"Halmeoni, Gyeo Wool keluar kejap!" ucap Gyeo Wool sambil menyarung seliparnya. Dia mencapai basikal Haraboji nya lalu menuju ke arah pantai. Sampai sahaja dia memarkir basikal nya & menuju ke arah kayu yang terletak di hadapan pantai
"segar nya!" Gyeo Wool mendepangkan tangan nya.Dia menarik nafas dalam-dalamllalu menghembus nya
"hai"
Gyeo Wool berpaling. Dia terpaku melihat 'orang' di depanya
*****
"malam ni korang datang tau. Tak datang putus kawan" kata Ryuji sambil mengambil buku nya yang berada di atas meja kafe
"ya, kitaorang datang" jawab Jungkook
Malam ni Ryuji menganjurkan majlis hari jadi nya
"nanti kitaorang bertiga sampai serentak"bbalas Namjoon
"kau tunggu je kitaorang sampai" sampuk Jimin
"okeylah. Kalau macam tu aku balik dulu. Jumpa nanti" Ryuji beredar
"okey guys. Malam ni aku jemput korang. Pukul 7" kata Namjoon
Jungkook & Jimin mengangguk faham
"good. Aku balik dulu" Namjoon meminta diri
"aku pun" sambung Jungkook
Mereka semua bergerak ke rumah masing-masing
******
(di party)
"guys, aku duduk dulu" ucap Jimin sambil tanganya memegang pinggan berisi kek & segelas jus
Jungkook & Namjoon mengangguk
"apa khabar agaknya kau Gyeo Wool? Kau dah sihat ke tak? Kau dah lupakan aku terus ke?" ucap Jimin perlahan sambil tanganya menyuapkan kek ke mulutnya
(situasi Jungkook , Namjoon & Ryuji)
"tengok tu dia cakap sorang-sorang lagi. Haih parah dah kawan kita sorang tu" ucap Ryuji
"entahla aku pun tak tau nak buat macamana dah. Broken teruk anak Park tu. Hari-hari asyik sebut nama Gyeo Wool "balas Jungkook
"eh Gyeo Wool ada text korang tak?" tanya Namjoon
"ada je, dia okay je kat kampung tu. Seronok sangat dia kat sana"balas Jungkook
"dia dah dapat kawan baru" Ryuji ketawa
"kawan baru? Siapa?" soal Namjoon
Jungkook & Ryuji mengangkat kening sambil senyum penuh makna
****
"Halmeoni! Nak keluar kejap!"jerit Gyeo Wool sambil memakai seliparnya
Dia menuju ke arah pantai. Dia tersenyum apabila ternampak seseorang yang dia cari-cari
"hai Baekhyun" sapa Gyeo Wool
"hai Gyeo Wool. Awak lambat harini" ucap dengan muka yang sengaja dimasamkan
Gyeo Wool ketawa, Baekhyun banyak mengigatkan dia kepada...
Kim Taehyung
Wajah & personaliti yang hampir sama membuatkan dia merasakan Taehyung masih hidup
"ouh tadi saya selesaikan kerja rumah sikit. Halmeoni nak keluar cepat, so saya settle kan semua kerja" terang Gyeo Wool
"cuti awak dah nak habis. So I guess hmmm" ucap Baekhyun
"haa jangan nak buat drama. Awak nanti akan sambung belajar ka situ jugak. Kita boleh jumpa" balas Gyeo Wool
"tapi awak dah semester akhir, saya pula baru nak start" ujar Baekhyun
Dia sambung belajar agak lewat dari usia nya
"Sama je. Kita masih boleh berjumpa. Walaupun saya dah dapat jumpa kawan saya balik, saya takkan lupakan awak" ucap Gyeo Wool
Baekhyun sedikit tersenyum
"awak dah ada boyfriend?" soal Baekhyun
Gyeo Wool mengangguk.
"ouh" balas Baekhyun
"tapi dia dah meninggal. 6 bulan lepas" ujar Gyeo Wool
"maaf. Saya tak tau" ucap Baekhyun dengan muka bersalah
"takpe. Kalau awak nak tau, muka dia sama macam awak. Sejujur nya, bila tengok awak, dapatlah ubat kerinduan saya pada dia" Gyeo Wool ketawa
Baekhyun ketawa
"terima kasih kerana awak muncul pada waktu yang tepat" ucap Gyeo Wool ikhlas
"most welcome"