Twice p.o.v
" Argh! Manusia tak guna! Macam mana diaorang boleh terlepas? Korang ni perhatikan betul- betul tak?" Nayeon menarik kolar baju jihyo kemarahan. Jeongyeon meleraikan pergaduhan itu dengan pantas.
" Sabar unnie! benda ni bukan senang unnie! Benda ni memerlukan masa yang agak lama. Orang yang langgar tzuyu dan felix bukan sebarang orang. Dia pandai simpan bukti yang menunjukkan dia bersalah." Jeongyeon menerangkan. Nayeon terduduk di atas kerusi yang ada. Mereka kini berada di rumah mina untuk menyiasat.
" Unnie nak selesaikan benda ni cepat. Dengan tzuyu masih tak sedar. Felix pun sama. Korang nak ke diaorang bangun tanpa tahu apa jadi sebenarnya kat diaorang?" Nayeon bersuara lagi. Dia sangat emosi. Emosinya membuak- buak apabila masuk hal rakan baiknya.
" Kami tahu perasaan unnie. Tzuyu pun kawan kami juga. Sakit yang jadi kat dia sekarang kita sama-sama dapat rasakan. Kalau unnie dah jadi macam ni, nanti tzuyu bangun lagi dia tertekan." Nasihat chaeyoung. Dahyun di sebelahnya yang ditugaskan untuk menggodam sistem keselamatan yang berada dekat dengan tempat terjadinya kemalangan antara tzuyu dan felix tiba-tiba berdiri.
" Unnie, hyun ada jumpa sesuatu. Sini cepat." Skrin laptop ditunjukkan pada ahli twice. Mereka semua berkerumun berdekatan dengan meja tempat dahyun letakkan laptop miliknya itu.
" Ini adalah seminggu sebelum kemalangan menimpa tzuyu. Masa ni adalah masa tzuyu dan felix pergi ke sekolah macam biasa. Korang semua tengok kat sini. Ada seorang lelaki pakai mask dan topi yang memerhatikan mereka berdua. Mulanya hyun takde rasa syak apa-apa sebab biasalah mungkin lelaki tu jalan-jalan ke kat sini. Tapi, tengok keesokan harinya. Masih ada lelaki yang pandang mereka dalam keadaan yang sama. Mungkin lelaki ni adalah lelaki yang merancang kemalangan ini." Dahyun memberikan kata putus.
" Kalau kita jumpa lelaki ni dan kita bawa dia ke mahkamah, kita takde bukti yang menyatakan lelaki ini bersalah. Bukti ni tak lengkap. Kita tak tahu siapa lelaki ni. Muka dia tak nampak." Bantah jeongyeon pula. Dahyun meggeleng-geleng.
" Nope. Kita akan dapat bukti lelaki ni bersalah. Hyun hack CCTV berdekatan masa tzuyu dan felix kemalangan lepas. Nampak kasut putih tu? Lelaki tu pakai kasut yang sama berhari-hari. Kalau kita dapat kasut itu, kita akan dapat membuktikan yang lelaki tu bersalah." Balas dahyun semula. Jeongyeon berfikir. Ada betul juga rancangan budak ni.
" So? Apa kita nak buat? Cari lelaki ni dan suruh dia menyerah?" Tanya sana untuk rancangan mereka seterusnya. Dahyun memandang jihyo untuk menentukan segala-galanya.
" Daripada suruh dia menyerah, apa kata kita perangkap dia.. Tapi sebelum tu, momo cuba cari identiti dia. Dahyun, cuba dapatkan seberapa banyak bukti lagi." Arah jihyo. Twice mengikut arahan ketua mereka itu. Mina pula keluar dari biliknya dan ke dapur untuk memasak. Dah tengah hari. Nanti meroyan si minho nak makan.
--------
Sementara itu, di hospital,
" Hai tzuyu. Sorry lambat datang. Saya sibuk dengan sekolah. How are you? Bila awak nak jaga?" Mingyu meletakkan sejambak bunga ros merah di sebuah meja tepi katil tzuyu. Mata tzuyu yang masih tertutup membuatkan dia rasa sedikit sedih. Dia mengelus rambut coklat milik tzuyu perlahan sebelum matanya memandang ke arah felix.
