chapter i.

28 4 16
                                    

" syazleen! kamu bawak phone ke sekolah?? "

dengan segera aku memasukkan phone ke dalam poket beg, lalu menggalasnya sambil mengambil langkah untuk keluar dari dewan.

waktu koko jugakla nak notice, dalam kelas tadi tahu pulak buat buat buta.

" norsyazleen! berhenti sekarang! "

aku berjalan pantas untuk mengelakkan cikgu daripada terus membebel, ni kalau aku stay ni, buat berdarah telinga je kang.

" syaz? "

tepat ketika aku berhenti di lorong menuju ke bilik kaunseling, aku terserempak dengan qilah, yang maybe tengah on the way nak ke koperasi.

" asal kau kat sini? bukan sekarang unit uniform ke "

" aku ponteng, papehal cikgu tanya cakap aku dah balik rumah. geraklu "

aku meneruskan langkah ke padang melalui lorong berdekatan, dah agak memang akan bertembung dengan budak budak yang ponteng jugak.

" yo syaz "

" yo " aku membalas sambil tangan sibuk membaling beg ke bahagian luar tembok.

" kau ponteng lagi ke? asal takguna gate "

aku yang sedang memanjat tembok, terhenti apabila berada di atas tembok.

" haah, kalau aku keluar ikut gate nanti cikgu dapat tangkap "

" syaz, aku rasa kau better stop buat macamni kalau taknak kena buang " salah seorang member lepak yang aku sendiri tak ingat cuba memberikan nasihat.

tapi manusia degil macam aku, obviously akan jawab,

" mampos, kesah lak aku. "

aku terus menjatuhkan diri ke sisi sebelah tembok dan tepat landing di atas tilam terbuang bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

aku mula berlari sebaik sahaja ternampak bas yang baru lalu betul betul depan mata tadi. taknak terlepas bas punya pasal.

aku masuk ke dalam bas dan memilih tempat duduk belakang sekali sebelum mula mengeluarkan phone dari poket beg sambil tergelak kecil. bila fikir balik, smooth gila plan aku harini.

aku membuka aplikasi e-novel untuk sambung baca novel yang aku takhabis baca semalam, tajuknya ' Duchess Audrey ', yang bagi aku macam bodo sebab main character jenis terlalu bergantung dekat hero.

tak function sangat kewujudan dia ni. aku lagi prefer watak crown princess yang determine nak naikkan empire dengan kuasa sendiri.

gdang!

aku mengerutkan dahi. asal bergoyang semacam bas ni?

" BANG BERHENTI BANG! LORI DEPAN MATA ASAL KAU TAK BREAK LAGI?! "

salah seorang penumpang menjerit sambil menunjukkan jari ke cermin hadapan.

SKRTTTTT!

tu last aku nampak cahaya lampu dari lori hadapan terang memancar ke arah bas.

-

tak sekarang ni, kau nak cakap aku masuk dunia novel yang aku baca tadi sebab aku dah mati kat dunia reality ke?

hahahahaha.

kalau ye pun kenapa aku kena masuk badan si evelyn, kau tahu tak watak dia paling bodoh dalam novel ni????

lepas audrey kahwin dengan king, dia dikenakan hukuman mati sebab cuba racun kakak sendiri. sumpah bangang gila takreti buat kerja bersih. dahla childish namampos.

UNWRITTEN. |  ↬ 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲.Where stories live. Discover now