● 001

168 11 15
                                    

soojin seringkali disuruh oleh rakan rakan sekelasnya untuk membelikan atau mengambil sesuatu , atau mudah dikatakan soojin seringkali dibuli . soojin mempunyai seorang kawan lelaki yang bernama , hwang hyunjin . tidaklah terlalu rapat seperti rakan karib tetapi mereka berkawan kerana mereka adalah rakan sekelas , hyunjin popular dengan wajahnya yang tampan bak putera membuatkannya dikejar beberapa pelajar perempuan yang ada di sekolahnya setiap hari . hyunjin digelar prince di sekolahnya , senyuman manis yang selalu terukir diwajahnya membuatkan dia kelihatan bertambah tampan bahkan dia juga mempunyai bakat didalam nyanyian dan tarian . dahlah handsome ada bakat pula tu , siapa je taknak kan ?

" yah soojin , tolong aku pergi kantin . belikan makanan macam biasa " tegas doyoung , rakan sekelas soojin . soojin terpaksa melakukan apa yang disuruh doyoung kerana meja dimana tempatnya belajar berdekata dengan meja doyoung dan rakannya 

" oh okay " balas soojin lalu bangun dari kerusinya dan berlari keluar dari kelas untuk menuju ke kantin . doyoung memerhati sahaja pergerakkan soojin yang tergopoh gapah .

____________________________________

" oppa , saya ada belikan susu pisang dan roti sosej . makanan ni favorite oppa kan , sebab tu saya beli " tegur seorang pelajar perempuan bersama beberapa pelajar perempuan yang lain , juga membawa beberapa makanan yang ingin diberikan kepada hyunjin .

tanpa berkata apa apa hyunjin merampas roti sosej dan susu pisang yang diberikan pelajar perempuan tadi , lalu dia menuju mendekati soojin . pelajar perempuan tersebut menjerit jerit hingga hampir pengsan kerana hyunjin seseorang yang sombong dikalangan peminatnya , ingin menerima makanan yang diberi ? susah sekali .

" kamjagiya ! " soojin hampir menjatuhkan makanan doyoung yang dibawanya daripada kantin .

" sampai bila kau nak jadi orang suruhan doyoung ? " soal hyunjin sambil menatap kedalam mata soojin .

" maksud kau ? " soal soojin pula , dia sengaja bertanya dan berpura pura seperti tidak mengerti dengan apa yang ditanya oleh hyunjin itu .

" berhenti buat semua benda yang dia suruh kau buat , walaupun benda tu mudah aku tak suka tengok kau kena buli dengan dia " suara hyunjin kedengaran sedikit tinggi , telinga kiri dan kanannya kelihtan bertukar menjadi merah .

" kenapa nya kalau aku buat benda yang doyoung suruh aku buat ? dia suruh aku bukannya dia suruh kau " balas soojin lalu mengalihkan pandangannya kearah lain .

malas hyunjin mahu bertekak dengannya , roti sosej dan susu pisang yang diberi oleh peminatnya tadi diberikan kepada soojin lalu dia berlalu pergi .

" apa ni ? " soal soojin , dia membelek belek roti sosej yang ada ditangannya .

" jangan banyak bunyi , makan jela " jerit hyunjin yang sudah jauh meninggalkan soojin , bayangnya makin lama makin menghilang .

____________________________________

pada minggu ini giliran kelas hyunjin pula perlu ke rumah orang orang tua untuk melakukan kerja amal kerana setiap minggu akan ada satu kelas yang akan ke sana untuk menawarkan diri membantu mengemas dan bergotong royong di sana .

mereka sekelas bergerak sekali dari sekolah ke destinasi yang mereka tujui menaiki bas dan membawa beberapa kotak yang dipenuhi barang barangan untuk memasak dan mengemas , sesudah hampir 800 meter mereka berjalan kaki dari simpang luar ke rumah orang tua tua yang dimaksudkan .

hyunjin ditegur oleh seorang pakcik tua yang meminta tolongnya untuk membuat sesuatu , hyunjin bersetuju untuk membantu pakcik tersebut sambil tersenyum manis .

Between Us - Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now