"Qhairyn binti Qhairil."
Qhairyn berdiri dan menuju ke arah guru wanita yang memanggilnya.
"Mari saya tunjukkan kelas baru awak."
Qhairyn hanya mengikuti langkah guru itu tanpa banyak soal.
Setibanya di hadapan kelas barunya,dia terhenti dibelakang guru wanita yang mengiringinya tadi. Hampir semua pelajar di dalam kelas itu memandang ke luar, guru wanita itu mengetuk pintu dan memberi salam.
"Lyn. Ada budak baru." beritahu guru wanita itu kepada guru di dalam kelas itu yang bernama Lynda.
"Ha, baiklah, Suruh dia masuk. Terima kasih Lina." ucap Puan Lynda kepada guru wanita yang bernama Salina itu.
"Ha, awak pergilah masuk." Katanya dengan mesra dan berlalu pergi meninggalkan Qhairyn, Qhairyn hanya tersenyum nipis dan mengangguk.
Dia mulakan dengan langkah kanannya. Jujur dia kata bahawa jantungnya berdegup laju, dia takut dan risau dengan pandangan manusia terhadapnya, dia berusaha menampakkan dirinya tenang seperti tiada reaksi.
Dia menghentikan langkahnya apabila sudah bersebelahan dengan guru bernama Lynda, Qhairyn menunduk memandang lantai, takut memandang ke hadapan.
Dalam hatinya mula bersuara mengingatkan dirinya supaya tidak akan bergaul dengan sesiapa lagi.
"Kenalkan diri awak."
Qhairyn menelan air liurnya kelat.
"Qhairyn."
"Ha?"
"Kau bisik ke siot!"
"Tak dengarlah cikgu!"
Qhairyn mengeluh perlahan. Suaranya memang lembut tetapi kali ini dia sengaja kerana perasaan takut akan pandangan sekeliling masih ada dan membuatkan suaranya seakan tersekat di kerongkong.
"Nama dia Qhairyn. Qhairyn, awak boleh duduk dekat tempat yang kosong ya." Nasib Puan Lynda dengar apa yang Qhairyn katakan.
Qhairyn hanya mengangguk dan berjalan ke tempat duduk.
Setiap pergerakkannya diperhatikan sehinggalah Qhairyn berhenti di tempat duduk yang paling belakang di sebelah tingkap. Ada dua meja kosong di bahagian belakang dan Qhairyn memilih meja bersebelahan tingkap berbanding meja yang satu lagi.
Qhairyn mengabaikan suasana canggung yang menguasai hatinya, dia menolak segala fikiran negatifnya terhadap orang sekeliling dan mula fokus pada Puan Lynda yang menyambung mengajar.
Setelah selesai subjek yang pertama, beberapa pelajar perempuan menghampiri meja Qhairyn selepas Puan Lynda meninggalkan kelas.
Qhairyn mengeluh perlahan, perkara yang paling dia tidak suka setiap kali masuk ke sekolah, selalu begitu yang hanya pada awalnya sahaja manis bicara, nanti sudah tahu kelemahan mula la mengundur diri dan bertindak seolah tidak pernah berbual.
Qhairyn terus menyembamkan mukanya ke meja beralaskan lengan dan menoleh ke luar tingkap yang menghadap padang, dia memejamkan matanya menganggap orang sekeliling itu tiada.
"Hai newbie! My name is Rose!"
"Nama aku Shima!"
"Aku Ella."
"Ehehe, nama aku cantik, kau boleh panggil aku si cantik." Ella menolak kepala gadis yang memuji diri itu.
"Ish! Hehe...gurau-gurau. Nama aku Adina, tapi nak panggil cantik pun boleh." sempat lagi gadis itu memuji dirinya lagi.
"Nama saya Ain."
"Panggil aku Eira je."
Qhairyn bertingkah seolah tidak mendengar apa-apa, dia lebih fokus mendengar bunyi angin yang bertiup kencang menggoyang pohon di padang.
Bilangan pelajar di kelas itu semuanya 17 orang, 7 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki. Tetapi harini yang hadir hanya lima belas orang termasuk Qhairyn. Salah satunya tidak hadir kerana masalah peribadi dan satunya lagi kerana mengikuti kem tentera anjuran sekolah.
"Uish! Sombong gila! Kitorang nak berkawan je takyah berlagak sangat! Mentang-mentang dari bandar." Bebel Adina si mulut laser yang memang cakap lepas.
"Ish! Dia tak selesa kot...takpelah janji kita dah bagitahu nama kita." ujar Rose, seorang pelajar Top 10 yang bersikap positif selalu.
