"ya apa yang boleh saya bantu?” tegur Baekhyun
“eh kau tak payah nak acah sopan. Apa niat kau dekat dengan Gyeo Wool? Nak jadi boyfriend dia?Jangan harap! Aku takkan benarkan kau dekat dengan dia. Kau langkah mayat aku dulu sebelum nak jadi boyfriend dia!” marah Jimin
Baekhyun ketawa melihat reaksi Jimin agak bengang
“tak. sebenarnya kau ni siapa? Beria nak marah aku? Nak kata abang Gyeo Wool tak mungkin, sebab muka tak sama. Boyfriend tu jauh sekali sebab Gyeo Wool pernah cakap yang boyfriend dah meninggal dunia. Kalau kawan tu buat cara kawan, takyah melebih” balas Baekhyun selamba
“berani kau”
Jimin ingin meluru ke arah Baekhyun
“eh. Eh.. kau sentuh aku even sikit, aku cakap kat Gyeo Wool. Biar dia marah kau"ugut Baekhyun
Jimin mengetap bibirny. Geram. Dia berundur kembali
“Dah buang masa cakap dengan orang tak betul macam kau” Baekhyun beredar sambil mengayuh basikal nya meninggal kan Jimin
“tak guna” bisik Jimin
****
“Eomma, Gyeo Wool ada tak?” soal Jimin sambil membuka pintu rumah Gyeo Wool
“ada. Kat dalam bilik tu. Pergilah” jawab Pn Han
Jimin mula menaiki tangga. Dia mengetuk pintu. Dalam beberapa saat pintu dibuka
“ya?” soal Gyeo Wool
“boleh aku masuk?” tanya Jimin
“huh? Macamana kau nak masuk, ni bilik perempuan” jawab Gyeo Wool
Jimin tersentak
“Selama ni okey je aku masuk, siap tidur dalam ni lagi” jawab Jimin
“look, aku rasa kau dah salah orang ni. Seingat aku, aku tak pernah bagi lelaki masuk bilik aku” terang Gyeo Wool
“kau dah lupakan aku ke? Aku minta maaf atas apa yang terjadi dulu. Aku rindu sangat kat kau. Rindu dengan aktiviti yang kita selalu buat” jawab Jimin
“haih jem otak aku. Look Jimin, aku nak siapkan assignment ni, aku tak boleh berbual panjang. Sorry” Gyeo Wool menutup pintu bilik.
Meninggal kan Jimin yang broken
****
“kenapa masam je ni?” tegur Namjoon
“Gyeo Wool. Kenapa aku rasa macam aku dah tak kenal dia?” soal Jimin
“mungkin dia busy study, kau tau kan”balas Namjoon
“dia dah lain. Dia dah buang aku dari hidup dia ke?” soal Jimin
Namjoon ketawa. Jimin sebijik macam orang kena reject.Dia menuju ke dapur
‘ting’ bunyi pintu dibuka. Muncul 2 susuk tubuh
“selamat datang!” ucap Jimin bersemangat.
“ah aku tak tau kau kerja kat sini” tegur Gyeo Wool
“sementara nak tunggu majlis graduation aku kerja part-time. Jap aku buat air favourite kau” Jimin mula membancuh
“aku nak order” ujar Baekhyun
“sabar. Ladies first” jeling Jimin
Baekhyun buat muka meluat
“air kau. Caramel macciato” Jimin meletakkan mug
“erm Jimin air favourite aku latte. Aku tak suka caramel macciato” Gyeo Wool menolak kembali mug
Jimin tersentak. Nampak nya dia memang dah tak kenal Gyeo Wool
“kalau macam tu aku ambil air ni. Favourite aku ni” Baekhyun menarik mug
“hei aku buat untuk dia, bukan kau” Jimin menampar tangan Baekhyun
“dari tadi aku sabar dengan kau. Panggil manager kau sekarang. Aku nak buat aduan!” marah Baekhyun
Haaa sudah, bergaduh pulak kat kaunter 😂