Part 19 - Demerit

21 8 0
                                    

Chanyeol menunggu Hyerin di bus stop sekolah. Mereka dah nekad untuk menghebahkan tentang hubungan mereka, semalam. Sempat Hyerin menelefon Chanyeol semalam untuk berbuat sedemikian harini. Kereta ahjusshi sudah kelihatan. Chanyeol bangun dari duduknya saat Hyerin keluar dari kereta. Hyerin menerpa ke arah Chanyeol dan diraihkan tangan lelaki itu. Ada segelintir pelajar yang baru tiba sudah berbisik-bisik tatkala melihat Hyerin dan Chanyeol. Yang perempuan cemburu dengan Hyerin manakala yang lelaki pula cemburu dengan Chanyeol.

Hyecheol yang membuntuti Hyerin keluar dari kereta, terus sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah dengan tangannya di dalam poket dan mukanya yang agak ketat. Hyerin membiarkannya sahaja. Dia dan Hyecheol berada dalam keadaan yang kurang baik. Hyecheol masih mempertikaikan hubungannya dengan Chanyeol namun kerana kedegilan Hyerin, akhirnya mereka bermasam muka.

"Biarlah dia. Nak tak nak, dia kena terima kau jugak. Omma dengan appa tak ada masalah so dia tak boleh buat apa-apa." kata Hyerin sambil menjeling Hyecheol sedikit.

"Tapi kau gaduh dengan hyung kau."

"Bukan selalu. Aku penatlah asyik kena kongkong je. Dulu dia tak macam ni pun. Ni mesti sebab dia tergugat dengan kau sebab tu jealous. Hihihi." Chanyeol mencubit pipi Hyerin.

"Dahlah. Jom masuk."

Chanyeol dan Hyerin jalan beriiringan. Saat mereka masuk ke kelas, ada taburan bunga di atas mereka dan satu kelas mereka bersorak. Hyerin dan Chanyeol sudah merah pipi menahan malu. Tak tanya pun dah tau kerja siapa. Ketuanya mestilah Baekhyun. Kepala segala kepala.

Sebenarnya EXO memang excited bila tahu Hyerin pun suka Chanyeol sebab dorang tau macam mana sukanya Chanyeol dekat Hyerin. Siapa je yang tak bahagia kalau member bahagia.

"Chan, kau duduk sebelah Hyerin sebab aku nak conquer dua meja." arah Baekhyun.

"Tak yah suruh pun aku buat."

Riuh kelas mereka dengan sorakan classmates lain. Mereka hanya ketawa termasuk Hyerin. Dalam tak sedar, ada yang perhatikan mereka. Gelak Hyerin mati tatkala ternampak figura Seohyun. Seohyun yang perasan Hyerin seperti nampak akan dirinya, laju sahaja melarikan diri. Senyuman Hyerin juga mati. Dia tak sedap hati. Dia seperti rasa yang ada sesuatu yang Seohyun simpankan.

"Hei. Okay tak? Kenapa tiba-tiba diam? Macam nampak hantu je." soal Minseok prihatin. Chanyeol terus sahaja memeriksa keadaan Hyerin. Yang lain sudah berdecit kecil. Over betul budak capang ni.

"Okay je. Jom duduk saem dah sampai."

●●●

Pintu tandas dibuka. Hyerin mencuci tangannya selepas siap melepaskan segala yang perlu. Tiba-tiba sahaja dirinya dibasahi sebaldi air. Bukan air paip biasa tetapi air yang sudah dicampur berbagai-bagai bahan sehingga mengundang bau yang tidak menyenangkan. Habis kotor satu baju Hyerin.

