5+

191 34 0
                                    

"kau jangan merayau pula eunbyeol" kataku sambil berdiri di depan kaunter untuk bayar.

"Aku dah 23 tahun tau bukan 3 tahun . Pandai lah aku jaga diri sendiri"

Dia terus keluar dari restoran dan meninggalkan aku seorang diri di kaunter.

'kenapa aku tak sedap hati ni?' aku meletakkan  tangan di atas  dada lalu mengeluh berat.

-

Aku berjalan ke arah pintu mahu keluar dari situ.

"Jeogiyo" pemilik suara itu menepuk bahuku sebelum aku melepasi pintu keluar.

Aku paling memandangnya . Salah seorang pekerja restoran itu menghulurkan aku lipstick.

"Maaf tapi saya tak pakai lipstick..." Kataku dengan reaksi pelik .

Budak itu menggelengkan kepala.

"Eh! Girlfriend awak yang tertinggal lipstick ni kat meja tadi" jelas budak itu .

Aha terserlah pula kebodohan aku kat situ . Tapi budak ni kata eunbyeol girlfriend , aku patut sembunyikan senyuman aku .

"Ha thank you! Girlfriend saya tu dia memang clumsy sikit , gomawoyo" kataku lalu keluar dari situ secepat yang mungkin .

Tebalkan muka lepas cakap perkara bodoh macam tu .

"Mestilah dia bagi sebab tu ada kat meja kami duduk tadi . Saya tak pakai lipstick? Haih bodoh betul jawapan . Siap kau nanti eunbyeol , disebabkan kau aku jadi bodoh macam ni" omelku seorang diri sambil mendial nombor eunbyeol .

Dia tak angkat. Aku call sekali lagi kemudian baru lah dia nak jawab.

"Ya!! Kau ni kenapa eh clumsy sangat sampai lipstick pun tinggal? Kalaulah kawan kau yang hensem ni takde , kau terpaksa beli lipstick baru tau " aku tertawa kecil acah bangga diri .

Tetapi dia langsung tak berkata apa apa .

"Ya eunbyeol! Kau dengar tak ni?" Soalku.

Eunbyeol hanya menjawab "mm"

Aku mengeluh seketika.

"Jangan cakap kat aku yang kau sebenarnya dengan mingyu." Aku mula serious dan bersedia untuk bunuh lelaki itu .

Sekali lagi dia hanya berkata mm

"Okay macam ni . Jawab ya atau tidak . okay? Kau dekat mana? Dekat dengan restoran tadi?"  Aku mula menyoalnya.

"Ya" jawab nya ringkas.

Aku cuba ingat tempat yang mungkin mereka jumpa berdekatan dengan sini .

"Kau ada dekat taman ke?"

"Ya"

"Kau tunggu situ jangan buat apa apa . Aku akan sampai sana dalam masa 5 minit. Jangan matikan call! Stay dengan aku " aku terus berlari menuju ke taman yang harapnya tempat mereka berjumpa.

Sedang penat berlari aku sempat call younghoon untuk beritahu dia yang aku tak dapat join dia makan dengan pekerja lain .

-

Walaupun aku gugup aku kena nampak untuk selamatkan eunbyeol dari lelaki dayus ini .

Aku menyambut tangan eunbyeol yang pucat dan memegangnya dengan lembut.

Tangan gadis itu sejuk sangat . Apa mingyu buat dekat dia sampai dia takut macam ni?

"Kaja" kataku dan mahu bawa dia keluar dari situasi itu .

"Kau ni siapa hah nak ambik girlfriend aku?" Mingyu merentap tangan eunbyeol.

Lelaki ni bebetul nak mati hari ni.

Aku baru je angkat tangan , mingyu dah tersentak lalu melepaskan tangan eunbyeol .

Aku tertawa sinis.

"Kau ingat aku nak pukul kau? Dengar sini , orang macam kau yang suka pukul orang je akan fikir orang lain nak pukul dia. Why? Sebab kau buat macam tu , pukul orang tak bersalah macam eunbyeol . " Aku cuba untuk tak naikkan suara sebab aku risau aku takutkan eunbyeol .

Gadis ini dah menggigil ketakutan .

"Aku... NI SEMUA SALAH FAHAM AH" dia pula yang mengamuk kat situ .

Bad temper .

"Mingyu , kau dengar sini . Sebelum aku pula report kau sebab blackmail eunbyeol , takutkan dia ugut dia , baik kau berambus dari sini. Aku pasti kau pun taknak burukkan nama kau"  Kataku masih tenang .

"Kalau aku dapat tahu lagi kau cuba cari eunbyeol aku akan pastikan kau merana dalam penjara "

Melihat lelaki itu terdiam , aku memimpin eunbyeol untuk pergi dari situ .

-

Sebaik sahaja sampai ke rumah aku mengeluh panjang . Dari dalam kereta aku cuba untuk tahan segala perasaan aku .

"Seo eunbyeol! Apa yang kau fikirkan ha? Jumpa lelaki tu and tak bagitahu aku . Ha... Kenapa kau tak bagitahu aku?" Soalku dengan tegas.

Aku cuba untuk tahan diri daripada tinggikan suara dengan eunbyeol lagipun aku bukan someone yang suka tinggikan suara . Cuma aku bebetul kecewa dan marah dengan dia .

Eunbyeol hanya memandang ke arah lantai dan enggan memandang aku .

"Kenapa eunbyeol? Kau tak percayakan aku?" Soalku lagi.


Satu per satu air matanya jatuh ke atas lantai . Dia mula menangis .

"Aku... Aku just taknak susahkan kau lagi . Aku ingatkan aku dah cukup berani untuk hadapi dia tapi... Bila jumpa dia aku jadi takut , dia pula asyik tinggikan suara . Aku takut hyunjae . Jangan lah marahkan aku" tangisannya makin kuat sehingga dia susah nak bernafas .

Aku segera memeluknya .

"Mian, mianhae. Aku tak patut marahkan kau tapi aku kecewa kau tak bagitahu aku seolah olah kau tak percayakan aku." Jelasku sambil mengusap kepala nya .

"I'm sorry hyunjae" dia menggenggam bajuku dibelakang dengan kedua dua tangannya .

"You can lean on me. You can burden me. Kau tak perlu hadap ni sorang sorang eunbyeol . Aku ada dengan kau. Aku akan protect kau " terangku .

Dia masih ada dalam dakapan ku sambil menangis .

God , I want to protect this girl so bad.

To be continued

Vote , comment and share❤️

Hi guys! Sorry sangat sangat sebab jarang gila update . I wish i can complete this asap tapi tulah author busy dengan study. I'm sorry and hope korang enjoy baca ni.

best / boy friend × Hyunjae ×Where stories live. Discover now