Chapter 1

129 1 0
                                    

IRIS POV

Aku cuba untuk membuka mata. Arghhh awal lagi, baru 6.30 am. Boleh lagi ni nak tidur lagi 5 minit.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi....

Aku mengangkat telefon dan mendengar Hana membebel, "Oi Iris bangun laaaa, dah pagi ni mandi cepatttttt. Kang kau lambat lagi pergi sekolah!!! Kau tau tak minggu ni je dah 2 kali kau lambat? Aku taktau macam mana nak cover kau dah!". Aduh kacau betul la aku nak tidur.

"Ok aku siap-siap sekarang. Korang semua tunggu kat bus stop okay?", aku membalas dan mematikan talian. Aku bangun dari katil dan menuju ke bilik air.

Nama aku Iris Aurora, berusia 17 tahun. Oh yeah tahun ni tahun aku menduduki SPM. Hidup aku seperti orang lain, bosan bosan bosan dan bosan. Nak tau kenapa? Yela aku bangun pagi nak breakfast pun tiada siapa di rumah, hanya ada bibik je temankan aku huhu. Mama dengan Papa? Hah jangan cakap la sebab mereka selalu outstation. Ye aku lahir dalam keluarga yang berada, apa yang aku nak semua aku boleh dapat. Aku juga anak tunggal, ha tengok tu dah bosan dah.

Kejap apa yang aku mengelamun ni? Alamak dah pukul 7??? Shit confirm aku kena tibai dengan Jay nanti. Aku mula berlari keluar daripada rumah dan menuju ke bus stop. Fuhhh nasib baik on time!

"What the fuck siaaa Iris dating awal eh harini?" Akim menegurku. Aku menjeling ke arahnya.

"Well come on la ni Iris kot. Takkan ada perkataan lambat dalam kamus hidup aku", aku membalas.

"Kau bab sembang memang kencang kan? Minggu ni je kau dah lambat 2 kali pergi sekolah. Ni kalau aku tak call ni confirm lambat lagi. Cuba la tukar tone alarm kau tu. Ni pergi letak lagu sendu confirm la tidur balik", Hana membebel.

"Betul tu, aku hampir nak smackdown kau dah ni. Nasib baik kau on time", Jay menambah. Aku tersenyum ke arah mereka bertiga. Kami berempat ini sudah berkawan baik daripada umur 13 tahun lagi. Lama kan? Mungkin kami serasi dan sekepala sebab itulah kami masih rapat sehingga sekarang.

"Weh bas dah sampai, jom!!!", aku memberitahu mereka.

Di sekolah,

"Wey pening la tengok akaun ni semua!!! Kenapa aku masuk aliran accounting ni?" Jay membebel kepadaku. Haih dah menjadi kebiasaan dengar Jay bebel dekat aku sebab kami adalah rakan sekelas. Manakala Hana dan Akim di kelas lain dan mereka mengambil aliran Sains Tulen.

"Jangan stress sangat Jay. Kang muka tak cantik dah hahahaha. Lagipun kalau kita tak ambil aliran accounting ni, kita kena masuk sains tulen tau. Lagi la pening! Tengok kembar kau tu, Akim tu hari-hari homework menimbun" aku mengacaunya. Jay ni perempuan tapi watak macam tomboy sikit. Jay dan Akim adalah kembar tak seiras tapi perwatakan mereka sangatlah berbeza. Akim seorang lelaki yang gentle, cakap pun lembut je. Jay ni pulak kasar, semua benda dia boleh smackdown dengan wresling.

Kami meneruskan pembelajaran kami sehinggalah bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aku dan Jay berlari ke kantin dengan segera untuk cop tempat di tempat kegemaran kami, iaitu dekat dengan tempat membeli makanan. Maklumlah semua cepat lapar je, jadi perut pun kena diisi selalu.

"Yo what's up genggg", Hana menyapa diikuti dengan Akim.

"Yo student paling pandai dalam sekolah ni. Okay tak belajar tadi?" Jay berkata.

"Okay je, kacang jela semua ni." Hana menjawab. Hana memang seorang yang cerdik dan pintar antara kami semua. Memang dalam sekolah ni, dia la selalu mendapat nombor 1. Tapi yang bagusnya Hana ini, dia tidak kedekut ilmu, dia selalu mengajar kami semua subjek Addmaths. Sebab tula aku sayang Hana ni.

"Korang, petang ni jom study Addmaths sama-sama", Akim memberi cadangan. Okay juga tu, Addmaths aku dah lah berterabur ni. Kuiz hari itu pun dapat 3 markah je.

"Onz, dekat rumah siapa?", aku bertanya.

"Macam tak biasa pulak", Akim menjawab. Kami semua ketawa. Tak lain tak bukan rumah Akim dan Jay la. Kami memang selalu buat study group di rumah mereka. Antara sebab nya adalah, rumah mereka paling dekat dengan sekolah. Sebab kedua mama Akim dan Jay masak sedap jadi kami boleh lah makan tengahari di rumah mereka. Sebab ketiga, keluarga mereka dan macam keluarga Iris sendiri.

Kenapa bukan rumah Iris? Oh no jangan la. Rumah Iris la paling bosan antara mereka semua. Dahla ibu bapa selalu tiada di rumah, kalau lapar pun kena order di luar sahaja.


......

HI KORANGGG!!! Ni cerita baru daripada saya. Harap korang semua suka la ye. Dalam chapter 1 ni, Adam tak muncul lagi so korang sabar dulu ya.

Pls ignore any grammar mistake. Saya ni baru sikit dalam penulisan, harap anda semua faham. Byeee xoxo!

I'm OkWhere stories live. Discover now