" Adik awak dah lumpuh tzuyu. Doktor kata kalau dia terus lemah semangat, kemungkinan besar untuk dia boleh jalan sangat nipis. Cuma awak yang boleh bagi semangat kat dia. Please.. Bangunlah. Felix perlukan awak. Bukan felix je. Ramai lagi masih memerlukan awak. Budak-budak kat rumah anak yatim yang awak selalu pergi tu semua tanya mana kakak tinggi yang cantik tu. Apa saya nak jawab? Saya tak tahu nak jawab apa tzuyu bila saya nampak diaorang betul-betul tunggu awak setiap hari." Panjang lebar ayat yang diucapkan oleh mingyu mengharapkan gadis yang masih koma itu membuka matanya walaupun mungkin dia takkan boleh nampak apa-apa lagi.
" Chae, jom balik. Waktu melawat dah nak habis ni. Nanti tak pasal-pasal doktor sendiri halau kita dari sini." Ajak mingyu melihat wajah adiknya yang muram itu. Felix pun masih koma. Dah 2 minggu mereka berdua koma. Takde tanda-tanda mereka akan bangun.
" Oppa.. Bila lix dengan tzuyu unnie nak bangun? Lix kata dia takkan tinggalkan chae seorang diri.. Tapi dia tak tepati janji. Dia tetap tinggalkan chae seorang diri.." Chaewon mengelap air matanya yang mengalir ketika mereka berdua keluar dari wad tzuyu dan felix.
" Sabarlah adik.. Kita tak tau benda ni jadi kat diaorang. Jadi kita kena bersabar je lah.." Mingyu menenangkan adik perempuannya itu. Dengan tak sengaja, dia terlanggar seorang lelaki lengkap berpakaian hoodie hitam dan mask hitam. Juga dengan topi hitam. Mata lelaki itu merenung mingyu sebelum kelam kabut pergi ke tempat lain. Mingyu mula rasa tak sedap hati dengan lelaki itu.
" Chae, dengar sini. Duduk kat sini. Jangan pergi mana-mana okey? Oppa nak pergi cari barang kejap. Ada barang tertinggal dalam wad tzuyu dengan felix tadi. Tunggu eh adikku.." Kata mingyu mendudukkan chaewon di kerusi hospital itu. Chaewon duduk dan mengikut arahan dengan senyap walaupun tertanya-tanya juga.
-------
??? p.o.v
" Maaflah. Aku bukan nak bunuh korang sekarang. Bagus lagi kalau korang mati sebelum ni. Tak payah nak menyusahkan aku. Bye bye chou tzuyu." Lelaki misteri itu tersenyum sinis sebelum tangannya memegang tiub oksigen untuk tzuyu. Namun belum sempat ditarik, tangannya terlebih dahulu ditarik dan membuatkan tiub itu tercabut secara tak sengaja. Belum sempat dia melihat wajah orang yang terlebih berani itu, pipinya terasa nak pecah akibat tumbukan kuat orang itu.
" Aku dah agak dah! Kau yang nak bunuh tzuyu dengan felix! Berani kau datang sini!" Mingyu betul-betul marah. Sekali lagi tumbukannya dilayang ke muka lelaki itu. Baru je lelaki itu nak ditumbuk untuk kali ketiga, Mesin nadi tzuyu berbunyi dengan laju. Mingyu cemas. Dia menolak lelaki itu ke tepi sebelum menyambung semula tiub itu. Lelaki yang kesakitan itu cepat melarikan diri dari situ.
" Tak guna punya manusia! Masa ni juga dia nak datang!" Lelaki itu mencaci mingyu sebelum matanya menangkap kelibat twice memasuki hospital. Cepat-cepat dia berpaling ke arah tembok hospital. Harap tak dikesan. Dan berjaya apabila ahli twice terus melepasinya. Dia menghela nafas lega sebelum mendail nombor seseorang.
" Helo bro. Sorry lah tak berjaya. Perempuan tu dengan adik dia masih tak mati. Mingyu tak guna tu tiba-tiba kacau. Ye. Nanti aku cuba lagi lepas ni. Aku kena pergi dulu. Hmm.. Dapat tumbukan mingyu. Dahlah tangan dia tu kuat. Nak pecah muka aku ni." Marah lelaki itu pada lelaki dalam talian itu. Seketika kemudian, dia menamatkan panggilan. Bajunya dikemaskan sebelum dia berlalu dari situ. Baik cepat sebelum mingyu sergahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
MR BULLY MEET SAVAGE GIRL
De TodoTZUYU,MINA, SANA DAN NAYEON PINDAH KE ENGLAND SELEPAS MENJADI MANGSA BULI KEPADA SATU GENG LELAKI KETIKA USIA 12 TAHUN MENINGGALKAN ADIK MEREKA BERSAMA AYAH DAN IBU MEREKA. MEREKA HIDUP DENGAN BAHAGIA DI ENGLAND SEHINGGA TERDETIK HATI MEREKA MAHU BA...