Bab 7

502 40 9
                                    

Dada aku usap perlahan. Cuba menenangkan jantung yang macam nak terlompat keluar. Rasa geram dan berdebar tak dapat dikawal.

"Terkejut?" Soalnya sinis. Tubuh yang berbalut tshirt putih kosong disandarkan di meja pulau sambil berpeluk tubuh. Matanya yang tajam masih setia memandang aku yang dah serupa kena kejar dengan Mak Limah.

Aku kerdipkan mata beberapa kali sebelum menarik nafas panjang. Mana tak terkejut. Elok-elok aku basuh pinggan, pusing je belakang dia dah elok terpacak berdiri pandang aku macam tengah tunggu nak terkam. Kalau orang biasa mungkin aku terkejut aje. Tapi ini Tengku Zariq! Lelaki idaman aku!

Mau tak terkena heart attack sekali aku?! Dah berapa lama agaknya dia perhatikan aku..
Aku berdehem sebelum berlalu ke meja makan. Pinggan yang aku pegang aku letak di meja.

"Be..berapa lama Tengku berdiri dekat situ?" Amanda kalau tak tergagap tak sah!

"Erm.., sempatlah aku dengar kau menyanyi."  Selamba. Aku pula rasa macam nak masukkan muka aku dalam oven! Maksudnya, dari aku mula basuh pinggan dia dah ada dekat situ?!

"Erk.., ohh. Tengku nak apa-apa ke? Kalau Tengku nak Banana pie, belum.."

"No. Aku nak cakap dengan kau sikit. But not here. Ikut aku." Dia potong kata aku. Tak sempat aku nak jawab, dia sudah bergerak. Aku tak bodoh untuk mengesan bahawa itu arahan. Bukan soalan. Jadi nak tak nak, aku ekori langkahnya, macam pesalah.
Hanya ikut bayangnya dari belakang.

Apa yang dia ingin cakapkan? Adakah dia nak luahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini? Dia benci aku? Dalam pada aku tertanya-tanya, rasa teruja bercampur dengan rasa berdebar. Gila tak teruja. Lelaki yang kau tunggu 6 tahun akhirnya nak bercakap berdua-duaan dengan kau. Apalah agaknya yang dia nak cakap kan?

Sampai di depan satu bilik, dia buka pintu itu. Terbuka saja pintu, wajah ketatnya beralih pada aku sebelum matanya beralih ke dalam bilik yang sudah terang.

"Masuk." Penuh authority. Suaranya masih selamba. Namun aku masih kaku. Mata aku bersilih ganti memandang bilik dan juga wajah kacak Tengku Zariq. Dia baru je suruh aku masuk bilik tu kan? Sempat aku scan keluasan bilik itu. Ada katil. Ada almari. Tak besar. Tak juga kecil. Macam tak berpenghuni. Jadi persoalannya, kenapa dia nak bercakap dekat sini? Okay aku tak kisah, tapi kenapa dia masih stay dekat pintu? Bukan apa, aku risau nanti masuk saja aku ke dalam bilik kosong ini dia terus tutup pintu.

Mana tahu dia berniat jahat. Nak kurung aku sorang-sorang dalam bilik kosong ni? Itu okay lagi, buatnya dia berniat jahat nak buat bukan-bukan dekat aku? Ish, tak nak aku! Memanglah aku suka dia tapi zina tetap zina! Aku tak adalah desperate sangat!

"Aku tak nak buat apa dengan kau pun. Masuk cepat." Macan tahu-tahu apa yang aku takutkan, dia bersuara sedikit garang.  Wajah keliru aku dia pandang lama sebelum bebola matanya dijulingkan. Mungkin penat nak layan aku. Dia mendengus kasar saat tubuh aku masih statik di depan pintu.

"Now, Amanda." Suaranya ditekan. Matanya tajam semakin menusuk ke hati aku. Aku sudah gelabah. Nak masuk ke tak nak? Aku tak nak masuk, tapi pada masa yang sama aku tak nak buat dia marah! Aahh apa yang patut aku buat?

Tak sempat otak nak proses apa-apa, lengan aku sudah ditarik masuk ke dalam bilik. Terkejut aku. Pintu kayu ditutup rapat lalu dikunci dari dalam. Mata aku yang sudah tersedia bulat semakin membulat memandangnya. Gementar!

"What are you doing?!" Jeritku sedikit. Tak tertahan. Otak dah tak mampu berfikir siapa lelaki didepan aku ini. Dia cuba apa-apakan aku ke? Beraninya! Iya tak dinafikan dada aku berdebar bila dia sentuh lengan aku tapi bukan dengan cara yang kasar!

Tengku Zariq meletakkan jari telunjuknya ke mulutnya. Tajam matanya menjeling aku. Menyuruh aku diam. Aku turuti. Dada aku turun naik menahan debaran yang semakin menggila. Lagi-lagi bila berdua-duan macam ni.
Beberapa saat, keadaan menjadi sunyi. Dia juga tak bergerak. Hanya memandang aku dan aku juga statik disini. Sesekali rambut yang sudah sedikit serabai aku betulkan. Dia berpeluk tubuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Dan BenciWhere stories live. Discover now