● 008

49 8 18
                                    

bekerja ketika hujung minggu sangat melelahkan bagi seohyun , bukan hanya seohyun tetapi bagi orang lain yang juga bekerja ketika hujung minggu . setiap jam seohyun akan bergegas menukar tugasan yang akan dibuatnya , maklumlah seohyun bekerja dikedai makan . 

kalau orang terlampau ramai dia perlu bekerja dibahagian hadapan untuk mengambil pesanan makanan dan menghantar pesanan yang dipesan , apabila pelanggan pelanggan pulang seohyun perlu mengutip pinggan mangkuk yang ada di atas meja untuk dibasuh .

" busuk sial " kata seohyun selepas membau ketiaknya sendiri , apa tidak busuknya . seharian dia bekerja tanpa rehat .

dalam asyik dia mengescroll skrin telefon tiba tiba seohyun terdengar suara seorang perempuan sedang bertekak dengan seorang lelaki , dia cuba untuk mengitai disebalik tiang . keadaan dikawasan lorong itu sedikit gelap memandangkan hari sudahpun senja .

" kau siapa nak masuk campur ? kau tu setakat budak perempuan je ! " seorang lelaki dewasa menunjal kepala perempuan yang ada disitu . kelihatan seorang budak lelaki berpakaian sekolah terduduk diatas tanah .

" bangun lah budak " jerit lelaki dewasa tadi kepada budak lelaki yang memakai baju sekolah dan cuba untuk mendekati budak lelaki itu tetapi budak perempuan yang tadinya menolak lelaki dewasa tersebut .

" jangan sentuh dia ! " marah gadis itu . menyaksikan hal itu , seohyun menghampiri mereka untuk cuba berbincang .

" ada apa ni dik ?  " soal seohyun kepada gadis itu , tetapi pertanyaan seohyun tidak dijawab malah dijawab dengan jelingan tajam oleh gadis tersebut .

" ni siapa pula ? nak panggil backup jangan panggil perempuan , sekali aku tampar pengsan terus korang dua " kata lelaki dewasa tersebut kepada seohyun .

panas telinga seohyun dibuatnya , seohyun memasukkan telefon bimbitnya kedalam beg lalu melepaskan begnya keatas tanah . lengan bajunya dilipat satu persatu .

" hey budak tunggu sampai aku jerit , kau bawa boyfriend kau tu keluar dari kawasan ni " bisik seohyun kepada budak perempuan yang menjelingnya tadi , sempat seohyun menjeling nama gadis tersebut yang ada di baju sekolahnya .

" kenapa bang , dia ada hutang ke ? " soal seohyun , dia memulakan langkah untuk mendekati lelaki itu .

" kau tak payah sibuk la " lelaki dewasa itu tadi memegang rambutnya beberapa kali , mungkin tak ada duit untuk pergi kedai gunting rambut . itu y ang buli budak sekolah .

" eh bang tangan abang luka ke " seohyun cuba untuk menjerat lelaki tersebut , dan penjeratan yang seohyun lakukan berjaya .

" mana ? " soal lelaki itu , " ni bang " seohyun menarik tangan lelaki itu terlebih dahulu dan mengepit kepala lelaki itu diketiaknya .

" amik kau bau ketiak aku yang wangi ni " seohyun mengepit kepala lelaki itu dengan sepenuh tenaganya . 

" hwang ryuhee ! sekarang ! " jerit seohyun .

gadis itu mengangkat budak lelaki tadi dengan memapah tangan budak lelaki itu keatas bahu nya . " seungmin , cepat bangun " 

sedang seohyun bergelut dengan lelaki dewasa tadi , tiba tiba telefon miliknya berdering .

" ah sial siapa pula call aku ni ! " gertak seohyun didalam hati , disebabkan dia geram habis tengkuk lelaki dewasa yang dikepitnya berbunyi . ada sesuatu yang patah tetapi bukan kayu .

" alamak ! bang sorry ! nanti pergi hospital tau ! " seohyun menolak lelaki itu sekuat hatinya ke dinding lalu lari mencapai begnya dan berlalu pergi .

telefon nya masih berdering , tertera nama seseorang diskrin telefon .

" hwang soojin ? " soal seohyun lalu mengangkat panggilan yang dibuat oleh soojin .

" hello soojin ? " 

" kang seohyun ? " tegur soojin  . seohyun terdiam seketika apabila nama sebenarnya disebut , sedangkan changbin dan yang lain lain mengenalnya sebagai kang seoyun iaitu mendiang adiknya yang sudah pun meninggal dunia .

______________________________

bersambung ..

Between Us - Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now