00:02

2.1K 329 166
                                    

"Faqeen!" Aiman memeluk bahu kawannya yang baru tiba itu dan dibalas senyuman manis oleh Faqeen.

"Wey, asal semalam tak datang? Kau tahu tak macam-macam jadi semalam!" kata Aiman dengan teruja.

Senyuman manis tadi memudar dengan cepat, mereka berdua berbual sambil berjalan menuju ke kelas. "Ish! Asal aku tak datang je, mesti ada je benda yang menarik jadi! Geram pulak aku. Benda apa yang menarik?" Soal Faqeen dengan nada yang geram.

"Semalam ada budak baru masuk kelas kita!"

"Lelaki ke perempuan?" Soal Faqeen ingin tahu.

"Perempuan, dia sombong gila nak mati weyh! Dia taknak bergaul, Dia dari pagi alone je aku tengok pastu semalam buaya sekolah si Akid tu nak ngorat budak perempuan tu kan, pastu kau nak tahu apa jadi?"

"Apa dia apa dia?" Soalnya yang semakin membuak buak ingin tahu.

"Dia abaikan Akid pastu, pastu si Akid tu tak mengalah! Pastu budak perempuan tu cakap macam ni. 'Go die, fucking bastard.' Setelek! Memang semua lah orang kat situ terkejut! Mana ada orang pernah reject si mamat buaya tu, pastu kau tahu kan dia paling hensem dalam sekolah? Rose yang cantik lagikan baik tu pun boleh jatuh kat tangan mamat tu!" Dengan penuh semangat Aiman menceritakan dengan gaya sekali dia tunjuk.

Faqeen sudah mengangguk dan menggeleng sahaja melihat tingkah laku Aiman ini, mereka menghampiri pintu kelas.

"So dia takde kawan? Budak perempuan kelas kita tak try borak?" Soal Faqeen lagi.

"Dah nyah! Tapi dia palaunya semua! Rose yang baik lagikan friendly tu pun dia tak layan! Selalunya beratur orang nak berkawan dengan si Rose tu!" Kata Aiman lagi yang semangatnya seperti pakcik bawang.

"Kau ni tak habis-habis libatkan Rose, tersedak dia dekat kelas." Faqeen menggeleng perlahan.

"Semua budak kelas kita tunggu kau je untuk lembutkan si hati budak tu, penangan Faqeen tak pernah gagal." Aiman tersengih dan mengangkat ibu jari.

Faqeen seorang yang peramah dan bersikap lembut terhadap semua orang, tak kira dengan siapa pun dia tetap mahu berkawan kerana dia tidak suka orang sekelilingnya terlihat bersendirian.

Ketika masuk ke dalam kelas Faqeen terhenti dan berdiri kaku seolah sedang jatuh cinta oleh pandangan pertama.

"Hai faqeen!" Hampir satu kelas melambai ke arah Faqeen kecuali seorang pelajar perempuan yang sedang tidur, Faqeen tidak membalas kerana dia hanya memandang ke arah gadis yang bagai lena dibuai mimpi itu.

"Tu kan tempat aku?" Soal Faqeen dan matanya hanya tertuju pada gadis yang tidur itu.

"Eh, haah lah! Aku lupa nak cakap tu tempat kau, sorry eik." Kata Aiman dan tersengih.

"Ala duduk je sebelah dia kan kosong, tapi kena kuatkan hati kalau nak tegur dia." pesan Arif kepada Faqeen.

"Hm takpelah, biar aku try sembang dengan dia." Faqeen terus meluru ke tempat duduknya di sebelah Qhairyn, memang sepatutnya tempat yang Qhairyn duduk sekarang adalah tempatnya tetapi tidak mengapa kerana perkara kecil itu tidak penting untuknya persoalkan.

"Harap-harap Faqeen boleh lah ajak budak tu berkawan." bisik Afif pada Aiman dan Arif.

"Comfirm boleh punya!" Kata Aiman dengan yakin.

Faqeen mengetuk perlahan meja Qhairyn kerana risau jika gadis itu terkejut, tetapi Qhairyn langsung tidak mengendahkan.

"Cikgu datang!" Jerit Faqeen tiba-tiba. Yang lain sudah menahan ketawa melihat Faqeen yang mahu mengenakan orang.

Lonvely. ✔︎Where stories live. Discover now