bab 35

1.5K 13 2
                                    

Maya pov

Aku segera mencari hotel yang berdekatan untuk aku berehat dalam 2 atau 3 hari ni.Pertama aku menerima panggilan dari mikael, hatiku sakit untuk menyambutnya namun aku tak mampu membiarkannya.Aku terpaksa sambut untuk tidak membuat dia risau, biarpun hatiku sakit namun dia masih suami untukku hormat.

Arr....aku menangis teresak esak.Bodohnya aku rasa!kenapa aku harus membuat jarak antara kami sehingga keadaan menjadi seperti ini.
Tapi semua ni terjadi, tidak semua kesalahan dibahuku.

Aku tak tahu apa masalah Mikael sebenarnya, sehingga dia berniat mahu menjauhkan diri dari aku.Jika dia tidak mahu denganku, seharusnya dia tidak.mementingkan diri sendiri dengam berdiam diri.Seharusnya dia memberitahuku.

Penyelesaiannnya, aku harus berehat dari memikirkan dia,seharusnya aku dari dulu bertanya kepadanya.

Isk...isk...aku menangis entahlah keberapa kalinya.Yang kutahu selepas 2 atau 3 hari ni, aku harus berjumpa dengannya.Tak perlu lagi bermain tarik tali.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Kring....deringan alarm telefonku mengejutkan ku dari tidur yang lena.
Uh....awal pagi aku sudah mengeluh.
Hari ni aku harus membeli alat ujian kehamilan.Aku perlu pastikan satu perkara sebelum semua perhitungan aku buat.

Apa apa keputusanku nanti, aku harap ada sinarnya.Walaubagaimana pun aku perlu tahu jugak perasaan Mikael terhadapku.Takkan tepuk sebelah tangan berbunyi kan?

mencintaimuWhere stories live. Discover now