● 005

45 9 13
                                    

seoyun mempunyai kembar perempuan yang persis wajah sama dengannya , dah nama pun kembar kan ? yang ada didalam tandas itu sebenarnya seohyun kakak kepada seoyun . seoyun sudah meninggal dunia akibat dibuli disekolah baru . apa yang tragis adalah , seoyun dan seohyun kedua dua nya mempunyai perasaan terhadap changbin . 

kang seohyun selalu pergi ke sekolah seoyun untuk menjemput adiknya pulang dari sekokah dan tidak ada seorang daripada mereka pun yang tahu seoyun mempunyai kakak kembar . seohyun menyukai changbin apabila dia selalu ternampak changbin disekolah , seohyun seusia dengan adiknya seoyun dan changbin juga . tetapi dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menjaga adiknya seoyun .

memandangkan mereka tidak mempunyai ketua keluarga , ibu mereka puan kang lah yang menjadi satu satunya tulang belakang buat kang seohyun dan kang seoyun .

suatu hari seoyun memberitahu seohyun bahawa dia mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki disekolahnya , seohyun agak kecewa apabila lelaki yang disukai adiknya itu adalah seo changbin lelaki yang juga seohyun minati . tetapi seohyun tidak pernah memberitahu tentang perasaan sukanya terhadap changbin kepada seoyun selepas seoyun memberitahu yang dia menyukai changbin .

kematian seoyun dirahsiakan oleh seohyun kerana seohyun perlu hidup menjadi seoyun untuk membalas dendam kepada doyoung akibat kematian adik kembarnya .

______________________________

kenapa dengan soojin ? " soal minho kepada hyunjin selepas bergegas mengejar hyunjin yang bangun dan menuju ke arah tandas .

" aku rasa ada something yang jadi dekat tandas " balas hyunjin .

" ada apa ? " soal changbin pula .

" aku telefon soojin , dia angkat tapi dia tak cakap apa apa . aku cuma dengar ada suara orang bergaduh , suara lelaki dengan perempuan " jelas hyunjin kelihatan wajahnya sudah mulai risau .

" kalau macam tu jom pergi tandas tengok kalau ada apa apa ke " kata changbin . mereka berempat menuju ke tandas , kedengaran suara perempuan menjerit jerit meminta pertolongan . hyunjin mencuba untuk membuka pintu tandas tetapi pintu itu dikunci dari dalam .

" tepi " changbin menolak hyunjin lalu menendang pintu tandas tersebut , maka tercabut dah terjatuhlah sekeping pintu tandas dari arah luar .

" doyoung ? " soal minho setelah melihat doyoung sedang menarik rambut seorang perempuan dan beberapa orang lelaki yang berada didalam tandas perempuan itu . 

" kang .. kang seoyun " changbin terkesima melihat wajah gadis yang rambutnya ditarik oleh doyoung itu tadi .ya , gadis itu adalah kang seoyun yang dulunya changbin mempunyai perasaan cinta terhadapnya mungkin sehingga kini changbin masih menyukainya kerana changbin tidak pernah menyukai mana mana gadis lain selepas berita kang seoyun berpindah ke sekolah lain tersebar .

seoyun melihat kearah doyoung dan rakan rakannya yang lain sedang leka memandang kearah changbin , minho , hyunjin dan wooya . lantas tangan doyoung yang sedang menggenggam rambut seoyun , ditariknya dan seoyun memusingkan tangan doyoung kearah belakang badannya . kini tangan kiri dan kanan doyoung berada dibelakang dan dipegang oleh seoyun .

" cepatlah ! tunggu apa lagi !! " jerit seoyun kepada hyunjin , minho dan changbin . hyunjin mencabut kasut converse miliknya lalu melemparkan kearah salah seorang dari tiga orang rakan doyoung yang berada disitu . 

" wooya pinjam beg " minho merampas beg silang milik wooya lalu menghayunkan beg silang terdebut kearah seorang lagi rakan doyoung , hanya dengan satu hayunan sahaja lelaki itu tumbang . 

kini hyunjin sedang bergelut dengan seorang lelaki manakala masih berbaki lagi seorang , changbin menuju kearah lelaki tersebut . badannya lebih kecil nak dibandingkan denvan badan changbin , changbin memegang kolar baju milil lelaki itu dan menariknya keluar dari tandas ." tak tak , aku tak buat apa apa " lelaki itu beberapa kali cuba untuk melepaskan kolarnya dari genggaman changbin tetapi tidak berjaya , pintu tandas lelaki dibuka lalu changbin menolak lelaki tadi masuk kedalam tandas .

" wooya call polis " tegas minho . selepas wooya mendengarkan arahan minho , dia mencari cari sesuatu . 

" kau cari apa lagi ?! "" beg aku mana gilaaaa , telefon aku dalam beg . tadi beg aku yang kau pukul mamat ni mana " marah wooya , lalu minho mengeluarkan telefon bimbit milik nya dari poket seluar .

" 3007 " pesan minho setelah telefonnya diambil wooya .

" macam kenal nombor ni " perli wooya selepas telefon bimbit minho berjaya dibuka dengan menggunakan nombor yang diberinya .

" buat buat tak kenal jela " balas minho . wooya menelefon polis dan memberitahu bahawa ada sedikit keganasan rumah tangga ( gurau ) . dan polis pun datang ke lokasi yang diberikan oleh wooya . 

tiba tiba ada satu pintu yang terbuka dengan perlahan , sebuah kepala dari dalam menjenguk .

" soojin ! " jerit hyunjin apabila melihat soojin yang berada didalam tandas itu , soojin hanya tersenyum seperti kerang busuk .

" seoyun ? " soojin melihat seoyun sedang menjentik jentik telinga doyoung yang didalam keadaan tangannya diikat . kemudian changbin datang bersama polis , dan meminta seoyun untuk mengikut mereka pergi ke balai dan memberikan keterangan .

" terima kasih " seoyun melihat tali beg silangnya yang sudah putus akibat mengikat tangan doyoung . " saya ikut dia ke balai encik " ujar changbin .mereka semua memandang kearah changbin secara serentak , dah kenapa pula mamat ini tiba tiba sahaja .

" saya teman lelaki dia " 

______________________________

bersambung ...

Between Us - Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now