Seperti yang ditunggu-tunggu, hari yang dinantikan pun tiba. Atau lebih tepat lagi, mestilah hari yang dinantikan aku kan?
Pantulan diri di cermin aku pandang sekilas. Hari ini, aku mengenakan dress berlengan panjang berwarna coklat. Dipadankan pula dengan heels bewarna nude. Ditangan pula, aku pegang sebiji clutch yang juga bewarna nude. Rambut pula kali ini Amy yang buat. Katanya bagilah dia sumbangan sikit walaupun dari segi rambut. At least kalau Tengku Aminah memuji aku cantik nanti, kembanglah juga hidung dia. Merepek betul."Dah sudah ke?" Aku pandang pantulan Amy di cermin. Masih kusyuk mendandan rambut aku. Padahal ikat ponytail ala-ala mesy bun aje pun. Bukan main teliti lagi.
"Kejapp!" Mata dia tak lepas dari memandang rambut aku. Aku redha. Jam di pergelangan tangan aku kerling. Hampir pukul 7:30 malam. Katanya makan-makan akan dimulakan selepas isyak. Awal kot kan aku datang? Aku tak naklah beriya-iya pukul 7 dah terpacak dekat istana. Tak ke nanti orang ingat aku semangat. Mentang-mentang Raja yang jemput. Awal nau tunjuk muka.
Itu satu. Hati aku pula dari tadi berdebar lain macam. Takut untuk bertemu empat mata lagi sekali dengan dia atau apa, aku tak pasti. Teringat renungan tajamnya beberapa hari yang lepas. Rasa macam nak tercabut jantung. Tak suka ke dia dekat aku? Atau dia ingat aku ni orang luar yang cuba mendekati keluarganya? Aku dengus lemah. Tak suka bila otak aku terlalu bekerja keras.
Tak ingatkah dia kejadian 6 tahun lepas? Sewaktu dia menyelamatkan aku?
"Siap!" Suara Amy menyentak aku. Terus mata aku beralih ke cermin. Memandang lagi sekali lagi biasan diri aku. Cantik. Tak apakan puji diri sendiri?
"Pehh, ini mau Tengku Aminah ingat anak pakistan mana yang tersesat kat istana nanti ni." Amy berloyar buruk. Pantas aku menampaf laju lengan Amy. Adanya dia kata aku anak pakistan? Tahulah bapa aku ada kilang carpet! Tak guna betul!
"Dah, dah. Tak payah nak berangan depan cermin. Pergi cepat. Nanti, tak pasal-pasal pintu istana tutup. Ha, tak dapat masuk nanti."
Amy capai clutch dikatil lalu diserahkan pada aku. Aku sambut.
"Ingat tau! Balik sebelum pukul 12 malam! Disebabkan parents kau tak ada kat Malaysia, bagi aku yang jadi ibu peri kau malam ni. Kau balik lewat dari 12 malam.. siap!" Jari Amy diangkat tepat dihadapan muka aku. Aku buat muka. Kali ni, dah masuk 5 kali dia ulang amaran yang sama.
Balik sebelum pukul 12 malam.
Apa, dia ingat aku Cinderella ke? Mentang-mentang ada jemputan dari istana. Terus dianggapnya kawan dia ni Cinderella.
"Baiklah Cik Amy. Saya balik sebelum pukul 12 malam, ya? Ada apa-apa lagi yang perlu disampaikan sebelum saya bergerak ke istana?" Sopan aku menyoal Amy membuatkan Amy memandang aku tajam.
"Tak ada! Dah pergi. Ingat ya, bal.."
"Balik sebelum 12 malam. Baik." Tanda hormat aku beri sebelum aku cepat-cepat berlari keluar dari bilik dan terus ke kereta. Urgh, tak sanggup nak dengar lama-lama! Buatnya aku muntah hijau nanti.
———————
Saat pintu dibuka, bebola mata aku bergerak di setiap pelusuk ruang yang ada. Pertama kali menjejakkan kaki ke istana. Jadi aku harus menikmati saat ini dengan sebaik-baiknya!
Disetiap ruang kelihatan mewah sekali. Termasuklah dari segi perabot dan barang perhiasan. Semuanya berwarna emas dan putih. Cantik!
