❀
Gadis itu menarik nafas dalam sebelum matanya dikesat sekali lagi, hujan yang menitik tidak dihiraukan. Dia sudah penat mencari Jaehyun.
Dia risau apabila mendengar bahawa lelaki itu melarikan diri dari perkahwinan.
Jaehyun ke mana sebenarnya?
Dia duduk di taman itu sebelum memeluk kakinya erat, air matanya turun kerana dia rindukan lelaki itu.
"Mana awak Jaehyun...", Gumamnya perlahan.
Hujan yang turun semakin lama semakin lebat namun gadis itu tidak mahu berganjak dari taman itu.
Rambut dan baju sweetshirt berwarna kelabu yang dipakainya habis basah.
"Jaehyun..", Panggilnya lagi berharap lelaki itu datang kepadanya semula.
"Sayang..."
❀
YOU ARE READING
The J. Boss
Short Story❝Aku, gadis biasa yang menyukai majikanku yang sudah bertunang❞ ©neoculturetechnology | 2020 project fetus writing !