Bab 16

906 22 0
                                    

"kenapa ni sayang? Tiba tiba je sayang marah marah abang ni" Kalini dia takkan biar Fiya melarikan diri ke dalam bilik. Jadi dari awal lagi dia sudah mengunci pintu kereta walaupun mereka berada di halaman rumah.

"Sayang,kalau sayang Tak cerita dekat abang macam Mana abang nak tahu" wajah Fiya diangkat supaya memandangnya. Ray Tak mahu berkasar dengan isterinya.

"Hmm kalau Fiya Tak nak bagitahu takpa. Selagi abang Tak tahu,Kita duduk dalam kereta ni" Ray menyandar pada seat kereta. Dia ikut bernyanyi lagu yang berkumandang di radio.

"Fiya nak keluar lah" geram pula Fiya dengan sikap Ray yang buat endah Tak endah saja. Seperti main main.

"Sayang cerita Kat abang dulu apa salah abang lepastu sayang nak masuk rumah,masuklah" Fiya merengus kasar. benci benci benci. Baru semalam mereka berbaik,harini dah bergaduh balik.

"Ke sayang nak abang paksa sayang bagitahu?" Dengan kening keningnya sekali terangkat. Fiya benci riak muka yang ditunjukkan Ray,sama saja seperti Masa lelaki tu membulinya dulu.

"Kalau berani buatlah" Fiya Tak tahu kata katanya mencabar kesabaran Ray. Semenjak kebelakangan ni Ray banyak bersabar. Sekejap Qaseh,sekejap Fiya,sekejap Furqan.

"Sayang you know me. Abang Tak bergurau sekarang. I love you Fiya,tapi kalau sayang buat abang macam ni..abang takut abang sakitkan sayang nanti" Fiya faham maksud Ray. Ray Tak pernah memukulnya walau teruk Mana pun mereka bergaduh. Fiya tahu Ray benar benar serius sekarang Tak seperti semalam.

"Kenapa? Abang dah Tak boleh bersabar dengan isteri abang ni? Kalau macam tu,ceraikan jelah. Senang" Ray mengetap rahangnya kuat. Dia Tak suka bila Fiya mengugut nya dengan penceraian. Matanya dipejamkan lama,mencari kesabaran supaya Tak terlalu dikawal perasaan marah.

"Abang takkan ceraikan sayang. Fiya isteri abang,mummy anak anak kita. So please jangan cakap pasal benda tu lagi" Fiya memandang ray tajam.

"Ooh Fiya ni Tak cukup lagi ke untuk abang? Yelah isteri abang ni kan dah 27 tahun,nak masuk 30 dah kan. Anak pun dah dua" Ray Tak faham apa yang fiya mahu sampaikan. Kenapa tiba tiba masuk topik umur pula.

"So what kalau isteri abang ni 30 tahun. Abang tetap akan cintakan sayang" Fiya Tak percaya. Tengoklah dia masih muda lagi pun suaminya dah Cari baru. Lebih cantik pulak tu.

"Fiya benci abang!" Ray Tak terasa walaupun sedikit dengan kata kata Fiya. Kalau fiya bencikan dia,wanita ni takkan berkahwin dengannya. Dia tahu fiya cintakan dia.

"Ouh,abang sayangkan fiya jugak" Ikut hatinya mahu saja dia jerit di hadapan muka Fiya yang dia cintakan isterinya sangat sangat.

"Let me go!" Fiya meronta ronta apabila Ray memeluknya erat. Tetapi bukan seperti selalu,kalini lelaki tu seperti tidak mahu melepaskan dia.

Kudratnya lemah berbanding Ray. Fiya mengalah apabila dia terlalu penat memukul lengan suaminya berkali kali. Fiya tahu apa yang Ray mahu,rakus bibir lelaki itu menciumnya.

Nasib baik saja isterinya sedang berpantang,kalau Tak sudah lama dia terkam. Dalam kereta pun kereta lah. Tangan Fiya digenggam daripada menganggu dia melakukan 'kerjanya'.

"Abang setia sayang" bisik Ray di telinga Fiya. Entah kenapa ray rasa seperti mahu beritahu isterinya betapa setianya dia pada Fiya. Dari zaman belajar sehinggalah kini hanya Fiya di hatinya.

"Tolonglah lepas Fiya. Abang dah gila ke? Fiya Tak naklah" Ditolak wajah Ray dengan sikunya sedaya upaya.

"Tell me" Ray sedar dia terlalu memaksa Fiya. Dijauhkan sedikit jarak wajah mereka supaya Fiya berasa selesa.

"Please Ray.." nada fiya mengendur. Dia takut sekarang. Hampir hampir saja dia mahu menangis.

"Abang minta maaf. Kita cakap lain kali" Ray mengucap berkali kali. Dia dah terlalu melampau memaksa Fiya. Terasa bersalah pula melihat wajah polos dihadapannya takut takut.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now