" apa maksud korang? bukan kita je? "
terkebil kebil aku memandang kedua dua ekin dan ecah. cukuplah haritu aku terjumpa qilah dalam dunia ni, pastu kau nak kata ada ramai lagi senasib kiteorang?
" bagitau nama dulu, baru kiteorang bagi details "
" selamat ke- "
" aku qilah, dia ni syaz "
aku memandang qilah dengan lama. spoil apa babi kau ni. laju laju je.
" apa? "
" macam mana korang boleh masuk sini? "
ekin bertanya sambil menghulurkan pinggan yang berisi roti.
aku mengambil pinggan tersebut.
" sebelum masuk sini, aku tengah baca novel duchess audrey kat reality lepastu accident, bangun bangun je memang aku dah ada kat sini "
mereka berdua mengangguk sambil mengalihkan pandangan ke arah qilah.
" aku tengah jaga koperasi, tahu tahu je pengsan. pastu bangun tersedar dalam carriage, on the way ke rumah evelyn "
aku mengangkat kening. kenapa dorang tiba tiba nampak terkejut bila dengar cerita simple qilah? kalau ikutkan, patutnya dorang simpati kat aku sebab baru lepas kena langgar.
" berapa lama dah korang kat sini? "
" dua minggu "
" hmm, awal pulak kali ni "
huh? apabenda siot yang awal.
" dia macamni syaz, aku dengan ekin dah terperangkap dalam ni almost 5 months. and cerita ni macam takda ending "
" 5 months? lama gila "
aku memandang qilah sambil mengangguk. ye do lama siak.
" kiteorang syak maybe sebab watak kiteorang memang tak involved langsung dengan audrey, the main character or even the duke, lord hastings "
" pause jap. bukan audrey kawin dengan king ke dalam novel? aku dari chapter 20 berapa tah tertanya asal title dia duchess audrey kalau dia kawin dengan king "
" tu masalahnya, author dah lari dari plot. aku dengan ecah plan nak buat audrey kawin dengan duke tu betul betul, tapi tiba tiba dapat cerita adik dia sendiri rampas tunang dia "
aku mengeluh. aku penat betul dengan cerita macamtu. aduhla, takda orang lain ke nak buat?
sumpah author mintak kena pukul.
" kiteorang try nak solve masalah tu, sebabtu wujud tea party ni. tapi tahu tahu evelyn bukan evelyn real. another person yang masuk dari dunia lain "
aku memandang kedua dua ekin and ecah sebelum mengerutkan dahi.
" macam mana korang tahu kiteorang bukan dari sini? "
" sebab qilah tadi....? "
aku dah agak dah. ni semua sebab kebangangan qilah tadi.
" satu benda yang korang kena tahu, setiap dua or tiga bulan, akan ada manusia lain dari dunia reality yang terpaksa masuk dunia ni. tapi takat ni semua extra character. so korang dua je kot antara yang paling dekat dengan main character "
" aku ingat nak gunakan watak korang untuk endkan novel ni, supaya kita semua dapat bebas "
" okay faham, aku pun dapat rasa benda sama cah, sebabtu aku dengan qilah try ubah watak ni jadi lagi better. tapi tu ah, dua minggu belajar etiquette, mana boleh catch up en "
ekin meletakkan cawan teh di atas meja sebelum mencapai satu kertas lalu menghulurkannya kepada aku dan qilah. fuhlamak, list tutor.
" pasal tu, kiteorang ingat nak bagi korang belajar kat sini, dengan kiteorang. aku dengan ecah boleh gunakan title kiteorang "
respect member 5 bulan terperangkap dalam dunia ni. nampakla dorang punya effort nak cau tu. ye ah siapa je tak fed up kena pakai dress hari hari.
" sebelum korang start, esok aku nak bawak korang pergi satu port untuk secret organisation yang aku and ecah dah create. nanti aku send carriage family aku. "
" secret organisation....? "
-
keesokkan harinya.
aku turun dari carriage dengan berhati hati, dah serik nak jatuh carriage macam haritu walaupun aku tak ingat kat chapter mana.
building di depan mata dilihat dengan teliti. betul ke tempat ni? asal aku rasa macam kena scam?
sebab tempat ni macam tempat terbiar. bangunan lama. tapi bila fikir balik, logik jugak. nama pun secret organisation en.
" syaz, jom masuk. aku nak kau jumpa dua orang member kiteorang "
hampir terlompat aku bila ekin tiba tiba datang dari belakang pastu tarik tangan aku untuk masuk ke dalam bangunan. gila ah dia ni, takda salam takda apa.
masuk je kat dalam, sumpah rasa kena scam. tadi kat luar buruk semacam, tiba tiba kat dalam macam istana. betul betul tempat yang sesuai jadi port rahsia. kali ni aku salute ekin sebab pilih tempat sesuai.
ekin bawak aku masuk sampai kat satu hall kecik yang ada ecah, qilah and dua orang lagi yang aku belum kenal.
tapi kejap, aku rasa aku dah kenal dorang kat reality dulu.
" izzah? juju? "
dorang berdua sampai berdiri bila nampak aku, terkejut sangat. aku pun terkejut. sebab kalau kat reality, dua orang ni paling femes kat bandar sebab berita dorang hilang selama 3 bulan lebih.
dua dua nya kawan lepak aku masa aku form 2 dulu. aku rasa qilah pun dorang kenal sebab memang dah school mate, hari hari nampak muka.
bayangkan jumpa balik member yang dah hilang lebih 3 bulan? aku taktau nak cakap apa sekarang ni.
" kau buat apa kat sini? " serentak kami bertiga bertanya soalan yang sama.
" aku rasa baik korang duduk dulu, baru bincang "
ecah yang dari tadi duduk disebelah qilah, maybe rasa rimas tengok ramai ramai berdiri sedangkan tempat duduk berlambak.
sebaik sahaja semua dah tenang, ekin mula ceritakan balik apa yang jadi semalam, and segala benda pasal apa yang jadi kat aku and qilah. habis je cerita, tiba tiba ecah mintak nak bawak qilah jumpa orang lain kat main hall, so dia biar kiteorang berempat je stay kat sini.
aku pelik jugak. masa ekin cerita pasal qilah, juju dengan izzah pun buat muka macam terkejut gila babi ah, macam kesian pun ada. aku takfaham kenapa.
" syaz, pasal qilah... dia ada sakit pape ke? " juju bertanya sebaik sahaja pandangannya dialihkan ke arah aku.
" taksure pulak. tapi aku rasa takda. kenapa? "
" dia macamni syaz "
" manusia yang boleh masuk sini, semuanya ada kat tengah tengah antara hidup dengan mati. kalau macam kau, kau kata kau accident kan? sebab soul kau memang tengah survive nak masuk badan kau balik, macam kiteorang semua "
" lagi lama kita stay sini, makin dekat la kita dengan mati tu. sebabtu aku dengan ecah desperate nak keluar dari sini "
" apa kena mengena dengan kes qilah? " aku mengangkat kening.
" kau rasa logik ke kalau dia cakap dia tiba tiba kena heret masuk sini just sebab kau nak dia ada kat sini? "
oh.
sekejap. aku macam dah faham. tapi still confuse.
" kalau betul qilah ada penyakit something, kita betul betul kena escape cepat "
" sebelum jangka hayat dia jadi makin pendek "
![](https://img.wattpad.com/cover/256946658-288-k970003.jpg)