"Eomma!” jerit Gye Wool sambil membuka pintu rumah Jimin
“haish kamu ni, terkejut Eomma!” Pn Park menjeling Gyeo Wool
“Eomma masak apa?” soal Gyeo Wool sambil memeluk Pn Park
“ni ha nak siapkan barang untuk masak makanan kegemaran kamu & Jimin. Sup kimchi.Nanti malam dinner kat sini” ajak Pn Park
“boleh nanti Gyeo Wool datang. Jimin tak siap lagi?” soal Gyeo Wool sambil memandang kiri kanan.Mereka berdua dah berjanji untuk keluar makan sama-sama
“belum. Tengah bersiap lagi la tu” balas Pn Park
“hi Chim” Gyeo Wool mendukung kucing milik Eomma Jimin & mencium nya
“meow” sahut Chim
“makin gemuk la. Macam abang dia. Jimeng” Gyeo Wool ketawa
“eh kucing tu bukan keturunan aku okey” sampuk Jimin yang menuruni tangga
“bukan dia adik kau ke”usik Gyeo Wool
“letak kucing tu atau aku pergi sorang” ugut Jimin
“fine” Gyeo Wool meletakkan Chim ke bawah
Tanpa disangka Chim meluru ke arah Jimin lalu mencakar kaki Jimin & melarikan diri
“aduh! Eii kucing ni aku sepak kau kang!” Jimin ingin mengejar Chim
“padan muka kau” Gyeo Wool ketawa
“eh jangan usik anak Eomma. Kang kamu yang Eomma buang nanti” ugut Pn Park
Jimin menjulingkan matanya
“Dah jom” Gyeo Wool mengambil begnya
Mereka berdua keluar dari rumah
***
“kau ni pun, dah tau nak makan ramen, ikatla rambut. Sini aku ikat. Rimas pulak aku tengok. Mana pengikat rambut?” tanya Jimin sambil berdiri di belakang Gyeo Wool lalu mengikat rambut Gyeo Wool menjadi pony tail.
“waahh sweetnya boyfriend dia”
“handsomenya boyfriend dia”
“gentleman sangat”
Jimin & Gyeo Wool hanya buat tak endah. Dah biasa sangat dengan suasana macam tu
“sweet kan aku? Jimin memuji dirinya sendiri. Gyeo Wool Wool buat muka meluat
“1 semester lagi pastu kita habis belajar. Kau serius nak kahwin dengan Taehyung lepas korang habis belajar?” soal Jimin
“yela" jawab Gyeo Wool
“eh bila Taehyung nak datang. Aku dah lama tak jumpa dia” tanya Jimin
“erm minggu ni dia busy. Lagi 2 minggu baru aku dapat jumpa dia” terang Gyeo Wool. Jimin mengangguk faham
****
“korang, apa kata hujung minggu ni kita semua pergi camping?” cadang Namjoon
“nak!” balas kawanya yang lain serentak
“kau Jimin, disebabkan kau tinggal berhadapan dengan Gyeo Wool, korang berdua settlekan barang makanan. Boleh?” soal Namjoon
“okey!” balas Jimin & Gyeo Wool serentak
“nanti aku settlekan khemah kita. Kau namjoon settlekan barang yang lain dengan Ryuji? On?” soal Jungkook. Namjoon & Ryuji mengangguk
“tak sabarnya nak pergi!” ucap Gyeo Wool gembira
“agak-agak ramai macam haritu ke? Nanti kita takde tapak, semua orang lain dah ambil” ujar Jungkook
“ada kot, sekarang bukan musim cuti ke apa”bbalas Jimin
“ingat guys,jangan lupa tugas masing-masing. K aku gerak dulu, Eomma aku suruh balik awal” Namjoon bangun. Yang lain hanya mengangguk
***
Gyeo Wool menekan loceng rumah Jimin. Mereka berdua dah berjanji untuk keluar membeli makanan yang diperlukan untuk camping lusa. Tak sampai 10 saat pintu dibuka. Muncul Pn Park
“Eomma, Jimin mana?” soal Gyeo Wool
“laa Jimin takde, dia keluar dengan Nari” balas Pn Park
“eoh ye ke? Takpelah saya call dia” ucap Gyeo Wool lalu beredar ke halaman rumah. Dia mula mendail nombor Jimin namun tidak berjawab. Dia mengirim SMS, juga tiada balasan dari Jimin
“haish dia ni, lupa ke apa!?” bebel Gyeo Wool geram. Nampaknya dia terpaksa mencari barang makanan seorang diri.
****
“okey Oppa, sayang balik dulu. Eomma dah bising. Nanti kita dating lagi” Nari bangun mencapai begnya
“okay sayang” Jimin turut bangun.
Selepas Nari beredar, dia mencapai telefon nya yang berada di dalam poket. Matanya bulat
“damn!”