Hyerin yang bengang terus sahaja menumbuk si pelaku, Seohyun. Tak cukup dengan itu, Seohyun yang sudah lemah itu, dihadiahkan pula tendangan dibelakang lutut. Terus terduduk Seohyun dibuatnya. Belum sempat Seohyun bangun, Hyerin terlebih dahulu mencengkam kolar baju Seohyun dan dihentakkan ke dinding. Sikit lagi Hyerin ingin menumbuk Seohyun sekali lagi tapi tergendala tatkala pintu tandas terbuka dan namanya dipanggil.

"KIM HYERIN! MASUK PEJABAT SAYA SEKARANG!" tengking saem Kim Jungkook.

Hyerin melepaskan Seohyun kasar. Seohyun agak lemah jadi dia dibantu rakan-rakannya. Hyerin mengikut langkah saem Jungkook, lemah. Keluar sahaja dari tandas, figura Chanyeol menjamah mata Hyerin. Chanyeol mendekati Hyerin.

"Kau kenapa basah ni?" soal Chanyeol risau.

"Kim Hyerin, cepat! Haa Chanyeol, kamu tolong bawa Seohyun ke bilik rawatan. Tolong panggilkan kumpulan medic." arah saem Jungkook.

Chanyeol pandang Hyerin sekilas. Hyerin larikan pandangan dan mengikut saem Jungkook. Sedikit riak kecewa pada Hyerin.

Chanyeol tiada pilihan. Dia terpaksa membantu Seohyun. Chanyeol memapah Seohyun dengan bantuan Sooyoung sementara Taeyeon pergi memanggil kumpulan medic.

Sampai sahaja di bilik rawatan, Seohyun dibaringkan. Chanyeol berkira mahu pergi tapi tangannya dipegang Seohyun.

"Temankan saya. Saya takut." rayu Seohyun. Chanyeol melepaskan pegangan Seohyun.

"Sooyoung kan ada. Aku ada kelas."

"Awak nak pergi back up Hyerin, kan!? Dia yang pukul saya, kenapa nak pertahankan dia!? Awak tak kesian kan saya ke?" raung Seohyun.

Air mata dia gugur. Sooyoung terkejut. Tak sangka yang Seohyun boleh jadi begini.

"Hyerin takkan pukul kau kalau kau tak cari pasal dengan dia. Dia basah kuyup macam tu, kau yang buat kan? Dan dia yeochin aku so memang patut aku pertahankan dia. Kau siapa, nak aku jaga?"

Seohyun menggepal penumbuknya. Chanyeol sedang mencabar dia.

"Chanyeol, dah. Pergi tengok Hyerin." arah Taeyeon.

"Kau kena hati-hati lepas ni. Kau dah cabar dia tadi. Kau jagalah Hyerin elok-elok." bisik Taeyeon.

Chanyeol keluar dari bilik rawatan kasar. Langkah dimajukan ke bilik disiplin. Suara saem Jungkook kedengaran.

"10 demerit dikenakan pada awak sebab mencederakan pelajar lain. Untuk merit semula markah awak, awak boleh bersihkan padang lepas tamat waktu sekolah. Awak boleh keluar sekarang."

Hyerin melangkah keluar dari bilik disiplin lemah. Nampak sahaja susuk tubuh Chanyeol, terus sahaja Hyerin memeluk lelaki galah itu. Orang yang lalu lalang tak lagi kesah. Mereka dah tau.

"Dahlah. Jangan nangis. Aku tolong kau bersihkan padang nanti." pujuk Chanyeol sambil mengusap belakang Hyerin untuk menenangkan yeochinnya yang dah tersedu-sedan menangis.

"Nama aku dah tak bersih. Mesti student lain label aku kaki buli. Apa aku nak jawab dengan family aku Chanyeol?"

"Aku akan pertahankan kau. Kita jumpa family kau sama-sama. Terangkan apa yang jadi. Aku ada. Jangan risau, hmm?" pujuk Chanyeol lagi.

Hyerin mengangkat kepalanya. Air matanya dilap Chanyeol. Masing-masing senyum sesama sendiri. Langkah diatur menuju ke kelas untuk meneruskan pembelajaran.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now