"papa" khai menoleh ke arah anak kecil yang sedang menarik tangannya meminta perhatian. Comel betul.
"Kenapa?" Setiap kali dia memandang wajah Furqan serta merta fikirannya teringat pada Fiya. Wanita itu benar benar buat dia gila.
"Mummy dengan daddy pergi Mana? Kenapa tinggal Furqan dengan Adik" Furqan memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Khai tertawa kecil dengan telatah budak empat tahun tu. Sudahlah pipinya tembam seperti pau,kalau boleh nak je dia cubit cubit.
"Mummy dengan daddy keluar beli barang dapur"
"Kenapa Furqan Tak boleh ikut?" Alang alang mummy dengan daddy beli barang,diorang pergi datinglah. Sebabtu diorang suruh papa jagakan hero hero comel ni. Tak sampai hati pula dia mahu berterus terang,haih terpaksalah Cari alasan.
"Banyak mummy dengan daddy nak beli. Nanti kena berdiri lama,pastu jalan Sana sini. Orang ramai..Furqan mesti penat" harap harap Furqan termakanlah dengan alasan dia. Berkerut wajah Furqan memahami maksud khai.
"Furqan nak daddy" salah kau lah ni ray. Nak dating pun janganlah lama sangat,tengok anak kau ni nak nangis dah. Ish mamat ni,balik nanti aku renyuk renyuk muka Tak berapa nak hensem kau tu.
"Papa bawak pergi taman mainan nak? Kita pergi dengan Raif sekali"
"Bila?" Tak jadi nak nangis. Nasib papa khai pandai pujuk hmp! Daddy ni!
"Lepas papa solat asar okey?" Cepat saja Furqan tersenyum kembali. Berdesup dia lari mencari adiknya.
"Kau ampunkanlah segala dosaku. Sesungguhnya aku hamba yang penuh dengan dosa" Khai termenung seketika di atas sejadah. Mengambil Masa untuk merenung Masa silamnya kembali.
Salahkah dia mencintai seseorang yang sudah lama mendiami di hatinya? Salahkah jika dia terus mencintai wanita itu dalam senyap? Walaupun sakit mahu menerima kenyataan bahawa perempuan itu sudah bahagia dengan orang lain. Jika dia mampu putarkan Masa kembali..
"Papa!" Cepat cepat khai mengelap air matanya supaya Furqan Tak nampak.
"Okey jom" Teruja betul budak kecil ni. Belum sempat khai bangun,Furqan dah tarik tangan lelaki itu mengikutinya keluar.
"Baca doa Naik kenderaan" memang selalu khai ingatkan pada Furqan supaya membaca doa ketika kemana Mana sahaja. Sudah menjadi kebiasaannya,lagipun Furqan seperti anaknya sendiri.
"Adik Kita nak pergi taman mainan yey " Raif tidak mempedulikan abangnya. Dari tadi sibuk bermain dengan patung kesayangannya. Furqan mencium pipi adiknya. Wanginya bau bayi!
Sepuluh minit kemudian,
"Dah sampai. Furqan tunggu dulu,bagi papa ambil Raif kejap" Furqan sudah tidak sabar mahu bermain. Banyak kanak kanak lain yang sedang berlari berkejaran Sana sini. Cepatlah papa!
Khai menolak stroller bayi sambil memimpin Furqan. Tak ubah gayanya seperti seorang Ayah yang membawa anak anak ke taman. Dia pun bukan muda sangat,sudah 27 tahun. Belum sempat pesan apa apa Furqan sudah berlari ke arah buayaian. Khai duduk berdekatan dengan tempat Furqan bermain. Macam mana nanti jika dia ada anak sendiri? Mampukah dia jadi Ayah yang baik?
Sudahlah khai,kau memang takkan kahwin pun. Khai minta maaf ummi,khai Tak mampu bagi ummi Cucu. Mesti ummi sedih tengok kawan kawan ummi yang lain dapat pegang,kendong Cucu sendiri kan? Khai pun teringin..tapi khai Tak bersedia lagi. Takpalah khai. Kau dapat bagi kasih sayang pada Furqan dengan Raif pun cukuplah.
Kau pengecut,Tak berani nak berterus terang dengan perasaan sendiri. Sekarang tengoklah,dia dah kahwin..ada anak,bahagia. Kau? Stop it! Aku cakap berhenti! Tak! Dia Tak boleh menangis di hadapan Raif dan Furqan . Dia kena kuat. Mengucap khai,mengucap ..

YOU ARE READING
musuhku suamiku
Romanceenemy to lovers? huiii parah parah. fiya gadis ulat buku yang sering dibuli kerana tidak mengikut fesyen peredaran zaman. Dia tiada ramai kawan,atau lebih tepat lagi. dia hanya mempunyai seorang kawan,Khairi. Khairi kawan baik fiya. Nk harapkan dia...