● 004

52 10 5
                                    

+ seoyun pov +

aku bergegas mencapai beg silang milikku yang berada diatas katil selepas selesai bersiap dan mendandan rambut lurusku yang panjang . pintu rumah dibuka , kunci rumah yang diambil dari belakang pintu dimasukkan kedalam beg silang aku dengan keadaan yang tergopoh gapah .

tiba tiba telefon bimbit milik aku berdering , menandakan ada seseorang yang menelefon ku . tertera nama kim doyoung diskrin telefon , lantas panggilan doyoung diangkat aku .

" hello ? " aku memulakan perbualan apabila panggila diangkat .

" kau dah siap ke belum ? " soal doyoung dihujung panggilan , sesekali bunyi hon kedengaran datang dari arah doyoung . mungkin dia berada didalam kereta untuk ambil aku .

" dah " jawab aku singkat , aku terpaksa keluar bersama doyoung kalau tidak dia pasti mengheret aku sesuka hatinya .

" aku dah nak sampai , tunggu dekat luar " pesan nya . bodoh betul doyoung ni , aku punyalah tergopoh gapah bersiap rupanya dia tak sampai lagi .

satu keluhan kecil aku lepaskan setelah mematikan panggilan tersebut , aku fikir kalau aku pindah aku dah tidak akan membebankan changbin mahupun berjumpa dengan doyoung . tetapi aku silap .

sebuah kereta milik bmw datang dari jauh mendekati aku , dan aku tahu kalau kereta itu milk doyoung . " hi sayang " doyoung menegur aku dengan mesra , aku hanya membalas sahaja sapaannya itu tanpa sebarang perasaan .

" kita nak pergi mana ? " soal aku selepas hampir 10 minit kami berdua berada didalam kereta untuk menuju ke suatu destinasi , doyoung hanya perintahkan aku untuk bersiap dan menemaninya ke suatu tempat tetapi tempatnya dimana pun aku tak tahu .

" nanti dah sampai kau tahu la " itu sahaja yang doyoung katakan .

______________________________

doyoung memberhentikan kereta miliknya di hadapan sebuah restoran mewah dan aku masih terpinga pinga dan mencari tahu untuk apa doyoung membawa ku kesini . kami berdua keluar dan doyoung mencampakkan kunci kereta nya kepada guard yang menjaga parking disitu , orang kaya memang bebas nak buat apa pun . 

setelah itu doyoung memandang kearah aku , aku kehairanan dan mengangkat kening memberi isyarat bahawa aku tidak faham dengan kelakuannya . 

" sini lah dekat aku , kau tercegat apa lagi dekat situ " marah doyoung kepada aku , aku menghampirinya lalu dia menggerakkan lengannya beberapa kali memberi isyarat menyuruh aku untuk memegang lengannya . aku akur lalu memegang lengannya untuk berjalan masuk kedalam restoran mewah tersebut , aku sebenarnya tidak selesa iyalah dah seakan akan cerita cinderella pun ada .

dalam kepala otak aku hanya fikir yang doyoung nak bawa aku pergi makan malam sahaja , tapi tekaan aku itu terhenti apabila aku ternampak beberapa orang pelajar pelajar yang aku kenal yang dulunya mereka bersekolah di sekolah lama aku . 

" ya tuhan , reunion kelas ke " aku melepaskan genggaman tangan yang memegang lengan doyoung dan berpusing kebelakang , lalu mengetuk kepala aku dengan beberapa kali . 18 tahun hidup dan itulah kali pertama aku rasa aku menjadi terlalu bodoh .

" kau kenapa ? okay tak ? " soal doyoung apabila dia melihat aku memukul mukul kepala aku .

" ah , aku nak pergi tandas sekejap " lalu aku berlari meninggalkan doyoung sendirian dan menuju ke tandas , pintu tandas ditolak satu satu persatu mujurlah tidak ada sesiapa . 

aku termenung melihat wajah sendiri kedalam cermin , bodohnya aku kenapa aku tak terfikir langsung pasal hal ni sedangkan sekolah doyoung dan sekolah aku sama sama dah tamat pengajian . sekarang apa yang aku risaukan adalah changbin , ye seo changbin . macam mana kalau aku dengan dia berjumpa semula selepas hampir setahun kami berpisah .

pintu tandas ditolak dari luar , seorang perempuan menono masuk kedalam tandas tanpa melihat kearah aku . gila ke apa aku tengah  boleh pula dia masuk tapi takpela aku faham , kalau dah tak tahan ni memang tak pandang dah kiri kanan . 

+ end seoyun pov +

______________________________

doyoung beberapa kali melihat jam yang berada ditangannya . selepas kehadiran changbin , minho dan hyunjin sebenarnya dia ingin membuat sesuatu tetapi rancangannya terbantut apabila seoyun tidak muncul muncul selepas hampir setengah jam dia pergi ke tandas .

lalu dia bangun dan mengajak beberapa rakannya yang lain untuk melihat seoyun yang berada ditandas . dalam perjalanan menuju ke tandas perempuan , doyoung beberapa kali memanggil nama seoyun .

" yah kang seoyun , kalau kau tak keluar dalam masa 10 saat aku kira aku akan masuk eh . bila aku dah masuk kau tahu lah apa yang akan jadi dengan kau " tegas doyoung memberi arahan kepada seoyun .

" ke-- kejap , aku dah nak siap " jerit seoyun dari dalam tandas , dia risau kalau kalau doyoung membuat onar disitu . sudahlah ada seseorang didalam tandas .

" satu ! "

" dua ! " 

" tiga ! "

dari nombor satu doyoung kira sehinggalah ke nombor sepuluh , tanpa banyak soal doyoung menolak pintu tandas dengan kuat membuatkan seoyun yang berada didalam tandas itu terkejut .

______________________________

+ soojin pov + 

sejujurnya jika anda semua ingin terkencing janganlah ditahan , percayalah bahawa selepas sahaja anda semua kencing nikmat nya fuh . aku menarik beberapa keping tisu selepas selesai  membuang hajat kecil , korang tahu tak aku tahan kencing sejak aku tunggu changbin datang bawa kereta untuk kitorang datang ke reunion ni .

borak borak juga baru sahaja aku nak buka pintu tandas , ada satu bunyi kuat datang dari arah luar . dah siapa pula nak terberak masuk tandas macam nak gaduh .

" kang seoyun ! " 

aku sedikit gementar dek kerana suara sergahan seorang lelaki dipintumasuk tandas , apa lelaki ni buat dekat tandas peremuan .. gila ke apa . kang seoyun ? kenapa nama tu macam pernah aku dengar ? 

aku cuba untuk membuka pintu tandas dan menjenguk kearah luar , apa yang aku nampak membuatkan aku lagi bertambah terkejut . kang seoyun ! budak kelas sebelah tahun lepas yang kena buli dengan doyoung sampaikan pindah sekolah .

aku hampir meninggal dunia didalam tandas bila telefon milik aku bergetar didalam beg , mujurlah aku meletakkan telefon didalam mode vibrate . panggilan datang daripada hyunjin , aku perlahankan volume telefon lalu aku mengangkat panggilan hyunjin .

" hello soojin ? kau dekat mana ? dah mampus ke dekat tandas tu ? " ada bodohnya juga hyunjin ni , nasib aku terlalu baik hari ni sebab aku dah perlahankan volume terebih dahulu .

______________________________ 

bersambung ...

Between Us - Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now