00:03

1.8K 288 77
                                    

Faqeen membutangkan bajunya, bersiap untuk ke sekolah harini, dia menggalas begnya dan keluar dari biliknya.

Ketika Faqeen melangkah keluar dari bilik dia terhenti seketika melihat pintu biliknya semakin reput akibat dimakan anai-anai.

"Balik nanti la baiki." Katanya sendiri dan terus berangkat ke sekolah.

Hidupnya tidaklah mewah tidak juga terlalu miskin, boleh dikatakan cukup-cukup makan je. Walau apa pun Faqeen tidak pernah merungut dan sentiasa bersyukur dengan kehidupannya yang sebegini, dia merahsiakan hidup realitinya pada kawan-kawan yang lain supaya dijauhkan dari tanggapan buruk atau dipandang rendah.

Cukup dengan orang kampung sahaja melayan Faqeen dan keluarganya seperti orang rendahan.

Dia bersyukur kerana kawan di sekolah tidak ramai yang sekampung dengannya, kalau ada sekalipun mungkin seorang dua sahaja.

Faqeen menuju ke bilik ayahnya untuk meminta izin pamit ke sekolah, dia memandang sayu ke arah ayahnya yang terlentang sakit, inilah sebab keluarganya bukan orang yang senang kerana ayahnya tidak dapat keluar mencari rezeki untuk keluarga disebabkan menghidap penyakit stroke.

Faqeen mempunyai dua adik, kembar tidak seiras, lelaki dan perempuan. Ibunya pula...

Seorang pelacur.

Ya, Faqeen sedih sangat kerana ibunya melakukan kerja terkutuk itu. Tapi apakan daya dia mahu menghalang?Penat dari dulu dia nasihatkan ibunya namun yang dia dapat adalah makian dari mulut ibunya sendiri.

Dia tidak pernah makan makanan yang hasil dari ibunya sendiri, Faqeen sanggup membuat kerja sambilan setelah pulang sekolah untuk memberi adiknya makan dari sumber yang halal.

Tangan ayahnya dicium kemudian dilepaskan.

Ayah Faqeen menggenggam tangannya erat, bola matanya semakin merah dan berair, memandang Faqeen dengan penuh sebak dan ketakutan seakan itu hari terakhirnya.

Nikmat bercakap ditarik kerana penyakit yang dihadapinya, jika dia dapat bersuara dia ingin memberitahu bertapa takutnya dia akan kematian yang mungkin kunjung tiba.

"Tapi ayah, Faqeen kena pergi sekolah Faqeen nak belajar pandai-pandai! Lepastu Faqeen boleh jadi doktor, Faqeen boleh ubatkan ayah, jaga ayah, jadi doktor khas untuk ayah. Ayah tidur ya? Nanti Faqeen suruh Fasya dengan Faris jaga ayah tau." Pujuk Faqeen lembut.

Faqeen hanya berharap pada adik kembarnya yang berumur 8 tahun itu.

Ayah Faqeen masih menggeleng tidak mahu Faqeen meninggalkan dia.

"Maaf ayah, Faqeen dah lambat sangat sekarang...Faqeen minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat jaga ayah harini. Lagipun dah banyak hari Faqeen tak datang sekolah, semalam datang sekolah nasib Faqeen tak kena marah, maaf ya ayah." Dengan lembut Faqeen melepaskan tangan ayahnya.

Faqeen mengelap air matanya yang ditahan di hadapan ayahnya, dia harus kuat di depan ayahnya supaya ayahnya tidak melihat sisi lemah Faqeen.

Dia melintasi dapur, dia terhenti apabila namanya dipanggil.

"Woi Faqeen! Kau nak pergi mana?" Soal wanita yang bergelar ibu itu dengan kasar.

"I-ibu... Faqeen nak pergi sekolah." jawab Faqeen perlahan.

"Tak payah! Kau kalau pergi sekolah pun bodoh jugak! Membazir duit je nak bayar yuran!" Kata Ibu Faqeen dengan sinis.

"Takpelah ibu, lagipun Faqeen sendiri yang bayar... Faqeen pergi dulu ya? Assalamualaikum." Balasnya lembut.

"Eh menjawab kau eh! Aku cakap tak payah pergi, tak payah lah!" Tengkingnya pada Faqeen.

Faqeen menahan sabar, walaupun dia sudah muak dengan keadaan yang dia hadap selama ini, Faqeen hanya diam dan melepasi ibunya tanpa bersalaman.

Lonvely. ✔︎Where stories live. Discover now