00:00

3.5K 348 155
                                    

Sejak Qhairyn berumur 7 tahun lagi dia selalu dibuli, diejek, dihina oleh rakan sekelasnya dan orang lain, hanya kerana penampilannya yang tidak kemas dan selekeh.

Dia dihina kerana keluarganya yang miskin, namun Qhairyn adalah seorang yang tabah. Dia hanya berdiam sahaja apabila dirinya ditindas. Dia mempunyai seorang kawan, tetapi berlainan kelas. Qhairyn tidak pernah menceritakan perkara buruk yang terjadi terhadapnya kepada kawan mahupun keluarganya sendiri.

Dia seorang yang berahsia dan pemendam, segala masalahnya dia sembunyikan dan rasakan sendiri.

Setiap hari dia menaiki basikal yang dikayuh oleh kawannya, Qhairyn sentiasa tersenyum apabila bersama kawannya iaitu Syazwin. Mereka berdua menjadi akrab kerana berjiran.

Namun persahabatan mereka terputus kerana Qhairyn terpaksa berpindah akibat rumah yang disewa oleh bapanya telah diambil semula oleh tuan rumah kerana ada orang kaya yang mahu membeli rumah tersebut.

Qhairyn sedih kerana harus meninggalkan segala kenangan yang pernah dicipta di situ, tapi dalam masa yang sama dia berharap jika dia berpindah di sekolah yang baru, dia akan mendapat ramai kawan yang baik.

Namun, harapannya tidak menjadi kenyataan, malah lebih teruk dari yang sebelumnya. Dia berpindah ke sekolah itu ketika berumur 8 tahun. Hidupnya yang dari dulu sudah kucar-kacir bertambah haru selepas dia berpindah ke sini.

Di hari permulaan pun dia sudah berasa sedih kerana dia harus pulang dengan berjalan kaki sendirian. Di waktu mula sekolah dia sudah dibenci oleh rakan sekelas. Dia cuba menjadi seorang yang ramah, namun ramai yang menjauhi dari dirinya.

Ketika Qhairyn sedang seronok membaca, seorang murid perempuan mendekati ke meja Qhairyn lalu merampas kotak pensilnya, Qhairyn mencuba untuk merampas kembali dan berharap ada yang membantunya, tetapi murid yang lain malah turut membulinya dengan bermain 'baling dan sambut' menggunakan kotak pensilnya.

Qhairyn sedaya upaya menahan diri dari menangis.

Namun dia tewas.

"Aww, janganlah nangis. Kitorang gurau jelah." Kata salah murid perempuan yang membaling kotak pensilnya itu.

"Mana kotak pensil aku?" Soal Qhairyn perlahan.

"Dalam tong sampah. Makcik cleaner dah kutip." jawabnya selamba.

Qhairyn tersentak, dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. Makcik cleaner itu pun sudah pergi. Dia hanya mampu menangis, macam mana dia nak menulis jika tiada pensil? Pinjam? Siapa saja yang sudi berkongsi barang dengannya?

Guru matematik pula masuk ke kelas mereka, Qhairyn segera menghapuskan air matanya, tangannya sudah menggigil takut dengan guru matematik ini.

Wajah guru wanita itu sangat bengis.

"Okay, semua salin apa yang saya tulis dekat depan. Sekarang!" Arahnya tegas.

Qhairyn masih terkial-kial.

Macam mana nak tulis ni? Monolognya di dalam hati.

Wajahnya dipandang Oleh guru bernama Liza itu, Qhairyn dipandang tajam.

"Yang kau terkial-kial lagi kenapa? Tulislah!" Semua murid sudah memandang ke arah Qhairyn.

Qhairyn menunduk, dia meraba ke laci bawah meja itu. Alhamdulillah! Ada juga sebatang pensil untuk dia menulis.

Qhairyn menghembus nafas lega, segera dia menyalin apa yang di tulis oleh guru itu di papan hitam.

Ketika dia berumur 10 tahun pula, dia cuba untuk menjadi lebih berani. Seorang murid baru masuk ke kelasnya, gadis itu mengambil tempat di sebelah Qhairyn, Zuzaf. Itulah nama murid baru yang berada di sebelah Qhairyn sekarang.

Qhairyn hanya dipandang dengan sebelah matanya sahaja.

"Hai, nama awak apa?" sapa Qhairyn mesra.

"Zuzafrina. Kau?" Soalnya pula.

"Qhairyn." Jawabnya lalu tersenyum.

Zuzaf hanya tersenyum nipis dan mengalih pandangan ke papan hitam.

