Bunyi pintu dibuka dari dalam menyebabkan manusia yang berada di luar wad meluru ke arah pintu yang terbuka
“macamana anak saya Doktor?” tanya Tn Han
“anak encik okey, tiada kecederaan yang serius. Encik semua bolehla masuk melawat. Cuma sekejap saja sebab pesakit perlu berehat” terang Doktor. Mereka semua mengangguk & masuk ke dalam wad.
Jimin hanya memerhatikan keadaan Gyeo Wool yang masih tidak sedarkan diri. Tangan kiri & kepalanya berbalut. Ada kesan lebam & calar di muka & lengan gadis tersebut.
“macamana kita nak bagitau Gyeo Wool tentang Taehyung?Mesti dia takkan dapat terima” soal Pn Han
“Jangan risau Aunty, kami semua akan cuba bantu Gyeo Wool” sampuk Namjoon
****
“Jimin! Turun kejap!”
“kejap!” jawab Jimin dari dalam biliknya. PSP di tanganya diletakkan. Dia turun ke dapur
“ada apa Eomma?” soal Jimin
“ni tolong bawa makanan pergi Hospital. Untuk Gyeo Wool. Eomma Appa dia takde. Uruskan pengebumian Taehyung” Pn Park menghulurkan tupperware
“suruh Appa jelah. Banyak kerja la Eomma” Jimin memberi alasan. Perasaan marah nya terhadap Gyeo Wool masih belum hilang
“pergi kejap je. Lepastu kamu balik la” arah Pn Park.
Jimin mengambil tupperware dengan muka masam & menuju ke arah kereta nya
“menyusahkan betul la dia ni” bebel Jimin sambil menghidupkan enjin kereta & memecut pergi.
(Di Hospital)
Jimin menuju ke arah wad yang menempatkan Gyeo Wool. Dah beberapa hari gadis itu sudah sedar namun dia tak pernah datang melawat. Sampai sahaja di depan bilik Gyeo Wool, dia mengintai melalui cermin. Kelihatan gadis tersebut sedang duduk di atas katil sambil memandang ke arah tingkap. Jimin membuka pintu & masuk. Gyeo Wool yang mendengar bunyi pintu dibuka menoleh. Dia tersenyum apabila ternampak Jimin.
“Eomma aku bagi” Jimin meletakkan tupperware di atas meja lalu beredar
“Jimin tunggu”
Jimin berhenti berjalan. Dia berpaling ke arah Gyeo Wool
“kau masih marahkan aku ke? dah tak nak kawan dengan aku ke?” soal Gyeo Wool
Jimin buat muka meluat
“aku faham. Tapi boleh tak aku nak peluk kau. Aku rindu sangat kat kau” tanpa menu ggu balasan dari Jimin, Gyeo Wool memeluk Jimin
“aku minta maaf” kedengaran suara Gyeo Wool seperti menangis
“eii dahla.Rimas aku” Jimin menolak Gyeo Wool yang memeluk nya sehingga pelukan Gyeo Wool terlerai. Dia terus keluar dari wad.
****
Jimin memarkir keretanya. Dia keluar sambil membimbit plastik berisi makanan ringan. Dia ingin buat suprise pada Nari, girlfriend nya. Dia membuka pintu rumah Nari memandangkan gadis tersebut sudah memaklumkanya awal-awal tentang ketiadaan ibu bapanya. Buka sahaja pintu,
“you buat apa ni?” soal Jimin.
Nari yang sedang ‘bermesra’ dengan boyfriendnya bingkas bangun sambil membetulkan bajunya yang berkedut.
“Jimin.. I... I”
“so betulla apa yang Eomma nampak?” soal Jimin sinis
“ni bukan seperti yang you fikirkan. I... I..” Nari gagap
“sampai berpeluk cium masih tiada apa-apa? Sampai hati you buat I macam ni. I percayakan you,lebih dari kawan baik I sendiri”balas Jimin
“I minta maaf. Please” Nari cuba memegang tangan Jimin namun ditepis
“enough. Mulai harini, kau jangan tunjuk kan muka depan aku lagi” Jimin keluar & menghempas pintu dengan kuat. Dia masuk ke dalam kereta & memecut pergi