Bab 6

2K 32 1
                                    

Kereta elok diparkir di halaman rumah dua tingkat itu. Fiya keluar dari perut kereta. Dia masuk ke dalam rumah selepas salam diberi.

"Aunty zana" panggil Fiya.

Muncul seorang wanita 50-an dari dapur. Senyuman manis di bibir.

"Ha fiya dah sampai meh meh Kita makan" fiya mengikuti aunty zana ke meja makan. Terhidang mee goreng dan Popia basah. Terliur fiya tengok. Perut yang tadi kenyang terus lapar balik.

"Sedapnya aunty masak" puji fiya sambil menolak kerusi kayu itu.

"Amboiiii,baru ambil bau je dah kata sedap eh?" Geli perut aunty zana dengan gelagat fiya.

Aunty zana merupakan ummi khai. Inilah keluarga kedua fiya. Kedatangannya memang selalu dialu alukan. Kalau dia ada masalah di rumah,mesti dia akan balik Tidor sini.

"Khai Mana ummi" fiya memang begitu sekejap aunty sekejap ummi. Ikut sedap mulut dialah nk panggil yang Mana.

"Kejap lagi khai turun,tadi baru Mandi budak tu. Kita makan dulu"  ummi menyenduk mee ke dalam pinggan fiya.

Doa makan dibaca. Emmmmm sedapnya,laju tangannya menyuap makanan.

"Makan slow slow fiya" tegur ummi. Tengok fiya makan penuh berselera hati tuanya seronok.

"Sedap sangat ummi" jari good ditunjukkan. Wajah comel ditayangkan.

Bunyi tapak kaki menuruni tangga kedengaran. Khai duduk di meja makan. Dia menyenduk mee Dan terus makan.

"Khai nanti Kita sembang kejap eh" . Dipandang khai yang duduk berhadapan dengannya.

"Okey" .
_____

Fiya menghayunkan kaki di buayaian.  Udara yang segar dihirup. Bunyi kicauan burung menambahkan ketenangan. Nikmat.

Fiya membuka mata apabila buayaian bergegar. Khai duduk di hadapannya. Air diteguk perlahan.

Mereka masing masing senyap. Memberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

"Khai,kalau aku cakap ni apa kau rasa?" Ujar fiya selepas lima minit mereka menyepi. Wajah khai ditenung.

"Cakaplah,macam masalah besar je" dari intonasi fiya,dia tahu. Selalunya fiya akan telefon. Bila ada masalah besar baru fiya akan Cari dia di rumah.

"Aku dah nk kahwin" fiya jawab perlahan. Suaranya serak. Hampir menangis. Dia melihat khai. Khai senyap kaku. Tiada respon dari khai.

"Khai" panggil Fiya. Akhirnya air matanya tumpah. Dia Tak kisah. Sudah banyak kali dia menangis di depan lelaki itu. Lagi sedih bila khai hanya senyap tanpa kata kata.

"Jangan nangis fiya. I'm sorry. Aku terkejut." Balas khai dia mengusap kepala fiya perlahan.

"Kau marah aku". Laju khai menggeleng. Menidakkan kenyataan fiya.

"Mana ada. Aku terkejut fiya. Kau Tak pernah bercinta tiba tiba kau kahwin. Aku Tak tahu siapa lelaki tu" terang khai jujur.

"Bukan aku yang nk. Ibu yang aturkan semua ni dengan kawan dia." Khai membiarkan fiya meluahkan perasaannya.

"Aku marah. Tapi aku tahu,ibu buat sebab ibu sayang. Abang dah kahwin. Dulupun,ibu risau sangat pasal abang. Aku Tak nk kahwin lagi khai. Lagi lagi dengan orang yang aku Tak cinta"  semakin kuat esakan fiya. Hatinya sedih,hancur.

"Aku faham. Fiya,aku Tak nk apa yang jadi Kat aku dulu berulang pada kau. Aku sayang sangat dekat kau." Fiya sebak. Dia tahu khai sayangkan dia macam Mana dia sayangkan khai. Tapi bila khai sendiri yang cakap lagi kuat dia menangis.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now