6 tahun lepas
Aku berhenti sekejap saat betis aku mula berasa kejang. Cepat-cepat tangan aku mengurut perlahan kawasan sekitar itu. Berkerut-kerut dahi aku apabila rasa sakit menyucuk naik sampai ke tapak kaki.
Inilah bahananya kerana degil. Dah banyak kali ibu dan ayah aku pesan kalau tak mampu nak jogging sampai 3 pusingan, cukup buat 1 pusingan saja sudah memadai. Namun biasalah.
Amanda Leiya. Pantang dicabar. Lagi-lagi bila ayah aku mengekek gelakkan aku apabila tak sampai 5 minit jogging, aku sudah berhenti dengan nafas yang termengah-mengah. Nampak sangat stamina tak cukup kuat!
"Manda! Ibu dengan baba gerak ke depan dulu, ya? Nanti Manda follow tau!!" Kurang dari beberapa meter, ibu aku menjerit dari depan. Melambai-lambai tangannya ke arah aku sambil kakinya dan kaki bapa aku melangkah ke depan. Meneruskan perlarian mereka.
Dengan nafas tercungap-cungap. Aku hanya angguk. Ahh! Tengok tu! Kejamnya tinggalkan anak tunggalnya ni seorang diri.
Aku pandang sekeliling. Hutan di sebelah kanan aku. Di sebelah kiri aku pula, hanya ada tebing yang curam tanpa ada penghadang jalan. Jalan yang sunyi aku pandang kosong. Kabus yang tebal masih mengaburkan pandangan. Lagi-lagi bila berada di kawasan bukit begini.
Macam ini ke suasana bila ibu dan bapa aku berjogging pagi-pagi? Ini adalah kali pertama aku ikut mereka bersenam di awal pagi. Mereka memang kerap dan aktif bersukan. Lagi-lagi bila kami duduk di kawasan pergunungan macam ni. Bersenam pagi-pagi pun rasa semangat sebab cuaca yang sejuk! Aku memang malas nak ikut. Lagi-lagi nak bersiap awal pagi. Urgh! Memang taklah. Dengan air yang sejuknya.Ini aku ikut pun sebab kena paksa kerana aku baru saja berjaya menamatkan peperiksaan akhir aku dengan keputusan yang membanggakan. Jadi ibu dan ayah aku cakap, dah tak ada nak buat kan? Lebih baik ikut baba dan ibu aku bersenam. Lagipun, tak lama lagi aku akan berhijrag ke negara lain untuk menyambung pengajian aku.
London. Salah satu tenpat idaman aku untuk menyambung pengjadian disitu. Kata baba dan mama, kalau nak belajar disana, kenalah dengar cakap mereka selalu. Jadi, nak tak nak, aku ikutkan saja. Lagipun bukan selalu boleh spend time bersama keluarga.
Tapi, bila difikirkan balik. Macam menyesal ikut. Sebab nanti macam inilah jadinya. Aku ditinggalkan. Baik tak payah jogging sama-sama kan?! Aku dengus kejap sebelum aku ketuk-ketuk betis aku. Rasa kejang di kaki semakin berkurang. Jalan dihadapan aku renung. Kosong. Tak ada kenderaan mahupun bayang manusia. Bayang ibu dan bapa aku dah tak nampak. Mungkin aku patut teruskan larian. Udara segar aku ambil sebelum memulakan pelariaan.
Beberapa minit aku berlari, aku mula mendengar derap langkah seseorang di belakang aku. Pada mulanya aku buat tak tahu. Mungkin ada yang jogging juga kut! Tapi tadi aku lihat sekeliling, macam sunyi! Ahh.
Aku pun mula perlahankan larian aku. Tak nak lah aku didepan. Rasa tak selesa pula. Macam diperhatikan.
Tapi bila orang belakang aku macam tak ada niat ingin memotong, aku mula rasa berdebar. Otak mulalah bekerja dengan lebih. Bayang-bayangan yang tak elok mula muncul.Amanda. Sini hutan tau! Berapa peratus kemungkinan orang belakang kau ni, orang yang baik-baik?
Urgh, aku tak sedap hati. Air liur aku telan. Cuba mengawal tindakan aku.
Dengan berhati-hati tanpa ingin disedari, aku mula menjeling belakang aku. Tak bolehlah pandang belakang terus. Buatnya kantoi, apa yang jadi dekat aku nanti? Dalam hal aku sekarang, aku perlu bijak. Silap langkah, habislah aku.Sambil berlari, sambil itu aku jeling-jeling belakang. Dengan harapan aku dapat lihat jelas wajah gerangan manusia di belakang.
Wanitakah? Atau lelakikah? Tua atau muda?
Tanpa aku sedar, selama aku berlari dan cuba mengerling ke belakang, arah larian aku sudah mula melencong. Dari elok di bahu jalan, aku tanpa sedar sudah mula bergerak ke tengah jalan sehinggalah bunyi hon kuat dari hadapan menyedarkan aku. Tindakan automatik, kepala aku terus berpusing ke depan.
YOU ARE READING
Cinta Dan Benci
RomanceAmanda Leiya - Tidak memandang harta, apatah lagi pangkat seseorang. Cintanya pada seorang lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya 6 tahun yang lepas tetap utuh walaupun tanpa mengetahui identiti lelaki itu! 6 tahun menanti, terkejut katak dibuatn...