bab 41

2.6K 22 2
                                    

Maya pov

Kawasan kemaluanku terasa sakit, mungkin kerana penolakanku terhadap Mikael.

Awal lagi aku sudah bangun...aku mahu cepat cepat pergi dari sini, keluar dari rumah ni

Aku bergegas mencapai kunci, dokumen peribadi dan baju sehelai dua.

Buat sementara ni, aku memang mahukan penceraian..hatiku sangat tawar..setawar tawarnya.

Cukup cukuplah tubuhku dipakai, tapi hatiku tak dipeduli.Aku sudah bosan dengan permainan mikael.Aku tak akan bertolak ansur lagi .

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Aku duduk didalam bas, aku mengusap perlahan perutku yang masih kempis.Aku bertekad aku akan memberi seluruh kasih sayangku pada anakku.Tak akan kubiarkan dia kekurangan kasih sayang walau swdikit pun.

Aku sudah berhenti kerja, semuanya aku tinggalkan.Segala cincinku, barang kemas, pakaian yang Mikael belikan langsung aku tak bawa.Aku tak mahu mengingatnya kembali dengan membawa barang barang pemberiannya.
Syukurlah aku ada wang simpanan sedikit sewaktu aku bekerja.

Harap tempat baruku nanti memberi aku nafas baru...setitik air mataku mengalir..

Sudah sudahlah aku mengeluh....

mencintaimuWhere stories live. Discover now