2+

336 54 28
                                    

Seketika aku mengeluh .

"Baguslah kalau kau dah report dia . Tapi.. apa masalah dia nak pukul kau? Dia tak boleh kawal baran dia ke? " Aku cuba bercakap dalam nada biasa .

Aku taknak menakutkan eunbyeol .

Gadis itu menggeleng .

"Mingyu seorang boyfriend yang baik melainkan dia tengah mabuk . " jelasnya sambil menundukkan kepala .

Sekali lagi aku mengeluh .

"Seo eunbyeol jongshincharyeo (take it together) . Benda ni tak betul tau . Setiap kali dia mabuk , kau akan dipukul lagi . Berapa lama dah kau alami benda ni?" Soalku panjang lebar .

Aku betul betul risau dengan keadaan dia begini . Bukan fizikal dia je yang tercedera malah mental dia sekali terseksa . Dia akan jadi takut dan trauma sepanjang hidup dia .

"minggu lepas . Dia datang rumah aku dalam keadaan mabuk . " Eunbyeol mula bercerita apa yang berlaku .

"

Dia mula tolak aku , pukul aku . Aku.... Ketakutan waktu tu jadi aku menyorok dalam tandas . Rumah aku berselerak gila . Aku pun hampir hilang akal , aku tak tahu nak buat apa . " Dia menangis teresak esak sambil bercerita .

Shit . Mingyu tak guna .

"Bastard tu dekat mana sekarang? " Soalku amat serious .

Eunbyeol menggeleng  .

"Aku cakap kat dia aku nak bersendirian . Dah seharian aku tak jumpa dia" jelasnya .

Seharian?

"Maksudnya 2 hari lepas kau still jumpa dia?" Soal ku.

Dia hanya mengangguk kan kepalanya .

"Aku tak faham . Kenapa lepas apa yang dia buat , kau still jumpa dia?" Kalau diikutkan hati aku , aku mahu marah eunbyeol .

Dia dah tahu lelaki tu buat dia sebegitu rupa , dia still nak jumpa lelaki tu .

"Lepas apa yang jadi malam tu , pagi esok tu dia cari aku dalam rumah , dia minta maaf dekat aku dan janji perkara ni takkan terjadi lagi tapi..... 3 hari lepas dia datang dalam keadaan mabuk dan pukul aku lagi . keesokan harinya waktu dia dah sedar , dia minta maaf lagi tapi kali ni aku dah takut sangat . Aku cakap pada dia tinggalkan aku bersendirian . Takpun kita putus . Aku dah terlalu takut dengan dia "

Walaupun susah untuk eunbyeol , tapi dia tetap nak bercerita pada ku . Aku dapat rasakan betapa terseksa nya dia .

"Dia taknak lepaskan aku . Jadi aku ugut dia aku akan report polis kalau dia tak berambus dari rumah aku . Pagi tu dia keluar , malam tu dia datang lagi . Mujur lah aku dah tukar password pintu rumah aku . Aku takut sangat hyunjae . Aku takut..... Jadi hari ni aku beranikan diri untuk keluar dan buat report dan pergi hospital . Sebab aku nak jumpa kau . Aku ada kau sorang je hyunjae" terangnya panjang lebar .

Hati aku remuk seribu . Perempuan yang aku suka , aku sayang tersakiti macam ni . Aku tak dapat mengelak daripada salahkan diri sendiri . Macam mana aku tak sedar yang sebenarnya eunbyeol dalam masalah yang besar ?

"Mianhae . Aku patut tahu perkara ni lebih awal . " Kataku padanya dengan rasa sangat bersalah .

"It's okay , kau dah ada untuk aku sekarang pun dah boleh buat aku rasa lebih selamat . " Ujarnya lalu mengesat air mata sendiri .

best / boy friend × Hyunjae ×Where stories live. Discover now