❀
"Yeorim, kau mahu teman aku makan? Doyoung dan Jungwoo sudah tinggalkan aku awal tadi", Ucapnya sebelum mengeluh.
Aku mengerdipkan mataku. Apa dia baru saja mempelawa aku untuk makan bersama dia?
Aku menahan diri dari mengukirkan senyuman.
"Boleh tapi saya nak pergi tandas sebentar", Balasku.
"Okey, saya dekat dalam bilik saya. Nanti awak masuk ja okey?", Ucapnya lagi.
Aku mengangguk perlahan.
Perlahan lahan aku berjalan menuju ke tandas.
Sampai sahaja aku di tandas aku terus tersenyum gembira.
Aku melompat lompat kecil sambil menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan.
Tujuh tahun
Aku menyukainya tapi ini kali pertama dia mengajak ku keluar
Aku menampar pipi ku perlahan dan tersenyum semula. Act normal Yeorim! Bisik hatiku.
Kakiku keluar melangkah dari pintu tandas dan terus menuju ke bilik CEO Jung
Aku menolak pintu itu dengan perasaan yang berdebar.
Tetapi permandangan yang menghiasi penglihatanku ini membuatkan aku terdiam seribu bahasa.
"M-maaf saya menganggu", Ucapku.
Aku keluar dari bilik itu apabila melihat dia, berciuman bersama tunangnya Jieun.
Air mataku mengalir secara drastik, aku berlari semula ke tandas tidak lupa juga untuk menguncinya.
Dadaku aku tepuk perlahan untuk menghilangkan rasa sebak.
Aku cemburu, cukup cemburu hingga aku rasakan perasaanku sedang meronta ronta.
Tetapi aku sedar.
Aku itu bukan sesiapa pada dia, aku cuma perempuan biasa.
❀
YOU ARE READING
The J. Boss
Short Story❝Aku, gadis biasa yang menyukai majikanku yang sudah bertunang❞ ©neoculturetechnology | 2020 project fetus writing !