Dah masuk sebulan eunbyeol tak dapat panggilan atau gangguan dari mingyu . Dalam masa sebulan juga mental dan fizik eunbyeol bertambah baik.
Tapi aku disini masih tak dapat confess perasaan aku pada dia.
Aku sedang duduk di luar bilik rawatan jaehyun. Menunggu eunbyeol untuk siap sesi rawatannya.
Selepas seketika , eunbyeol keluar dari bilik itu dengan matanya yang sembab.
Aku terus berjalan menghampirinya.
"Kau ni. Setiap kali sesi mesti kau menangis . Nah sapu tangan." Aku menghulurkan nya sapu tangan berwarna soft purple.
"Untuk apa" soalnya lalu mendongak memandangku .
"Untuk apa lagi? Lap mata kau lah. Kau tu nanti lap guna baju , kotor tau. "
"Mana kau tahu?"
"Eh aku bukan kenal kau semalam . Nah ambik ni letih dah tangan aku pegang" banyak pula soalan dia ni.
Dia memandangku dengan muka yang sangat comel . Anak anjing mana sesat ni? She just🥺
"Lapkan untuk aku" katanya lalu mendekatkan diri dengan aku.
Tak masalah sekarang ni kenapa dia comel sangat hari ni? Nak sakit jantung aku. Pagi tadi pun sama.
-
9:34 pagi
Sebelum hantar eunbyeol
Ke hospital"Hello hello hello! Tell me want you want right now" aku menyanyi dengan tekunnya keluar dari bilik air .
"Ya lee jaehyun!"
Aku terkejut dengan jeritan eunbyeol . Entah apa merasukinya pagi pagi dah masuk bilik aku. Nasib baik aku dah siap pakai baju.
"Kau nak apa datang bilik aku?" Soalku jauh dari dia .
Entah kenapa terasa berdebar tengok eunbyeol hari ini. Dia nampak extra cute . Pakai baju besar , seluar pendek , rambut tocang dua. Dia terlalu comel hari ni. Kenapa eh?
"Lee jaehyun tengok mata aku" dia datang terus mendekatkan diri denganku .
Tak sampai 3inch jarak muka dia dengan muka aku .
Aku terkedu disitu dan membeku.
"Ada habuk masuk dalam mata aku. Tiupkan "
Aku ingatkan ada hal penting apalah tadi , rupanya ini je. Jadi aku tiupkan saja mata gadis itu.
Jantung aku tak boleh duduk diam.
"Oo? Dah okay. Yeay . Thank you hyunjae . Bye" dia tersenyum manis sebelum dia melangkah keluar dari bilikku.
"Kau masuk bilik aku untuk ni jeke?" Soalku hairan.
Dia mengangguk dan tutup pintu bilikku.
Nak tercabut jantung aku dibuatnya.
-
End flashback
"Kau ni tak ada tangan ke? Lap ah guna tangan sendiri" agak gelabah aku disitu.
YOU ARE READING
best / boy friend × Hyunjae ×
Romance[COMPLETED] "aku suka kau tapi aku tak suka kau" - hyunjae kau ingat perempuan je ke complicated lelaki pun sama je ?