Bab 1

646 29 2
                                    

Bismillah,
Assalamualaikum everyone. Secara tidak langsung, this is my fourth novel. And this novel not gonne be the one novel yang panjang-panjang macam sebelum ni. Im gonna make this short but complicated begitu. Haha so amat dialu-alukan to show me some love. Hehe.

Enjoy!!

Berulang kali mata aku meneliti satu persatu perkataan yang tertera di handphone aku untuk memastikannya. Nyata, aku memang tak silap baca. Memang betul aku terpilih untuk melaksanakan aktiviti sukarelawan yang akan datang tak lama lagi. Gembiranya aku Tuhan saja yang tahu. Bukan senang tau untuk terpilih sertai aktiviti-aktiviti macam ni. Lagi-lagi apabila ia melibatkan orang-orang yang besar!

Bibir aku tak dapat sembunyi senyum. Memang sampai ke telinga. Bukan gembira sebab dapat menolong mangsa-mangsa disana saja, tapi sudah tentulah aku ada niat lain untuk ke sana!

"Haa! Yang tersenyum sampai ke telinga ni kenapa?" Jerkah Amy tiba-tiba. Punggungnya dilabuhkan disebelah aku. Aku tahan senyum. Tak tunggu lama, terus aku halakan handphone aku padanya.

Beberapa saat matanya mengecil membaca apa yang tertera di handphone aku, akhirnya dia menjerit teruja. Kepala aku dipegang oleh kedua-dua tangannya.

"Oh my god! Seriouslah?!" Wajah aku dipandang macam nak tembus. Aku mengangguk sambil tergelak melihat reaksinya.

"Oh my.. our Amanda akhirnya bakal berjumpa putera idamannya!!" Aku tergelak kecil sebelum air muka aku berubag. Putera idaman?

"Banyaklah kau! Entah-entah dia tak ada pun nanti." Pasrah. Aku bukannya gatal sangat pergi sana sebab nak usha anak teruna orang. Lagi-lagi orang tu dari golongan-golongan kayangan. Niat aku lebih kepada ingin menolong mangsa-mangsa yang memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan mental. Lagipun aku memang suka sertai aktiviti-aktiviti sukarelawan macam ni dari aku sekolah menengah lagi. Lagi-lagi keluarga aku gemar memberi sumbangan kepada orang jika ada apa-apa bencana. Jadi apabila situasi sebegini, aku jadi tidak kekok untuk membantu memandangkan dari kecil aku dibesarkan dengan cara begitu.
Macam minggu depanlah. Memang niat aku lebih untuk menolong apa perlu ditolong. Kalau terjumpa dia, aku anggap itu rezeki aku.

"Alaa, kau doalah banyak-banyak. Kalau ada, anggaplah itu jodoh. Ya tak?!" Usik Amy lagi.

Aku hanya senyum mendengar usikannya. Sayangnya Amy tak dapat sertai kali ini. Katanya dia dah janji dengan tunangnya untuk mencari barang perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tak lama saja lagi. Jadi aku redha pergi seorang diri.

"Untunglah kau kan. Haih, kenapalah aku bertunang awal, kalau tak boleh aku tackle abang dia."

Aku tampar bahu Amy

"Choii!! Tunang kau tu dah sesegak-segak abadi dah! Nikmat Tuhan yang mana kau dustakan lagi?!" Bebel aku geram. Hakikat. Bakal suami Amy ni sudahlah Pilot. Tak padan dengan itu, kacak dan baik pula tu orangnnya. Kalau Amy masih memandang orang lain lagi memang aku akan brainwash Amy sampai 7 keturunan.

"Tak adalah.. aku nak juga merasa jadi Che Puan, kan.." wajah aku dijeling nakal sebelum bibir tebal Amy tersenyum nakal. Aku geleng kepala dengan sikapnya. Macam-macam hal. Macamlah aku datang minggu depan lepas tu terus kahwin dengan anak Raja tu!

Lambat lagi!!

——————-

Seperti yang sudah dirancang, tepat pukul 7 pagi aku dah terpacak dekat sini. Pandang kiri dan kanan. Memang ramai yang menjadi sukarelawan untuk kali ini. Buktinya, ramai yang memakai baju yang telah disediakan untuk para sukarelawan sama macam aku. Tapi kali ini, 80% golongan yang sertai sukarelawan ini adalah golongan-golongan yang sedikit tua. Kebanyakkannya wanita-wanita dan lelaki yang sebaya dengan ibu bapa aku. Mungkin memang penduduk kampung sini kot.
Tak nak tunggu lama-lama, aku pantas mengunci pintu kereta aku sebelum bergerak ke bawah kanopi yang telah disediakan. Terdapat dalam 5 buah kanopi yang mereka pasang. Memang meriah. Mungkin kerana golongan diRaja nak datang kot. Dua kanopi disediakan untuk memasak makanan dan 3 lagi ada meja dan kerusi di bawahnya.

Cinta Dan BenciWhere stories live. Discover now