BAB 20

89 14 0
                                    

Seventeen p.o.v

     " Menyamar jadi boyfriend korang? Korang biar betul? Apahal tiba tiba ni?" Soal Jun perlahan. Twice memandang sesama sendiri sebelum mengeluh perlahan.

     " Kitaorang nak elakkan diri dari makhluk yang tak berguna tu. Korang tahu tak betapa gilanya Jack tu? Adik aku sendiri hampir dibunuh dia hanya sebab hyunjin peluk aku masa tu. Gila lelaki tu!" Balas Nayeon pula. Seventeen mengangguk faham.

    " Tak lapor polis masa tu ke?" Soal Joshua pula. Nayeon menggelengkan kepalanya laju.

    " Tak dapat apa apa pun kalau lapor polis. Ayah lelaki tak guna tu ahli politik  terkenal. Kalau lapor, tak mendatangkan apa apa kesan kat diaorang." Jawab Sana bagi pihak Nayeon.

    " Korang boleh pastikan yang kitaorang takkan diapa apakan diaorang?" Soal Seokmin pula. Ketika itu, twice memandang sesama sendiri. Ada yang menggeleng, ada yang mengangkat bahu.

     " Kitaorang tak tahu tapi ada kemungkinan ya.. Adik kitaorang sendiri hampir dibunuh..." Balas Jeongyeon perlahan lahan. Lelaki lelaki di depan mereka itu mengeluh sebelum berfikir tentang rancangan twice itu.

    " Tolonglah.. Kau boleh fikir tak macam mana kitaorang terseksa dengan orang orang gila yang sentiasa menghantui tu?" Pujuk Dahyun dengan suara lembut.

    " Fine. Kitaorang tolong. Tapi kalau apa apa jadi kat kitaorang, korang jawablah sendiri kat family kitaorang eh..." Twice mengangguk. Gembira seventeen bersetuju.

     " Jadi nak bahagi pasangan?" Soal Seungcheol. Twice mengangguk perlahan.
  
    " Aku tak nak ada skandal  nanti gf aku marah. Dahlah dia tu cepat jeles dengan mana mana perempuan.." Joshua dah angkat tangan mengalah dulu.

     " Jadi kau tak payah masuk campur. Korang macam mana? The8? Woozi? Seungkwan? Sama macam Joshua?" Soal jihyo. Ketiga tiga yang ditanya soalan mengangguk. Mereka dah ada pasangan masing masing.

    " Kalau macam tu, kau dengan aku okey wonu? Aku okey dengan kau je." Soal Mina perlahan. Wonwoo mengangguk setuju.

    " Tzuyu aku jadi bf palsu kau eh.." Bisik Mingyu di telinga Tzuyu. Tzuyu memandang Mingyu dan mengangguk setuju.

     " Kau dengan aku nak tak chaeyoung?" Soal Dino. Sekali pandang memang macam sesi melamar. Chaeyoung mengangguk sebelum mengukir senyuman.

     " Jeonghan, kita berdua okey?" Jeonghan mengangguk setuju drngan cadangan Jeongyeon.

     " Hoshi, kau dengan aku?" Hoshi mengangguk dengan kata kata momo. Mata mereka memandang yang masih tak tentukan pasangan mereka.

     " Dk, kita sama sama eh?" Seokmin mengangguk mendengae kata kata jihyo.

     " Hyun, dengan aku eh? Kesian aku takde partner lagi..." Kata vernon perlahan. Dahyun mengangguk. Sana dan Jun pun dah bersama. Mereka semua memandang ahli tertua twice dan ketua seventeen yang masih tak membuka mulut.

     " Fine. Aku dengan Scoups." Kata Nayeon. Twice mengukir senyuman nakal. Teringat kata kata hyunjin dulu. Senyuman mereka luntur apabila melihat jelingan tajam nayeon terhadap mereka.

     " Jadi.. Harap jelah takde nyawa tersiksa nanti..." Ucap Sana perlahan. Mereka hanya boleh berharap supaya lelaki tu semua menjauhi mereka start hari ni.

----------
Rumah Sana,

Sana p.o.v

     " Noona... Minnie lapar. Lambatnya noona balik... Eh Jun hyung." Tegur seungmin sebaik sahaja sana memasuki rumah itu. Dia tersenyum kekok melihat jun di belakang sana.

