jadi dia kena jaga neneknya.
" Ceh.. Berlagak. Korang dah jumpa tzuyu, sana dengan mina?" Tanya nayeon semula. Mereka semua mengangguk.
" Kitaorang siap tau cik nayeon ni dah ada boyfriend.. Nama dia seungcheol kan? Scoups.." Kata jeongyeon pula. Muka nayeon berubah.
" Kejap. Bila masa serkup tu jadi namjachingu aku? Siapa bagitau? Ni tak lain melainkan... YAH! IM HYUNJIN!!!" Suara nayeon bertukar kuat sehingga menyebabkan kawan-kawannya menutup telinga. Sakit telinga weh.. Manakala hyunjin di luar bilik terkekeh ketawa mendengar jeritan kakaknya.
--------
Tzuyu p.o.v
" Nah." Tzuyu memalingkan muka ke tepi. Mingyu tersenyum sambil menghulurkan setin air. Tzuyu diam sebelum menyambut air itu. Mingyu duduk di sebelahnya sebelum tin itu dibuka. Muka tzuyu yang jelas penat dipandang.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR BULLY MEET SAVAGE GIRL
DiversosTZUYU,MINA, SANA DAN NAYEON PINDAH KE ENGLAND SELEPAS MENJADI MANGSA BULI KEPADA SATU GENG LELAKI KETIKA USIA 12 TAHUN MENINGGALKAN ADIK MEREKA BERSAMA AYAH DAN IBU MEREKA. MEREKA HIDUP DENGAN BAHAGIA DI ENGLAND SEHINGGA TERDETIK HATI MEREKA MAHU BA...