"Maaf ya mak cik. Nanti mak cik mesti kena sindir disebabkan saya gaduh dengan bos hari tu," ucap Sahara kesal dengan tindakannya.
"Sahara jangan risau. Semua pekerja hotel tu takkan cakap bukan-bukan. Dia orang pun faham apa yang Sahara rasa, cuma dia orang tak berani nak melawan bos macam Sahara."
Sahara hanya tersenyum mendengar kata-kata Puan Azzah yang cuba menenangkan kegelisahan di dalam hati wanita ini.
"Mak cik pergi kerja dulu ya. Jangan rasa bersalah sangat, mak cik tak kesah." Puan Azzah mengosok-gosok lengan Sahara sebelum dia beredar dari rumahnya itu untuk ke tempat kerjanya.
Sahara mengangguk lemah lalu dirinya memerhatikan susuk tubuh wanita itu sehingga bayangnya tidak lagi kelihatan.
Masa yang terluang digunakan oleh Sahara untuk melepaskan rindunya pada Fiyadh memandangkan sudah lama dia tidak dapat meluangkan masa selama ini bersama dengan anaknya.
Petang itu mereka menonton kartun kegemaran Fiyadh bersama-sama sambil berbual kosong.
"Kenapa mama tak kerja hari ni? Nenek Azzah dah pergi kerja balik ke?" soal Fiyadh ingin tahu.
"Ya, nenek dah sihat jadi nenek baliklah semula kerja dekat hotel tu," beritahu Sahara yang merangkul bahu anaknya.
"Mama dah tak kerjalah ni? Boleh kita main lama-lama! Dah lama Fiyadh tak dapat nak selalu dengan mama." Fiyadh mengadu sambil mencebik.
"Okay, kalau macam tu kita keluar hari ni nak?" pelawa Sahara yang membuatkan Fiyadh tersenyum sehingga ke telinga.
"Nak mama! Nak!" kata Fiyadh bersetuju dengan cadangan Sahara itu.
"Okay. Fiyadh nak pergi mana?"
"Nak pergi taman sambil makan ais krim!" pinta Fiyadh.
"Boleh! Tunggu mama pakai tudung kejap ya, nanti kita pergi."
"Okay!" Fiyadh sudah terlompat-lompat di atas sofa itu, terlalu gembira kerana dapat keluar berjalan dengan mamanya pada petang ini.
• • •
Sebelah tangannya terjalin kemas dengan tangan mamanya manakala tangan yang sebelah lagi memegang ais krim. Matanya tekun memerhatikan suasana sekelilingnya yang memperlihatkan pelbagai ragam manusia.
"Mama, Fiyadh nak pergi taman boleh?" pinta Fiyadh.
"Boleh, tapi habiskan dulu ais krim tu."
Fiyadh hanya akur mengikut gerak langkah mamanya duduk di kerusi yang tersedia di taman itu.
Pipi comot Fiyadh menarik perhatian Sahara lalu dia melepaskan tawa. Tisu yang berada di dalam beg tangannya dikeluarkan.
"Comotnya anak mama ni," ujar Sahara mengesat lembut pipi gebu Fiyadh bagi menghilangkan sisa ais krim di pipinya itu.
Fiyadh hanya membalas dengan tawa, lalu dia menyambung semula menikmati ais krim vanilla tersebut.
"Sahara?" panggil susuk tubuh yang berhenti di hadapannya.
Sahara menoleh, dia terkejut melihat orang yang berada di hadapannya yang setelah sekian lama tidak berjumpa.
"Kak Raudah," tegur Sahara.
Wanita itu terus memeluk erat tubuh milik Sahara bagi melepaskan rindu yang sudah lama dirasainya.
"Mana Sahara pergi selama ni?" soal Raudah ingin tahu.
"Sahara ada je dekat sini, cuma Sahara memang sengaja elak nak jumpa dengan orang yang Sahara kenal untuk lindungi anak Sahara," mendengar kata-kata Sahada itu membuatkan pandangan Raudah beralih kepada anak kecil yang berusia lima tahun.
YOU ARE READING
Menagih Kasih Darimu
Romance"Kau memang tak gunakan?" Itulah yang keluar daripada mulut Noor Sahara tatkala melihat kemesraan suaminya bersama wanita lain di depan matanya sendiri. Sudah tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Hatiny...