" adik.. adik jaga diri tau. Noona datang esok. Nanti noona masakkan makanan kegemaran adik okey?" mina memandang muka adiknya yang dikatakan terjatuh tadi. Walaupun sangsi sebab jatuh sampai bibir berdarah, tapi takkanlah adiknya nak tipu dia. So, percayalah. Tapi siaplah dia esok. Memang mina akan soal siasat habis-habisan.
" noona hati-hati tau.. Minho tunggu." myoui minho tersenyum apabila mina mengukir senyuman. Video call diberhentikan kerana minho perlu menyiapkan kerja sekolah. Mina mematikan komputer ribanya sebelum berbaring di katil.
" lambatnya telefon minho. Esok nak balik, hari ni baru call.." perli nayeon yang sedang membaca buku. Mina menjelirkan lidah.
" elok lagi dari kau dengan sana, langsung tak call.. buatnya budak tu takde kat rumah esok? tak ke naya?" balas mina balik. Mina takkan pernah mengalah untuk mengenakan orang semula. Nayeon cuma tergelak kecil. Sana dengan tzuyu keluar kejap tadi sebab nak beli makanan. Nasiblah sebab mina seorang je pandai masak dan hari ni mina malas. Sebab tu mereka beli makanan. Nak suruh nayeon masak? Hangus dapur nanti. Sedang mina melayan perasaan, tiba-tiba, tzuyu laju masuk ke dalam rumah mereka. Beg yang digunakan untuk bali nanti dikeluarkan. Sedikit baju dimasukkan dengan laju. Sana mengejar dengan penat.
" kenapa dengan budak tu?" tanya mina pelik. Sana mengangkat bahunya tanda tak tahu.
" tadi, masa kitaorang tunggu makanan, dia tiba-tiba dapat call entah dari siapa.. lepas tu, dia terus pecut balik rumah.." kata sana perlahan. Mina mengangguk perlahan. Mesti panggilan penting. Kalau tak, takkanlah dia macam tu terus.
" tzuyu nak ke mana ni?" tanya nayeon pula. Tzuyu tak menjawab langsung. Dia masuk ke bilik air sambil membawa sepasang baju. Tidal lama kemudian, dia keluar dengan baju sudap siap ditukar.
" kita kena balik korea sekarang juga! Tzuyu dah tepah tiket. Malam nanti. Tolong siap.Nanti tzuyu bagitau kenapa. Emergency!" kata-kata tzuyu membuat sana, mina dan nayeon terkejut. Mereka mengikut kata-kata tzuyu. Sebab tzuyu kalau benda yang tidak penting, dia langsung tak hiraukan. Tapi, ini berkenaan dengan sangat penting. Mana mungkin dia tak hiraukan.
Beberapa jam kemudian, Kapal terbang mereka berlepas ke korea selatan dari england. Tzuyu tak berhenti menangis sejak dari dalam kapal terbang dan membuatkan sana, mina dan nayeon senyap. Mina cuba menenangkan tzuyu namun gagal. Masa 5 jam dihabiskan dengan kerisauan.
![](https://img.wattpad.com/cover/230934370-288-k21796.jpg)
YOU ARE READING
MR BULLY MEET SAVAGE GIRL
CasualeTZUYU,MINA, SANA DAN NAYEON PINDAH KE ENGLAND SELEPAS MENJADI MANGSA BULI KEPADA SATU GENG LELAKI KETIKA USIA 12 TAHUN MENINGGALKAN ADIK MEREKA BERSAMA AYAH DAN IBU MEREKA. MEREKA HIDUP DENGAN BAHAGIA DI ENGLAND SEHINGGA TERDETIK HATI MEREKA MAHU BA...