chapter iv.

20 4 12
                                    

aku keluar dari bangunan lama tersebut melalui pintu belakang untuk menuju ke taman terbiar dibelakang bangunan tersebut. dahlama aku usha taman ni tadi, katanya terbiar tapi asal still cantik lagi ni.

sebaik sahaja aku mengambil tempat di salah satu tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan water fountain, benda yang aku, juju, ekin dan izzah bincangkan tadi muncul semula dalam kepala.

-

" so, untuk elakkan benda yang aku cakap pasal qilah tadi tu berlaku, kita kena ada plan untuk escape cepat dari sini "- ekin.

" apa je cara lain nak escape? apa yang aku tahu pasal dunia novel ni la en, satu satunya cara kau nak keluar dari sini, kau kena mati dalam ni dulu baru kau bebas "

sebagai manusia yang gilakan novel dan game, aku pun ada sedikit ilmu pasal benda macamni.

" aku tahu cara lagi selamat, tapi macam menyusahkan sikit la. sebab ikut portal " - ekin.

" aik, selama ni ada portal ke? " - juju.

" aku dengan ecah dah pernah cari, tapi tak jumpa. kiteorang ada terfikir satu tempat, tapi macam susah nak masuk situ " - ekin.

" kat mana? "

" church " - ekin.

-
church eh. bila fikir balik, masuk akal jugak. sebab manusia zaman ni memang kuat pengaruh church. yang jadi masalah sekarang ni kerelaan kiteorang nak masuk ke tak situ.

nak masuk sebagai siapa? kalau masuk sebagai umat islam, rasa bersalah jadi beban dalam hati. kalau masuk sebagai watak dalam novel yang pegang agama christian, kiteorang takut kelakuan kiteorang dalam church macam tak tunjuk hormat pulak.

aku mengeluh panjang. bapak serabutnya.

" tempat duduk sebelah ni kosong ke? "

aku tersentak. hampir terlompat actually, tapi aku kawal diri. perlahan lahan mengangkat muka untuk bertembung mata dengan manusia yang tak dikenali.

aku memejam celik mata sebelum memandang ke arah tempat duduk kosong di sebelah aku. aku memerhati keadaan sekeliling, banyak lagi tempat duduk kosong. dah kenapa nak sini jugak?

" ehem "

" ha? haa haha yeye kosong kosong "

aku menjawab sambil memberikan sedikit lagi ruang untuk dia duduk di sebelah.

bukan taman ni terbiar ke? macam mana boleh ada orang? dia ni dari organisasi yang sama ke?

" nama siapa ye? dari tadi saya nampak awak macam susah hati je duduk kat sini "

hehhh. dahlama usha sis ke ni?

" evelyn. "

aku menjawab pendek sebelum curi curi pandang manusia yang berada di sebelah aku sekarang ni. hmm, bolehla hensem. mata royal blue gitu. rambut boleh tahan macho warna hitam, yang penting baju dia. dari hujung rambut sampai hujung kaki aku dah boleh tahu dia ni dari keluarga noble jugak.

eh.

macam kenal mata royal blue dia yang nampak sunyi namampos tu.

" milady "

terus sahaja aku tersedar, sesuka hati mak bapak aku je dok usha orang lain.

" saya noah. milady dari family chester ke? "

" aa panggil saya evelyn pun takpe, takperlu gelaran. "

noah tersenyum sambil mengangguk. alamak hensem pulak bila dia senyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNWRITTEN. |  ↬ 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲.Where stories live. Discover now