+1

448 71 66
                                    

• hyunjae pov

#10tahunkemudian

"Mr. Lee , ini semua dokumen penting yang encik minta tadi" terang setiausaha ku sambil menghulurkan aku dokumen tersebut .

"Thank you . Ada apa apa lagi yang perlu ditanda tangan ?" Soalku .

"No. " Ucap nya singkat.

Tiba tiba phone ku berdering menandakan ada orang buat panggilan .

🎶𝕞𝕚𝕒𝕟 𝕙𝕒𝕛𝕚𝕞𝕒 𝕘𝕖𝕠𝕜𝕛𝕖𝕠𝕟𝕘 𝕙𝕒𝕛𝕚𝕞𝕒 𝕞𝕦𝕤𝕖𝕠𝕨𝕠 𝕙𝕒𝕛𝕚𝕞𝕒 𝕚 𝕛𝕖𝕦𝕟 𝕦𝕝𝕛𝕚𝕞𝕒🎶

"Awak dah boleh balik " kataku pada setiausaha lalu melihat phone ku .

Siapa pula call aku malam malam macam ni .

[Seo eunbyeol is calling... ]

Aku terus mengangkat panggilannya .

"Kenapa byeol?" Soalku sebaik sahaja panggilan dijawab .

"Kau busy ke sekarang?" Soalnya pula .

"Tak . Aku nak balik dari tempat kerjalah ni . Kenapa?" Terangku .

Lama dia terdiam , seperti dia takut takut nak katakan sesuatu .

"Hm....... nak pergi minum tak? Aku belanja" ajaknya agak rawak .

Lagipun memang dah lama aku tak jumpa eunbyeol jadi aku hanya mengikutkan sahaja permintaan dia .

"Okay . Jumpa kau dekat restaurant berhampiran dengan rumah kau ." Kataku .

"No no! Aku ... Sebenarnya dah ada dekat depan company kau sekarang " terang eunbyeol .

Dia dah ada dekat depan company aku??! Omg

"Kau tunggu dekat situ sekejap je okay . Aku akan keluar tak lama lagi" aku terus mematikan panggilan dan bersiap nak keluar dari company aku .

Disebabkan aku ceo company ni , aku selalunya arahkan semua pekerja aku balik tepat pukul 9 malam . Aku taknak diorang overwork .

Semasa aku keluar dari company aku , eunbyeol sedang duduk di bangku berhampiran dengan pintu masuk .

"Seo eunbyeol! " Sapaku dengan senyuman .

Dia mendekati aku dengan senyuman nipis . Aku tak pasti ini hanya perasaan aku atau eunbyeol betul betul sakit . Dia nampak pucat .

"Lama betul ya nak tunggu kau call aku . Aku yang ceo ni pun tak sesibuk kau tau . Dah seminggu mendiamkan diri . Aku ingat kan kau dah mati tau" sengaja aku nak bergurau dengannya .

"Ceo pun guna eh bahasa macam ni? Mana adab kau?" Marahnya sambil memandangku .

Aku ingatkan dia akan pukul aku tapi hari ni dia nampak tak bersemangat pula .

"Walaupun aku ceo , aku still lee jaehyun . Eh lee hyunjae" kataku dengan bangga sambil membetulkan tie yang aku sedang pakai .

"Mak kau elok bagi nama kau lee jaehyun pastu suka hati mak bapak kau je tukar jadi lee hyunjae kan . Dasar anak durhaka" omelnya seperti selalu .

best / boy friend × Hyunjae ×Where stories live. Discover now