Jimin mengayuh basikal nya sepantas mungkin. Tak sampai 15 minit dia tiba di rumah. Selesai sahaja dia memarkir basikal nya, dia menuju ke rumah Gyeo Wool. Dia mula menekan loceng. Namun tiada jawapan
“diorang takde kat rumah”
Jimin berpaling, jiran Gyeo Wool rupanya. Aunty Lee
“diorang pergi mana?” soal Jimin
“entah la. Dari pagi diorang 1 family keluar. Tak balik-balik lagi” terang Aunty Lee
“ah thanks Aunty” Jimin senyum. Dia bergerak pulang ke rumah nya
“haa Jimin, balik pun kamu” tegur Appa nya
“Appa,Gyeo Wool 1 family pergi mana?” tanya Jimin
“diorang balik kampung Eomma Gyeo Wool. Kat Ulsan” terang Eommanya
“lama ke?” soal Jimin
“katanya sampai habis semester ni.” ujar Appa nya
“habistu study dia macamana?” soal Jimin
“extend la”sampuk Eomma nya
“Eomma Appa! Jom kita ke kampung dia!” ajak Jimin
“eh kamu gila ke?” soal Appa nya
“Gyeo Wool tu perlukan ketenangan. Sebab tu parent dia hantar berehat kat kampung. Gyeo Wool masih terkejut atas kematian Taehyung” ujar Eommanya
Jimin meraup mukanya. Tanpa sepatah kata dia menuju ke biliknya. Phone nya di keluar kan. Icon Kakaotalk dibuka, Dia menekan chat Gyeo Wool. Selama ni dia tak pernah balas mesej Gyeo Wool lantaran dia masih marah dengan gadis tersebut. Dia mula membaca satu persatu
“Jimin, aku minta maaf”
“Jimin, kau dah tak nak kawan dengan aku ke?”
“aku rindu sangat kat kau”
“aku rindu nak berbual dengan kau”
“Jimin, Taehyung dah takde. Semua salah aku, kalau aku tak minta aiskrim dengan dia, mesti semua ni tak jadi”
“kau tak nak datang melawat aku ke?”
“kau dah lupa kan aku ke Jimin?”
“aku minta maaf”
“aku minta maaf” itu mesej terakhir dari Gyeo Wool
Jimin membaca mesej-mesej tersebut dengan linangan air mata. Gyeo Wool amat memerlukan sokongan darinya tapi dia...pilih untuk abaikan Gyeo Wool. Dia mengesat air matanya. Dia mula menaip mesej & menekan ‘send’
Unable to send this message
Jimin berkerut. Data dia dah habis ke apa? Rasanya baru renew. Dia mencuba sekali lagi
Unable to send this message
Laju sahaja dia menghubungi Gyeo Wool
“the number you have dialled not in service”
“ish kenapa pulak ni” bebel Jimin. Icon Instagram pula ditekan. Dia cuba meng DM
“unable to send this message”
“damn!” carut Jimin.
Nampaknya Gyeo Wool dah block dia
“Gyeo Wool, aku minta maaf” ucap Jimin sambil menangis. Dia belum sempat meminta maaf dengan Gyeo Wool