Beberapa hari sahaja mereka berdua berkawan kerana semalam Zuzaf bertanya tentang sekumpulan murid yang cantik di kelasnya itu.

Qhairyn memberitahu tentang kumpulan Insyirah itu. Semua perkara yang baik sahaja diberitahunya. Dia juga turut memuji murid yang cantik itu walau dia selalu dikutuk oleh kumpulan itu.

Qhairyn juga cantik dan comel. Namun dengan penampilannya yang selekeh itu, menyembunyikan kecantikkan dan kecomelannya.

Zuzafrina tertarik lalu meninggalkan Qhairyn sendirian tanpa perasaan. Selama ini memang dia berkawan dengan Qhairyn supaya mudah dipergunakan.

Qhairyn sedih, orang yang dia anggap kawan baik itu meninggalkan dia. Hari demi hari dia menghadapi masalah di sekolah.

Hidupnya merana kerana bukan di sekolah sahaja dia ditimpa masalah, dirumah juga dia menghadapi masalah keluarga. Emak dan ayahnya seringkali bergaduh tentang kewangan.

Ayahnya seorang kaki judi. Itu lah salah satu punca dan sebab kenapa dia mempunyai masalah keluarga. Disebabkan perilaku ayahnya itu, habis satu satu keluarga menjadi masalah.

Ayahnya juga bersikap baran dan suka melepaskan kemarahannya pada isteri dan anak, satu rumah menjadi mangsa fizikal dan mental.

Qhairyn mempunyai 7 adik beradik, dia anak yang ke 5, abangnya yang sulung sering dipukul oleh Ayahnya kerana sikapnya yang nakal dan keras kepala.

Terkadang dia juga terkena tempias.

Bertahun dia menghadapi masalah yang sama.

Ketika Qhairyn berumur 13 tahun, Qhairyn masih berpenampilan yang selekeh sedangkan di sekolah menengah kebanyakkan pelajar perempuan menjaga penampilan dan kekemasan diri. Tetapi Qhairyn tidak kerana dia tidak terlalu terbuka atau mengambil tahu tentang trend semasa, Qhairyn tetap menjadi dirinya sendiri kerana niatnya ke sekolah hanya untuk menimba ilmu.

Qhairyn sangka kehidupan melangkah remaja akan menjadi lebih baik, ternyata tidak malahan lebih teruk kerana selalu dibuli secara mental. Akibat terlalu penat menghadapi harian yang teruk di sekolah menengah, Qhairyn mengambil keputusan untuk berhenti sekolah tetapi ayahnya berkeras menyuruh Qhairyn untuk tetap bersekolah.

Qhairyn tidak mengendahkan kata-kata ayahnya, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak ke sekolah dan duduk di rumah sahaja.

Akhirnya selepas 6 bulan tidak bersekolah, Qhairyn mendapat surat amaran dan surat berhenti sekolah kerana rekod ketidakhadiran yang banyak.

Dia tidak peduli langsung dengan apa yang jadi, ibunya juga sudah letih berleter benda yang sama setiap hari. Namun hanya diabaikan oleh Qhairyn.

Setiap kali ibu atau ayahnya mengeluarkan kata yang menyakitkan hati Qhairyn tidak pernah melawan balik kerana dia tahu tindakannya nanti akan menyakitkan hati mereka.

Ibu bapanya kerap kali bertengkar dan selalu saling manyalahkan, ibunya berlidah tajam manakala ayahnya pula panas baran dan tidak mendengar kata, selalu bertindak tanpa berfikir risiko yang akan menimpa keluarga sendiri.

Qhairyn betul-betul penat menghadapi harian yang menyakitkan hati, dulu dia bersekolah kerana niat ingin lari dari masalah di rumah, tetapi di sekolah juga dia ditimpa masalah. Jadi dia lebih rela menghadapi masalah di rumah berbanding di sekolah.

Kesihatan mentalnya semakin merosot akibat keluarganya yang selalu memberi tekanan terhadap dirinya sehingga Qhairyn berfikir ingin lari dari rumah dan membunuh diri.

2 tahun telah berlalu, Qhairyn dan keluarganya berpindah ke kampung kerana masalah bayaran rumah sewa terlalu mahal.

Dia mengambil keputusan untuk bersekolah kembali, kali ini dia bertekad untuk ke sekolah demi mencari ilmu dan menanamkan sifat untuk tidak percaya sesiapa.

Perjalanan hidup barunya bermula di sini.

- 2/3/21 -
- 23/10/23 -

Lonvely. ✔︎Where stories live. Discover now