Qhairyn menuruni bas sekolah dan berjalan kaki menuju ke simpang laluan ke rumahnya. Kakinya terus melangkah sehingga hampir dekat dengan kedai runcit.
"2 ringgit satu." Kata Makcik yang menjaga kedai runcit itu.
Faqeen mengeluarkan dua keping not seringgit dan berlalu keluar dari kedai tersebut. Faqeen sedar dirinya sedang dipandang sinis oleh orang-orang yang ada di sekililingnya namun dia menepikan perasaan negatif itu dan menunjukkan senyuman manis.
"Muka hensem, tapi kesian dapat mak jalang." Bisik makcik tersebut.
Tidak lama itu Faqeen terserempak dengan gadis yang tidak asing baginya, dia beg gadis dihadapannya itu lama
"Beg tu macam..." tanpa berfikir panjang Faqeen terus menegur gadis tersebut.
"Hai Qhairyn!" Sapa Faqeen lalu mereka berdua berjalan beriringan.
Qhairyn memandang wajah Faqeen sekilas sahaja dan hanya menayang wajah bekunya.
"Aku panggil kau Qhai boleh tak?" Soal Faqeen.
Qhairyn berhenti, dia mendongak memandang Faqeen.
"Qhai lelaki." Katanya dingin.
"Ala takpe...bukan salah pun."
"Aku benci nama tu." Qhairyn menyambung langkahnya.
"Kenapa?"
"Asal kau tak datang tadi?" Qhairyn memotong soalan Faqeen dengan bertanya soalan juga.
"Wow, kau tanya tentang aku? Kau rindu eh?" Sakat Faqeen dengan senyuman nakalnya.
Dia jalan mengundur di depan Qhairyn sambil tersengih-sengih.
"Takde makna, cikgu yang suruh sesiapa tanya kalau jumpa Faqeen." Jawab Qhairyn.
Faqeen menghentikan langkahnya yang membuatkan Qhairyn juga turut berhenti disebabkan Faqeen berhenti betul-betul dihadapannya.
"Kau duduk kat kawasan sini ke?" Soal Faqeen.
"Hm." jawab Qhairyn.
"Erm, okaylah! Aku balik dulu bye Qhai!" Faqeen melambai tangan pada Qhairyn dan berlari masuk ke simpang belah kiri manakala Qhairyn akan ke simpang kanan.
Entah kenapa Qhairyn merasakan sesuatu yang tidak kena pada Faqeen. Faqeen nampak macam tergesa-gesa seperti sesuatu benda buruk yang berlaku. Melihat reaksi Faqeen yang berubah secara drastik itu membuatkan Qhairyn ingin tahu.
"Eh kau ni memang anak sial lah! Aku suruh engkau mop lantai! Bukan suruh kau main dengan adik kau yang cacat tu bodoh! Kau ni memang tahu menyusahkan...je!" Ibu Faqeen menunjal kepala Fasya dengan kuat.
Faqeen yang baru masuk memberi salam dengan kelam itu terus dia menarik Fasya kedalam dakapannya.
Inilah sebab kenapa dia tergesa-gesa tadi, dia terdengar suara ibunya yang marah-marah tak tentu hala.
"Ibu! Kenapa ibu pukul Fasya? Dia kan budak lagi." kata Faqeen.
"Budak? Umur dia dah lapan tahun la! Dia dah ada akal! Bukan macam kau! Dah besar akal pun takde! Hidup semua nak menyusahkan aku je! Kau tahu tak? Adik kau yang cacat tu, dia rosakkan barang aku! Kau ingat kau boleh ganti ke ha? Nasib aku tak bunuh dia kalau tak-"
"Mana Faris?" soal Faqeen dengan riak wajah yang cuak.
Ibu Faqeen tersenyum sinis. "Aku kunci dia dalam reban ayam tu, biar dia duduk kat situ dengan binatang."
Nafas Faqeen semakin kencang dia terus berlari keluar mendapatkan Faris, hatinya hancur dan sakit melihat ibunya mendera anaknya sendiri.
Faqeen terhenti, dia terkedu melihat Qhairyn.
Qhairyn sengaja mengekori Faqeen kerana sifat ingin tahunya terlalu tinggi, ketika Qhairyn berjalan dengan tenang dia terdengar seorang budak seperti menangis perlahan, namun tangisan itu dapat ditangkap oleh telinga tajam Qhairyn.
Qhairyn menyerahkan Faris pada Faqeen, Faqeen terus menarik Faris ke dalam pelukan, dahi Faris di cium lama.
"Qhai...jangan bagitahu sesiapa. Aku-"
"Kau rasa aku nak bagitahu siapa?" Soal Qhairyn dingin.
