Iris POV
Semakin hari, semakin menyampah dengan muka Adam a.k.a ALONG SI JAY N AKIM NI!!! Dahla ajar kitaorang acuh tak acuh. Taknak ajar cakap la brother eiii aku sekeh kepala kau kang!!!Tapi garang-garang dia, markah addmaths aku meningkat juga heheh. Hana tak payah cakap la, dia tiap kali ujian memang powerrrr. Aku ni bukan apa, tak suka addmaths je! Subject lain mak love!!!
Tiba-tiba telefonku berbunyi,
Hana: weh lagi 2 minggu nak SPM ni korang tak nervous ke?Akim: Boleh tahan la, Hana jangan risau okay?? Hana tu student bijaksana lagi arif, semua ni petik jari je settle!!
Iris: wut wut nak bermadu asmara sila pegi private message.
Hana: mana ada apa-apa la, kata-kata semangat je tu.
Jay: Kau nak jadi kakak ipar aku ke??
Hana: brb muntah hijau
Akim: dahla mengarut je semua ni. Budak accounts last paper bila?
Jay: Akim, aku kat bilik sebelah je, boleh je tanya kan face to face???
Akim: bosan la cakap dengan kau Jay. Muak tengok muka dari kecil lagi!
Iris: wtf yela korang kan kembar. Btw aku dan Jay last paper 13 disember kot. Nanti aku kena re-check balik jadual spm.
Hana: HAHAHAHA aku dan Akim habis awal seminggu, kitaorang punya habis 3 disember. Merdeka dulu!!!
Jay: Shiet asal la budak accounts selalu dianak-tirikan!!
begitulah situasi kalau aku dan kawan-kawan dapat chat each other dekat group whatsapp. Riuh macam jumpa depan-depan!
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam, lapar la pula.... kalau aku pergi singgah kedai tomyam mak semah pun sempat ni. Dapat nasi goreng pataya perghhh lena tidur!!
Aku pun berjalan kaki ke warung mak semah, tak risau sangat persekitaran rumah aku ni. Lampu terang, ramai masih jogging malam pada waktu macam ni.
Sedang aku menunggu pesanan tomyam ku, aku ternampak Adam.... DENGAN SEORANG PEREMPUAN??? siapa tu....
*Iris pergi sorok kat belakang kereta saga tu!* aku terdetik di dalam hati.
YOU ARE READING
I'm Ok
RomanceKalau lah masa boleh berputar semula, adakah perasaan kita masih sama? Adam x Iris