Fiya pov
Kenapalah sebelum ni ibu Tak pernah suruh aku Mandi air bunga. Seronok tau Tak. Dah lah wangi. Ha tulah Mula Mula bantah sangat.
Mesti khai dan ummi dah balik. Hmm mamat tu buat apa eh? Kesian pulak aku buat dia macam tu. Dia layan aku baik baik. No fiya. Dia pernah buli kau dulu. Dia pukul khai.
Kalau dia dah berubah kau boleh terima dia? Dahlah fikir pasal dia. Now Masa untuk relaks fiya.
Selesai Mandi,fiya berkemban dengan Kain batik. Nasib dia Mandi di dalam bilik air miliknya. Jadi kalau pakai macam Mana pun Tak apa.
Fiya keluar. Sebelum Mandi dia dah kunci pintu. Jadi tiada siapa boleh masuk. Fiya duduk di depan cermin. Rambutnya dikeringkan.
Tok tok. Pintu diketuk.
Eh sapa pulak tu. Eh wait,baik kau jangan bukak lagi fiya. Mesti ray. Fiya bangun dan cepat cepat manyarungkan pakaian.
"Fiya" panggil ray di luar.
"Kejap" laung fiya.
Fiya membuka pintu. Ray merenung fiya lama. Eh pahal mamat ni renung lama lama,depan pintu pulak tu.
Fiya buat Tak tahu. Malas ambil kisah. Dia menyikat rambutnya kembali.
"Cantik" ray menutup pintu. Dia berdiri disebelah fiya. Dilihat fiya menyikat rambut.
"What" fiya geram asyik diperhatikan oleh ray .
"Fiyalah,cantik" puji ray.
Fiya tidak membalas. Dia hanya senyap Dan terus menyikat rambut. Walaupun malu yang teramat.
Hati Mana je Tak terasa bila dilayan seperti tidak wujud. Aku kena kuat. Mestilah fiya benci kau. Tengoklah kau buat apa Kat dia. Ray memandang fiya sayu. Dia masuk ke dalam tandas.
Fiya yang mengelamun terkejut mendengar pintu tandas ditutup. Eh dah Tak ada mamat tu.lama ke aku mengelamun. Alamak,aku biarkan dia cakap sorang sorang .
Rasa bersalah Mula menjalar di hati. Fiya duduk di katil,buku novel dibaca. Rutin hariannya selepas Mandi waktu malam.
Ray baring di sebelah fiya. Seminit kemudian dia merapatkan jarak sehingga tangan mereka bersentuhan. Fiya terus menjauhi ray.
Ray mendekati lagi. Fiya menolak tubuh ray perlahan. Dia ni nak apa? Tak habis habis kacau. Geram aku.
Sungguh hatinya terasa. Tapi dia tahu ini harga yang perlu dia bayar sebab pernah menyakiti wanita ini dulu. Ray mengeluh kecil.
Ray bangun dan mengambil sebiji bantal. Dia turun dari katil. Kepala dibaringkan atas bantal. Berkira Kira sama ada mahu Tidur atau tidak.
Fiya tidak peduli. Dia berada dalam dunianya sendiri. Setelah agak lama membaca. Matanya Mula berasa mengantuk.
Matanya melilau mencari ray. Eh tadi ada Kat sini,hilang Mana pulak. Fiya meletakkan bukunya dia meja kecil.
Fiya menoleh ke atas lantai. Ray yang mengiringkan badan membelakangi katil tidur beralaskan lantai.
Apa punya binilah biar suami tidur atas lantai. Haih,aku Tak suruh pun. Dia yang nak merajuk.
Fiya mencuit bahu ray perlahan. Tiada jawapan. Ray tidak bergerak langsung. Eh dah tidur ke mamat ni.
"Ray" panggil Fiya perlahan. Ray membuka mata. Dipusingkan badan menghadap fiya.
"Apasal kau tidur bawah". Tanya Fiya.
"Nanti fiya Tak selesa" nada ray perlahan. Kedengaran seperti merajuk pun ada.
"Ish mengada lah. Naik atas katil cepat" fiya menarik bantal ray.
YOU ARE READING
musuhku suamiku
Storie d'amoreenemy to lovers? huiii parah parah. fiya gadis ulat buku yang sering dibuli kerana tidak mengikut fesyen peredaran zaman. Dia tiada ramai kawan,atau lebih tepat lagi. dia hanya mempunyai seorang kawan,Khairi. Khairi kawan baik fiya. Nk harapkan dia...