     " Ni noona ada beli jjajangmyeon. Noona malas nak masak." Kata sana perlahan. Seungmin menolong sana membuka plastik yang membalut mangkuk jjajangmyeon itu. Dia naik untuk makan di biliknya supaya dia tak menganggu perbualan kakaknya dan jun.

     " Siapa nama lelaki gila tu?" Soal Jun sebelum mengacau jjajangmyeon di hadapannya. Sana yang sedang menuang air memandang jun sekilas sebelum sambung menuang air.

    " Harry. Dia senior kita kalau kau masih sekolah kat sanalah... setahun tua dari kita." Balas sana perlahan. Serius dia memang rasa tak nak langsung sebut nama yang menyebabkan dia mimpi ngeri setiap hari tu sekarang. Seram rasanya...

    " Oh harry. Rasa macam pernah dengar tapi tak pernah jumpa lagi.." Balas Jun pula sebelum menyuap mi jjajangmyeon ke dalam mulutnya. Sana turut membuat perkara yang sama.

    " Nayeon kata hyunjin hampir dibunuh. Seungmin pun hampir dibunuh ke?" Soal Jun lagi. Sana mengangguk tak menjawab kerana mulutnya ketika itu penuh.

    " Ya hampir je.. Masa tu rasanya lepas tahu perangai sebenar dia dan break dengan dia. Dia nampak aku peluk seungmin. Jadi dia marah dan ugut untuk bunuh seungmin. Terpaksalah seungmin dihantar balik ke korea untuk keselamatan dia..." Jawab sana panjang lebar. Jun hanya membalas dengan anggukan tanda faham.

     " Sana, keluarga awak kan antara keluarga terkaya di Jepun, kenapa tak gunakan advantage tu untuk masukkan harry tu dalam lokap?" Soal Jun lagi. Dah memang kenyataan keluarga sana memang kaya. Sana tersenyum senget.

   " Ibu dengan ayah kitaorang tak nak masuk campur dengan hal kitaorang. Kalau aku cakap pun,mungkin akan buat diaorang marah. So baik senyap je. Lagi satu, takde bukti sebab harry masih tak membunuh. Cuma percubaan sahaja." Jawab sana. Tak penat dia menjawab soalan Jun.

     " Kejap. Sebelum awak tanya lagi soalan. Awak ada apa apa seni pertahankan diri tak?" Soal Sana selepas dia menjawab soalan Jun. Jun mrmandang gadis itu kepelikan dan mengangguk.

     " Saya ada tali pinggang hitam. Kenapa?" Soal Jun semula. Sana mengangguk sebelum memanggil seungmin. Seungmin turun ke bawah bersama dengan mangkuk yang dah kosong.

     " Kenapa noona?" Soal lelaki itu yang pelik apabila kakaknya memanggilnya tadi. Sana tersenyum senget.

      " Lawan dengan Jun. Noona nak tengok kehebatan Jun." Arah Sana. Jun dan seungmin tercengang.

     " Noona serius? Nanti kalau Jun Hyung cedera macam mana?" Bisik seungmin perlahan. Sana menggelengkan kepala.

      " Takkan cedera punyalah.. dia kata dia ada tali pinggang hitam. Kalau cedera pun, sikit je mungkin. Tak sampai panggil ambulans kot..." Balas sana perlahan. Seungmin mengangguk teragak agak.

     " Min tunggu kat belakang." Maklum seungmin sebelum menuju ke belakang. Sana nak ikut sekali tapi lengannya ditarik Jun.

     " Sana, awak gila ke? Nak adik awak jadi macam dulu?" Soal Jun perlahan seraya berbisik. Sana tergelak kecil.

    " Dulu dia dibuli sebab saya tak benarkan dia gunakan kekuatan dia di depan semua orang. Saya dah bagi kebenaran sekarang ni. Tunggu dan lihat je Jun. Mungkin awak yang kena jaga jaga dengan dia..." Balas sana sebelum menuju ke belakang rumah melihat seungmin. Jun meneguk air liur perlahan. Oh my.... Dia tak pernah tahu seungmin sehebat mana berlawan. Setiap kali dibuli, lelaki itu hanya akan senyap. Nampaknya dia kena bersedia fizikal dan mental lah kalau macam ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MR BULLY MEET SAVAGE GIRLWhere stories live. Discover now