perlahan lahan mata dibuka sebaik sahaja disimbah air yang sedikit suam. sinaran matahari yang sangat, sangat panas menyukarkan aku untuk membuka mata.
tepat ketika pandangan menjadi jelas semula, aku disambut dengan situasi dimana aku dibasahi dengan air suam, di atas katil yang entah macam mana boleh terasa tinggi dan besar semacam ni.
aik?
aku mengangkat muka, hanya untuk bertembung dengan riak wajah penuh dengki milik perempuan yang mempunyai rambut berwarna blonde ala ala barbie.
...???? aku tengah mimpi lagi ke siot.
" Evelyn Chester! "
perempuan tersebut berteriak. entah nama siapa yang dia panggil, aku pun taktau.
" What do you think you are doing? I did not enjoy standing still while you steal my fiancé! "
aku hampir tergamam. opera mana aku tengah tengok ni? ngarut ngarut je ek mimpi aku.
" Evelyn! I need an answer! "
aku mengeluh. taram jela, bukan selalu aku mimpi rare macamni.
" Who are you? "
perempuan tersebut membeliakkan mata lalu mendekatkan dirinya sambil memegang bahu aku dengan kuat.
" Evelyn Chester! I am your sister, Audrey Chester! "
...
sekejap.
sekejap sekejap, macam kenal nama audrey chester ni. dimana ya?
last memori aku ingat, aku tengah baca novel dalam bas lepas ponteng sekolah...
-
" syaz, aku rasa kau better stop buat macamni kalau taknak kena buang " salah seorang member lepak cuba nak bagi nasihat,
tapi manusia degil macam aku, obviously akan jawab,
" mampos, kesah lak aku. "
lepastu, aku proceed nak terus panjat tembok. lari punya lari, tahu tahu bas sampai.
smooth gila plan aku harini. aku tergelak kecil sebelum mengeluarkan phone dari pocket beg dan mula membaca novel online.
right, time tu aku tengah baca ' duchess audrey ' yang macam bodo kisahkan pasal si audrey yang tak function sebagai watak utama.
tahu tahu time tengah baca, bas tiba tiba hilang kawalan, membuatkan semua passenger dalam bas turut sama terlibat dalam kemalangan yang aku taktahu apa punca dia.
lepas aku pengsan, aku sedar sedar je tetibe nama aku berubah jadi ' Evelyn '.
-
sabar jap, jangan cakap aku koma pastu jasad aku melayang masuk ke dunia novel yang aku kutuk tadi...
" Evelyn! dengar tak apa yang kakak cakap ni?! "
aik, bahasa melayu pulak.
....
AKU TAKFAHAM????
AKU KAT MANA NI SIA?
-
unwritten, 2021.
by:
HW4YOUTH.