bab 36

1.5K 16 3
                                    

Mikael pov

Sejak semalam aku tak lena tidur.Aku balik dari restoran, aku bergegas pulang kerumah.Hampa, bayangan Maya langsung tak kulihat.

Kali ni aku yakin, keputusan Maya nanti mampu mengubah hubungan kami.Separuh hatiku merelakan.Separuh lagi takut.Entah perasaanku kini, cinta atau tidak padanya.

Ku pejam mataku seketika,penat dan sakit otakku memikirkan keberadaan Maya dimana saat ini.Entah dia sudah makan atau belum?! Yang pasti, aku sangat risau dengan keadaannya.

Aku cuba menelefonnya,tapi hampa cuma suara operator sahaja yang kudengar.Kali ini aku yakin,Maya memang sudah membuat satu keputusan yang besar dalam rumah  tangga kami.

Perlahan lahan aku berdiri dari tempat dudukku, kulihat semula gambar kahwin kami, terimbau segala kenangan indah kami.Dari saat aku mengejar cinta Maya sehinggalah aku memilikinya.Tapi kenapa aku masih boleh merasa dengupan cinta Melissa? Itu yang membuatkan aku tidak berlaku adil dengan Maya. Arr....sepatutnya aku tetap   dengan pendirianku untuk tidak berjumpa dengan Melissa.Supaya aku tidak memberi harapan kepadanya.Lihat sekarang aku sudah melukai sekeping hati.

Maya sayang...dimana engkau?

mencintaimuWhere stories live. Discover now