bab 49

1.3K 22 6
                                    

Terkadang, pertemuan dan perpisahan terjadi terlalu cepat. Namun, kenangan dan perasaan tinggal terlalu lama.
Fiersa Besari

Sejak pertemuanku dengan Mikael minggu lalu, hatiku tak tenang bekerja disana, bagaimana jika kami kerap berjumpa?Bagaimana jika Mikael sudah menjumpai pengganti diriku? Tak sanggup aku melihat kebahagiaanya..
Meski pun aku meninggalkannya, namun aku tak sanggup menghadapi perhubungan kami begini..Aku tak rela sebenarnya..

Jika aku berhenti, aku kena membayar ganti rugi sebab aku sudah siap
Sign kontrak hari tu.
Aduh..memang bala kalau begini...
aku merengus perlahan...
Aku terpaksa bertahan, demi Bella.

Tapi aku tak boleh dedahkan siapa Bella, jika tidak, Mikael boleh mengambil hak penjagaan kepadanya.Lamunanku terhenti seketika.

Terasa sangat letih hari ni, sebab kak Milah bercuti, anaknya sakit terpaksa saya bantu bahagian tingkap syarikat..kiranya kerjaku dua kali ganda dari yang biasa.Aku cepat cepat bersiap sebab,  dalam jam 6.30 aku kena mencuci piring lagi direstoran..

Sedang aku asyik mengelap tingkap, tiba tiba sofia datang kearahku..

Maya..ujar sofia.

Ya kenapa Sofia, ada apa apa yang perlu saya bantu ka?

Maya, Tuan Mikael arahkan awak bersihkan biliknya dalam jam 12.30 ni.

Hah?! Jam 12.30?, kan waktu tu ialah waktu rehat saya?..kataku..

Er...sofia kelihatan serba salah..

Ehm...aku menarik nafas perlahan, nanti saya akan pergi.

Sofia tersenyum lega..

Aku tak mahu dicop pekerja yang berkira dalam kerja, selagi saya mampu..saya akan sehabis upaya berkerja bersungguh sungguh.

Jam menunjukkan 12.20, aku segera ke bilik Tuan Mikael.Aku segera masuk sebab aku tahu waktu ni selalunya Mikael sudah tiada dalam bilik kerja.Kan waktu ni adalah waktu rehat.

Tapi aku terhenti sebab....aku melihat Mikael dan Melissa sedang bercumbuan yang hangat.Aku segera memalingkan wajah ku..terasa malu, dan marah pun ada.Tapi kenapa aku perlu marah, sebab mungkin ini yang aku mahu, jadi segala akibatnya aku perlu terima.Mikael segera menghentikan ciumannya, dan melihatku dengan senyuman sinis..

Er....maaf, ujarku.aku segera ingin beredar, tiba tiba aku ingin menangis..entahlah kenapa aku berperasaan begini.

Tak perlulah awak keluar! Arah tuan Mikael.dia segera berjalan kearahku, Dan dia berhadapan denganku..

Kenapa awak nak menangis? Bukannya awak suka kah dengan keadaan begini?..

Jom Mel, kita keluar...terasa panas pula berada dalam ruangan ni..ujar Mikael.

melissa segera memegang tangan Mikael, dan memamdangku jelek.

Setelah mereka pergi, aku terjelupuk menangis,...sakitnyaku rasa..
Menyesal pun ada aku kerja disini...

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Mikael memakan makanan dengan tak berselera...

Awak.ok ke? Kata melissa..

Aku cuma mengangguk..malas mahu bercakap banyak dengan melissa..

Sebenarnya hari ni, aku memang sengaja memanggil Maya, sebab aku merinduinya..sangat merinduinya.tapi bila mengenangkan peebuatannya, aku jadi benci.Kedatangaan Melissa cuma untuk mengajakku makan...Kami berciuman tu cuma satu kebetulan sahaja..tak ada niat.

Tak sangka maya melihatnya, hatiku puas namun kenapa.aku tak gembira? Aku sedih melihat mata Maya yang sedih..

mencintaimuWhere stories live. Discover now