Faqeen terdiam dan dia tersenyum nipis, dia yakin Qhairyn tidak akan beritahu sesiapa.
"Bila kau dah tahu pasal aku...mesti kau taknak kawan dengan aku kan?" Soal Faqeen dan menunduk.
Qhairyn menyilang tangannya ke dada.
"Kita pernah berkawan ke?" Kata Qhairyn dengan wajah yang dingin dan latar.
Dia berpaling dan melangkah untuk pulang ke rumah. "Tak peduli tinggi mana pun darjat kau, kalau aku taknak berkawan, aku tetap dengan pendirian aku."
"Sampai bila kau nak nampak alone macam ni?" Soal Faqeen kerana sedikit tidak puas hati dengan sikap Qhairyn.
"Daripada nampak fake." jawab Qhairyn tanpa berpaling dan terus melangkah pergi.
PANGG!
"abang! Apahal tampar anak kita tu? Dia baru balik sekolah kan?" Terkejut Puan Ireen melihat anak gadisnya di tampar dengan secara tiba-tiba.
"Kau balik lambat kau pergi mana ha?" soal Encik Qhairil dengan wajah bengisnya itu.
Qhairyn hanya memegang pipinya dan menekur memandang lantai dengan pandangan kosong, dia terus berlalu masuk ke bilik tanpa menjawab soalan bapanya.
Tangan Qhairyn direntap dan terus dihentakkan ke dinding. "Aku tanya kau! Kau pergi mana?" Betul-betul di depan muka Qhairyn dia menengking.
"Abang dah lah tu! dia baru balik sekolah." Puan Ireen menarik tangan Encik Qhairil supaya berhenti mencengkam pipi Qhairyn.
"Eh kau pun sama lah! Bodoh!" Terus pipi Puan Ireen pula ditamparnya. Adik beradik yang lain hanya mampu memandang sayu sahaja kerana tiada kudrat untuk melawan mahupun membantu Qhairyn.
Abang dan kakak Qhairyn yang lain sudah berkerja, jadi tinggal Qhairyn sahaja yang paling besar dalam adik beradik di rumah ini.
Qhairyn menjadi tempat melepaskan amarah bapanya, Puan Ireen yang sudah terjatuh terduduk sambil memegang pipinya yang sakit.
Qhairyn hanya menahan sakitnya sahaja.
"Kau tahu tak Ah long datang cari aku?" soal Encik Qhairil pada Qhairyn.
"Jadi?" Mata helang Qhairyn menikam tepat iris hitam Encik Qhairil. "Apa kena mengena dengan aku?" soal Qhairyn dengan dingin.
DUSH!
Pipi kanan Qhairyn ditumbuk oleh ayahnya sendiri. Qhairyn hanya memejam mata menahan perit.
"Kurang ajar eh kau sekarang? Aku nak serahkan kau dekat Ah long lah! Biar lunas hutang aku!" Kata Encik Qhairil dengan garang.
Qhairyn tersentak, sanggup ayahnya nak serahkan anak sendiri dekat orang lain? Dekat Ah long pulak tu.
Encik Qhairil menghempas badan kecil Qhairyn ke lantai dan keluar daripada rumah, ibu Qhairyn berlari kecil mendapatkan anaknya untuk dipeluk namun Qhairyn menepis dan terus berlari masuk ke bilik.
Pintu dikunci.
Puan Ireen terkedu dan menangis.
Qhairyn bersandar pada pintu, lututnya dirapatkan ke dada lalu memeluk erat kakinya.
Dia termangu sendiri mengenang nasib, hatinya luka seperti dihiris walau hatinya memang sudah hancur berkecai dari dulu namun secebis hatinya masih lagi terasa seperti dicincang halus.
Dia terluka tanpa air mata, setitik pun tidak mengalir dari tubir matanya. Dia memendam dengan sebaiknya, dia menyimpan jeritannya agar tidak didengari orang lain dia tidak mahu orang tahu luka hatinya.
Matanya kosong tiada air mata, hanya memandang kosong lantai yang berhabuk sahaja.
Dia menyembamkan wajahnya pada lututnya sendiri. Segala yang dipendam terlalu banyak sehingga kuota hati dan mindanya terlalu penuh dan menyebabkan dia sangat terluka.
Patut ke aku teruskan hidup? Monolog hatinya.
-4/2/21-
YOU ARE READING
Lonvely. ✔︎
عاطفيةK A R Y A|| k e l i m a 𝓠𝓱𝓪𝓲𝓻𝔂𝓷, - she sweet more than cotton candy, but she make me feel 𝓛𝓸𝓷𝓿𝓮𝓵𝔂. - (n) ; kesepian P/s: maafkan saya sekiranya mempunyai kesalahan ejaan atau lain-lain yang saya tidak perasan. Terima kasih kerana faham...