"Yela tu, tak kisahlah selesa ke tak, orang dah ajak borak apa salahnya borak sekali kan?." Shima pula bersuara, mulutnya sama sahaja seperti Adina.
Ain dan Eira sudah kembali ke tempat mereka, dah orang tak sudi nak bergaul buat apa lagi duduk bertandang di tempat orang kan?
Ella mendekati Qhairyn, hidung kecil Qhairyn dicuit olehnya dan tertawa kerana melihat wajah Qhairyn yang terkejut tapi kelihatan comel.
Qhairyn memandang mereka tajam, dia menjeling dan kembali ke posisinya tadi.
Matanya dipejam semula.
Semua terkedu. "Dia jeling kita lah! Amboi! cucuk mata tu kang! Ish dah lah, jom jela duduk tempat balik. Budak macam ni mesti dengan budak lelaki je dia bergaul." Adina mula panas dengan tindakan Qhairyn sehingga mengeluarkan kata tanpa berfikir.
Pelajar lelaki sudah memandang hairan pada kumpulan pelajar perempuan itu, tengah syok main lawan pemadam diganggu pula dengan suara pelajar perempuan.
Rose menggeleng kepala sahaja, penat sudah dia menasihatkan kawan-kawannya yang bersikap negatif itu, mereka semua mengambil tempat masing-masing kerana guru subjek kedua sudah masuk ke dalam kelas.
Qhairyn menggalas begnya untuk bergerak pulang, dia berjalan keluar dari kelas tanpa menghiraukan sekeliling. Rambutnya di betulkan sedikit agar tidak kelihatan serabai, gayanya yang sekarang semakin kemas berbanding dahulu kerana semakin membesar semakin pandai dia membawa diri, gaya pemakaiannya dia sendiri yang jaga tanpa bergantung pada ibunya walaupun memang sejak dulu lagi dia begitu, cuma yang sekarang berbeza kerana dirinya telah berubah menjadi lebih berdikari.
Qhairyn berjalan menuruni anak tangga sehinggalah ada sekumpulan pelajar lelaki duduk bersembang di bawah tangga seperti di kedai kopi.
Qhairyn berhenti melangkah dan bercadang untuk menukar jalan, namun bila difikirkan balik dia tidak tahu selok belok dalam sekolah lagi jadi dia meneruskan langkahnya.Pelajar lelaki yang seronok berbual terus terhenti dan memandang ke arah Qhairyn, salah seorang dari mereka sudah bersiul nakal mengusik Qhairyn.
"Hai awek, pelajar baru eh? Tak pernah nampak pun." Soal salah seorang dari mereka.
Qhairyn hanya menayang wajah kosong dan melangkah melepasi mereka walau dalam hatinya ingin menjerit takut.
Kawan-kawan dari lelaki yang bertanya itu terkejut kerana Qhairyn mengabaikan soalannya.
"Sombong gila!" Kata mereka serentak, lelaki yang menyoal Qhairyn tadi berdecit geram.
"Firstime aku tengok kau kena ignore macam tu je." kata Hazim pada Akid.
"Ye dho, selalu budak perempuan kat sekolah ni semua jenis friendly even ada yang jawab malu-malu, pastu ada yang baru gurau sikit dah gelak pastu tergedik-gedik. Rose yang baik tu pun jenis friendly je aku tengok, tak sombong pun even kelas atas. Budak tadi tu, sombong gila!" Bebel Khairul panjang lebar.
"Muka dia comel lah kalau tengok betul-betul tadi, tapi tu lah sombong betul." Puji Aleef.
"Kalau aku dapat try dia korang kasi apa?." kata Akid.
"Kalau dapat, baru usik sikit pun dah kena jeling." kata Hazim pulq.
"Tu lah." sampuk Aleef.
"Apa-apa jelah, yang penting aku nak pergi ngorat dia! Bye!" Akid terus berlari meninggalkan kawan-kawannya dan meluru ke arah kantin sekolah.
"Buaya sekolah lah katakan." Bisik Khairul perlahan dan mendapatkan persetujuan oleh rakannya yang lain.
- 19/3/21 -
- 24/10/23 -
YOU ARE READING
Lonvely. ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e l i m a 𝓠𝓱𝓪𝓲𝓻𝔂𝓷, - she sweet more than cotton candy, but she make me feel 𝓛𝓸𝓷𝓿𝓮𝓵𝔂. - (n) ; kesepian P/s: maafkan saya sekiranya mempunyai kesalahan ejaan atau lain-lain yang saya tidak perasan. Terima kasih kerana faham...