bab 33

1.6K 16 3
                                    

Maya pov

Dua bulan suda berlalu, hubungan kami dan Mikael semakin renggang.Dia tak pernah mempedulikanku.

Aku pergi kerja balik kerja, macam biasa tak pernah dia bertanya keadaanku.

Aku mula bekerja sebagai kerani biasa di sebuah syarikat kecil perabot.Syukurlah majikannya boleh menerimaku kerja sedangkan aku hanya setakat spm sahaja.

"Liang moi ah"! Siew ling memegang bahu ku.Siew Ling selalu memanggilku "liang moi" yang bermaksud wanita cantik.

Aku terkejut.

Mengapa awak termenung panjang ni liang moi..siew ling ketawa kecil.

Tak ada apa apa la siewling..aku tersenyun pahit kearahnya..

Aku terkilan kerana orang lain mampu melihat kesedihanku.Namun suami sendiri pura pura tak tahu keadaanku.
Entah apa salahku.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Jam 11.20 pagi..

Erm, lebih baik saya ajak mikael makan tengah hari kan?

Sudah lama kami berdiam,apa kata saya cuba berbaik dengannya.Kata hatiku,manalah tahu jika saya tidak ego dia akan berubah?

Mikael tengah hari.
Sudah makan? Kalau belum, saya nak ajak keluar.Boleh? Kutekan mesej send.

Seminit.5minit. 10minit.

Huh...aku mengeluh lemah.Mungkin dia tak mahu.

Tit..tit..aku cepat cepat melihat mesej telefonku.

Tak dapat.Saya sibuk.

Erm..terpaksalah saya makan sendiri nampaknya.

Sejak akhir akhir ni selera makanku bertambah.Pipi pun makin tembam.

Mungkinkah? Mataku bersinar sinar...Jika ya, alangkah bertuahnya aku..sekurang kurangnya aku mampu membawa zuriat Mikael didalam rahimku.

Nantilah saya cek dahulu. Jika benar ini adalah berita gembira, harap ia membawa sinar dalam rumah tangga kami.

Tapi aku tidak mahu terlalu mengharap, nanti aku kecewa jika jawapannya tidak, takut jika ini adalah perubahan hormon.

Aish..jauhnya angan anganku.Aku tersenyum sendiri.Lebih baik aku makanlah dulu.Lagipun perutku mula berkeroncong.Memanggil manggil untuk makan.

Aku mula menghidupkan enjin kereta.
Teringin nak makan ayam penyet..kecur air liur.

Aku mula masuk ke restoran Mek Nab, aku terkejut. Ku lihat ada Mikael.Tapi bukan berseorangan.Dia bersama Melissa.

Mikael duduk membelakangiku, tapi kulihat Melissa melihatku dan tersenyum sinis.Aku bergerak kearah Mikael.

Aku berdiri disebelah Mikael duduk, dan mula menyapanya.

Hai..baru makan? jelas Mikael terkejut melihatku.Aku cuba tersenyum manis.Dan aku cuba menahan perasaan kecewaku.

Er..ya.Jawab Mikael.

Saya kesana dulu order makanan.Jawabku kepadanya.Aku cuma tersenyum manis sahaja kearah Melissa.

Usai sahaja order dan mengambil makanan aku bergegas keluar.Tak sanggup aku berlama lama didalam restoran.

Aku segera ke keretaku.Aku menangis semahunya.Aku betul betul kecewa dengan Mikael.Patutlah dia berubah.

Tiba tiba pintu keretaku diketuk.Kulihat Mikael berdiri ditepi tingkapku.Aku cuma memandangnya sayu.

Aku menggeleng lemah kearahnya.Aku tak mahu bercakap dengannya.Dia ketuk semula dan menyuruhku untuk turunkan cermin kereta,tapi aku tak mahu.Aku cuma membuat signal ok sahaja kearahnya.

Aku mula meninggalkan kawasan restoran mek nab.Kulihat dari jauh Mikael melihatku.






mencintaimuWhere stories live. Discover now