"Amanda!"
Dari atas, muncul kelibat Tengku Zahra. Anak keempat Tengku Aminah yang juga adik kepada Tengku Zariq. Mata aku melekat pada tubuhnya. Nampak matang apabila dia mengenakan dress hitam yang labuh. Dilengannya pula ada taburan swarozski. Rambut yang panjang dilepaskan membuatkan ianya terbuai-buai saat dia berlari anak pada aku.
"Assalamualaikum Tengku Zahra." Badan aku tundukkan 90 darjah. Hormat itu wajib walaupun dia jauh lebih muda dari aku! Terdengar dia tertawa halus sebelum badan aku dia tarik ke dalam pelukannya. Aku balas walaupun kaku. Mengapa keluarga diRaja perlu terlalu peramah pada aku?
No complain. Tapi janggal!
"Dah lama ke you sampai?" Soalnya sambil dia menarik lengan aku masuk ke dalam. Melalui satu lorong yang panjang sebelum ruang tamu yang luas menjengah mata.
Aku geleng. "Nope. Manda baru je sampai."
Dia angguk. "Jom. Semua dah tunggu you."
Aku rasa tercekik. Semua tunggu aku? Lantas wajah cantik Tengku Zahra di sebelah aku pandang."Erk, saya datang lambat sangat ke Tengku?"
Dia gelak lagi. "No lah. Tapi memang selalu kitaorang ready awal. Mummy hate orang yang tak tepati masa." Dihujung ayatnya dia berbisik sedikit. Lalu gelak. Lengan aku masih utuh di tangannya. Menarik aku ke ruang makan mungkin.
Aku hanya mampu tersenyum. First time dengar sisi garang Tengku Aminah. Tiba-tiba rasa kecut perut. Selama ini, aku hanya dikaburi dengan sisi yang baik saja. Nasib baik aku datang awal. Kalau lambat? Melepaslah aku nak ambil hati dia!
Beberapa tapak, mata aku mula dihidangkan dengan meja makan yang serba luas. Kalau nak dikira-kira, ada 12 kerusi disekeliling meja makan. Aku hela nafas lega sekejap. Masih tak ada orang di meja makan. Maksdunya, aku awallah kan?
"Let's" Tengku Zahra menarik salah satu kerusi disitu. Menyuruh aku duduk. Kemudian, selesai aku duduk dia kembali naik ke tingkat atas. Katanya ingin memanggil ahli keluarga yang lain. Ahh, hati yang sedikit lega tadi kembali disapa debar. Tengku Zariq, ada ke?
Aku genggam tangan aku sebelum seorang wanita datang dan meletakkan lauk yang bertutup diatas meja. Aku agak, mungkin pembantu rumah disini.
Sempat aku senyum padanya. Dia pula apabila bertentang mata dengan aku, menunduk. Alahai, aku bukan kerabat diraja nak tunduk-tunduk bagai!Tidak sampai 5 minit, meja didepan aku penuh dengan pelbagai lauk pauk. Tak kurang juga pencuci mulut. Yang paling aku suka, kebanyakkannya kegemaran aku! Puding Caramel, Shepherd Pie dan Cocktail! Sedapnya.. tak sabar nak rasa!
"Assalamualaikum Amanda.." suara yang sedikit bergema dari belakang membuatkan aku terus berdiri. Pusing belakang lalu tunduk.
"Waalaikumsalam Tengku." Seperti pertemuan aku dengan Tengku Zahra tadi, Tengku Aminah juga menarik aku kedalam pelukannya sebelum kami berlaga pipi. Disaat pipi kiri aku berlaga dengan pipi kanan Tengku Aminah, barulah aku perasan di belakangnya ada suaminya dan juga anak-anaknya. Tanpa disengajakan, mata aku berlaga dengan sepasang mata tajam yang berada di belakang sekali di antara adik beradiknya.
Tengku Zariq.
YOU ARE READING
Cinta Dan Benci
RomanceAmanda Leiya - Tidak memandang harta, apatah lagi pangkat seseorang. Cintanya pada seorang lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya 6 tahun yang lepas tetap utuh walaupun tanpa mengetahui identiti lelaki itu! 6 tahun menanti, terkejut katak dibuatn...