Chapter 2

55 0 0
                                    

IRIS POV

Di rumah Akim dan Jay,

"Sedapnya Umi masak. Dah tambah 2 kali dah ni", aku memuji Umi. Kami semua memang dah terbiasa panggil Umi kerana sudah anggap seperti ibu kami sendiri. Kalau lah mama aku pun selalu masak macam ni... haih okay Iris jangan sedih!

"Terima kasih Iris. Nak tambah kali ketiga pun boleh. Kamu tu umi tengok kurus je. Makan lagi kasi tambah energy"

"Mau meletup perut Iris kalau tambah lagi Umi, jangan bagi dia makan dah sebab lepas ni kitaorang nak study Addmaths. Kang Iris ni tertidur pula", Jay membebel. Aku menyiku Jay. Jay ni mulut celupar la! Of course la lepas makan akan rasa mengantuk.

"Dah semua cepat makan dan basuh pinggan. Kita ada masa 2 jam je nak study ni.", Hana mencelah. Kami semua mengangguk dan percepatkan pergerakan kami,

////

Ni dah sejam belajar Addmaths ni. Ya Allah berikanlah aku kekuatan nak habiskan semua latihan ini. Disebabkan rasa mengantuk, baik aku pergi toilet kejap.

Sedang aku menuju ke toilet, aku terlanggar satu makhluk Allah ni. Aduhh sakit kepala aku ni. Siapa pula lalu tengah-tengah jalan ini. Aku memandang ke atas, wuih tinggi betul mamat ni. Siapa pula ni tak pernah nampak pun?

"Oi cik adik, jalan tengok la kiri kanan dulu. Awak melulu sangat ni nak pergi mana", lelaki itu berkata dengan nada perlinya. Amboi mulut tiada insurans langsung!

"Awak ni siapa? Tak pernah nampak pun dalam rumah ni? For your information, saya otw pergi toilet ni lepas itu awak tiba-tiba je lalu. Jadi salah siapa ni?"

"Salah awak la, tak pandang kiri kanan. Pendek pula tu". Kurang ajar gila mamat ni! Tak boleh jadi ni kita kena lawan balik!

"Salah awak!"

"Salah awak!"

"Salah awak!" kami mula bergaduh mulut satu sama lain. Siapa pula lelaki ini tiba-tiba je ada dalam rumah Akim dan Jay. Entah-entah penceroboh.

"Wey apasal bising-bising ni. Iris kau bukan nak pergi toilet ke? Tapi kenapa tercegat kat sini lagi?, Jay terjumpa kami berdua. Ha baik aku mengadu kat Jay ni.

"Weh mamat ni la! Dia cakap aku pendek coiiiiii. Sakit hati betul la! Mamat ni siapa weh? Penceroboh ke?" aku membebel.

"Oh my god Iris!!! Tu abang aku la, Adam. Takkan kau tak pernah tengok kot?", Jay membalas. Omg!

Aku melihat ke arah Adam perlahan-lahan, muka dia sangat lain sekarang. Tapi tak boleh nak salahkan aku, tak silap Adam ini dari dulu masuk sekolah berasrama jadi dia jarang ada di rumah. Kadang-kadang aku lupa yang Jay dan Akim ni ada abang.

Aku mula menebalkan muka "Hehehe sorry Adam. Saya ingat penceroboh mana yang masuk rumah ni tadi"

Adam melihat aku dan menjeling lalu meninggalkan aku dan Jay. SUMPAH SOMBONG MAMAT NI!!!!

Aku dah minta maaf pun dia boleh pula pergi masuk bilik je? Hish geram!

"Abang kau tu period ke? Sombong gila!" aku mula membebel. Harap muka je handsome, tapi perangai naharom!!!

"Hahaha Along memang macam tu, dengan orang yang dia tak biasa dia jadi senyap sikit" Jay membalas.

"Tu bukan tahap senyap dah tu. Tu rude tu! Kat asrama tak belajar ke adab terhadap tetamu"

"Eleh Iris, kau tu bukan tetamu dahla kat sini. Aku dah anggap macam family dah" aww Jay ni buat aku terharu pula. Memang sejak berkawan dengan Jay dan Akim, aku dapat merasakan suasana berkeluarga. Umi dan Ayah melayan aku seperti anak mereka sendiri. Aku ingat lagi bila bulan Ramadhan pun aku akan selalu berbuka puasa dengan mereka.

Terima kasih Allah atas nikmatMu ini.

I'm OkWhere stories live. Discover now